jemputan ceramah & hijab styling di UMP


Assalamualaikum!

Waalaikummusalam wbt ^_^ ingat lagi 1st time azie dijemput untuk buat hijab styling masa karnival raudhah di kelantan tahun lepas?


tak ingat??? takpe tak pe klik saja link ni ok  http://azziesamad.blogspot.com/2013/10/afc-di-karnival-raudhah-tv9.html


dan untuk kesekian kalinya kali ini azie dijemput untuk buat hijab styling wakil untuk majalah dara.com.. alhamdulillah.. happy bangat dong! ^_^


azie dijemput sebagai penceramah bukan sekadar hijab styling tetapi untuk ceramah tentang penampilan diri di UMP, gambang pahang.. dipahamkan peserta terdiri daripada freshie yang baru mendaftar di universiti malaysia pahang seramai 800 peserta!

apaaa??? 800 orang??? 


apabila azie diberitahu peserta 800 orang tu rasanya tak dapat bayangkan ramainya peserta tersebut sebab sebelum ini azie pernah kasi ceramah paling ramai pun dalam 300 orang peserta semasa di politeknik muadzam shah yang azie pernah ceritakan di sini http://azziesamad.blogspot.com/2014/01/jemputan-pensyarah-industri-di.html


1st dengar terkejut jugak la ramainya peserta.. ke penganjur silap ni.. ntah ntah 80 je tak? hehehe.. tapi 2 3 kali juga azie konfemkan memang mereka kata 800.. so sambil teguk liur sambil cakap dalam hati i can do it, i can do it! sambil sambil tepuk bahu sendiri.. kikiki

tentang hijab styling azie tak berapa study sebab mayb azie dah biasa buat demo cara pemakaian tudung serta buat video tiap minggu. tapi untuk event ini azie lebih study tentang penampilan diri. ya ini bukan bidang azie tapi azie terima jemputan ini atas alasan 3 sebab :

1st azie sangat suka tentang image consult
2nd azie berpeluang belajar dan tambah pengetahuan dalam bidang tersebut *yelakan if sesaja nk study memang tak study pun :p
3rd azie sahut cabaran mereka yang telah memberikan kepercayaan

bila azie study dan mendalami bidang image consultant ini, dalam hati berbisik yess ini bidang aku! yeay aku suka ini! serius deep deep azie memang dah jatuh cinta pembelajaran tentang penampilan diri ni.. dalam hati tetap berazam, yess 1 day saya akan menjadi seorang image consultant bertauliah.. inshaAllah jika ada rezeki dan moga dipermudahkan segalanya. :)

ok berbalik pada kisah jemputan penceramah tersebut. azie dipahamkan ada 2 orang penceramah yang akan memberikan ceramahnya iaitu azie dan seorang lagi untuk tajuk mekap dan kecantikan. bermula azie penceramah pertama dan seorang lagi penceramah kedua. kami diberikan booth di belakang dewan untuk peserta mendapatkan produk kami

layanan dari pihak unviersiti sangat gred AAA.. dari azie turun kereta sehinggalah azie masuk kereta semula untuk pulang, dilayan bak puteri raja.. ha kauu merasa gak jadi puteri kan.. hihihi

masa azie sampai di UMP pada tarikh yang telah ditetapkan, penceramah kedua belum sampai. tetapi majlis perlu diteruskan mengikut tentatif program yang telah ditetapkan. makanya azie pun meneruskan ceramah tanpa penceramah kedua. dipertengahan ceramah azie, penceramah kedua pn datang.

selesai berceramah serta demo hijab styling, giliran penceramah kedua pula. yang paling azie teruja penceramah kedua tersebut adalah seorang yang berpangkat doktor kecantikan dan mempunyai 7 cawangan pusat kecantikannya di seluruh malaysia. rupanya penceramah kedua ini adalah seorang yang sangat hebat dalam perniagaan dan kecantikan. dan selalu masuk tv dan majalah2 untuk consultant permasalahan dalam kecantikan.

 Allahuakhbar! masa tu Tuhan saja tahu perasaan azie. nak kembang pun ada, nak bangga pun ada, nak terharu pun ada, nak happy pun sangat la happy! yang pasti bersyukur diberi ruang dan peluang bersama orang hebat. yang paling tak sangka setanding dengan orang ternama! serius ini bukan dalam jangkaan azie selama ni. dan doktor tersebut dalam ceramahnya selalu memberikan contoh azie kepada peserta. tentang penampilan azie, tentang semangat azie dalam berbisnes, katanya dia kagum dengan azie yang muda-muda kecik pulak tu dah berbisnes serta menjadi antara yang terhebat memberi ceramah! 

nikmat Tuhan mana yang mampu kudustakan! 

bukan pujian yang azie dambakan, tetapi penghargaan itu yang membuatkan azie lebih bersyukur, lebih rasa beruntung kerana diberi peluang sebegini besar!






















lepas kasi talk n demo gaya tudung, booth kena serbu..

adik-adik fasilitator siap cakap " madam azie, biar kami tolong.. seram kami tgk madam tak menang tangan.. "

makanya, azie hanya tengok ja, sume adik-adik fasi tu yang tolong jualkan.. alhamdulillah lebih 300 helai tudung terjual dgn jayanya.. siap ada yang berebut.. fuhhh.. 

alhamdulillah <3






dan azie ada juga menyediakan props untuk peserta berselfie di booth azie.. boleh tengok semua gambar di link sini ya 

Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya. syukur! sangat seronok di atas layanan pihak universiti, majalah dara.com, team penceramah kedua dan semua peserta. sangat rasa sungguh bertuah dengan pengalaman yang sangat manis ini. hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas segalanya.. aamiin 





NOTA TANGAN : tunggu event ini di publish dalam majalah dara.com isu nov 2014 







No comments:

Post a Comment