suprise!!! 4th anniversary


Tanggal 1 oktober adalah tarikh keramat buat azie apabila pada tarikh tersebut azie bertukar status dari cik ke puan. berduaan di atas pelaminan yang indah.. termeterai janji susah senang, sehidup semati.. hehehe.. opkos la kan tiap tahun ada something special buat azie n en somi. bukannya mahu mengagungkan hanya pada tarikh tersebut, tapi sekadar mahu memperingati detik indah dan manis dalam hidup.


tiap-tiap hari pun hari kasih sayang, tapi tarikh tersebut more than that sebab tarikh keramat kan.. ye dak? detik terbesar dalam hidup kita apabila syurga telah bertukar tapak. :)


selepas tarikh 01102010, tiap tahun kami akan plan something yang best untuk meraikannya. tapi something special kami tu just dinner, kasi hadiah, holiday dan so on.


antara lain dari yang lain kami buat pada tarikh ni untuk anniversary yang ke 3, kami buat underwater photoshoot.. berdebar gak masa nak shoot tu sebab azie tak pandai swimming.. tapi macam biasa, azie suka cabar diri.. keinginan melebihi ketakutan.. huk.. dengan bantuan encik somi dan photographer, azie dapat swimming dan senyum buka mulut dan mata dalam air.. fuh fuh mencabar pada permulaannya tapi lama2 rasa taknak naik pulak dalam pool tu.. hahaha









untuk annivesary yang ke 4 pada tahun ni, azie dan en somi takde plan apa2 yang lain dari yang lain. atas kekangan masa, lambakan kerja dan kebusyan kami hanya plan untuk candle light dinner sahaja. azie plan untuk dinner di flora cafe. ada pakej untuk candle light dinner. so senang je. just booking n dinner.. thast all!


tanggal 01102014 ni jatuh pada hari rabu, jadi after kerja baru kami p celebrate. tapi pada pagi tarikh tersebut, en somi dapat kol dari UPNM mengatakan yang event juga berlangsung pada malam itu juga, so barang tempahan mereka iaitu medal dan trophy perlu di hantar segera. makanya kami membatalkan sahaja plan untuk celebrate dan ditunda kepada keesokan harinya sebab perlu menghantar barang tersebut.


sedih? takde la! azie dan en somi biasa sahaja sebab kami akan mendahulukan yang lebih penting. :)


masa kat tempat kerja azie dapat doa dan poster dari dia.. itupun dah kira hati berbunga-bunga dah.. hihihi simple dan suwiiitttt! 




sepulangnya dari kerja, en somi suruh azie bersiap siap dan katanya pakai baju yang sesuai untuk ke event sebab barang yang perlu dihantar ke UPNM tu kami akan hantar semasa event berlangsung. makanya pakaian mestinya sesuai dengan event rasmi universiti. azie pun turut sahaja tanpa banyak soal.


tanpa rasa curiga, tanpa rasa sekelumit pun syak wasangka, kami pun bertolak dari rumah. azie macam biasa, masuk je kete, kalau tak mentelaah gadget memang tak sah! kebetulan time tu tengah rancak bersembang dalam grup sekolah. tak tengok pun jalan sehinggalah azie tengok kami dah berada di tengah bandar kl.


azie tanya en somi nak p mana? dia senyum sehinggalah kereta membelok ke menara kl! menara kl uols! time ni azie dah terdetik nak buat apa? jumpa client? jumpa customer?


hahaha.. innocent giler! sehinggalah jumpa receptionist en somi kasi no booking.. huh SUPRISEEEE!!!!


weh 1st time ni en somi kasi suprise..hehehe.. biasanya kalau birthday pun just suprise g kedai emas, just suprise g shopping complex, just suprise g restoran.. suprise suprise pun sume kena pilih sendiri.. hahaha.. biasanya sume kami discus dulu. tapi kali ni memang sangat suprise, sume dia yang pilih, dia yang booking! fuh fuh.. high taste jugak sampai ke bangunan pencakar langit! ^_^ weee romantik jugak ek? <3


en somi booking di restoran atmosphere 360 aka restoran berputar 360 darjah. dapat tengok seluruh kl yang sangat cantik di waktu malam sambil ditemani suasana dalam restoran yang malap-malap cantik, alunan muzik band yang merdu dan makanan yang enak serta restoran yang bergerak perlahan yang membuai perasaan. ^_^


 *senyummm
















azie tertanya-tanya mana dan bila barang yang nak dihantar ke UPNM? makanya azie terus bertanyakan kepada en somi. katanya dia dah hantar petang lagi dengan menaiki motor!

what??? T______________________________T

  • ukay perdana ke UPNM amik masa 45 minit jika naik kereta. tapi kalau naik moto agak2 bape lama?
  • barang tu bukan sikit, so macam mana nak bawak naik moto?
  • petang tu hujan, makanya?
huhuhu. azie tahu en somi sangat komited terhadap kerjanya, azie tahu dia sangat gigih dengan apa yang dia buat dan yang pasti azie tahu dia sanggup buat apa sahaja tetapi pengorbanan terhadap suprise ini membuatkan jantung azie mahu luruh! pengorbanannya untuk melakukan yang terbaik dalam suprise ini menambah hati azie dibajai benih yang sangat subur! 

*nangisss

sumpah rasa ini membuatkan azie sangat sempurna! sepanjang 4 tahun ini ditambah 4 tahun bercinta, sekali pun azie belum pernah rasa azie kurang kat mana-mana! di mata dia mahu pun di mata azie! inshaAllah moga semuanya dipermudahkan sehingga ke syurga! aminn


video gedik santai : https://www.facebook.com/video.php?v=10205331689918096&l=9082751362412282240







NOTA TANGAN :  terima kasih Tuhan, Terima kasih cinta, terima kasih segalanya










2 comments:

  1. Romantik nya awk berdua ni... sengeh je la ye...hhee... happy anibeseri

    ReplyDelete
  2. Bestnya berenang dlm air...sng x mula2 nk menyelam 2?

    ReplyDelete