kalau ini bayaran untuk syurgaMu...


Hari ni hari Jumaat,kan?
Penghulu segala hari. Azie nak citer bab kerohanian sikit boleh ke boleh?

Ok, jom dengar. Eh, jom bacalah.

Korang ada impian x? Ada cita-cita x? Mesti ada kan? Tinggi x impian & cita-cita tue? Saya suka berimpian. Suka pandang jauh ke depan. Suka berimpian besar-besar sebab nak berimpian, nak berangan tue free je kan? Xkena bayar satu sen pun kan?

Tapi.....
Nak capai tu yang kena bayar. Contoh, kalau nak berjaya duduk rumah besar, kereta mewah mestilah kena bayar. Kena usaha keras cari duit untuk dapatkan wang beli rumah besae kereta mewah tue semua.

Ok. Itu dari aspek keduniaan. Aspek duniawi.

Macam mana pula dengan aspek kerohanian?
Impian macam mana kita nak hidup di alam barzakh? Di alam akhirat?
Penah x kita design life kita untuk alam barzakh & alam akhirat seperti mana kita design rumah besar kita tadi?

Ingat, mati itu pasti. Kita baka yang mati. Mati itu pula boleh jadi bila-bila masa. Tak tunggu tua. Tak tunggu sakit.

Syurga dan neraka.

Mana satu pilihan 'rumah' untuk kita diami di akhirat kelak? Pasti ramai yang akan pilih untuk masuk syurga kan?

Tapi....
Adakah kita sanggup 'bayar' kos untuk memasuki 'rumah' syurga?
Sanggup? Betul sanggup? Berapa jauh kesanggupan kita? 1kilo? 2kilo? 3kilo? 100kilometer? Atau kalau lebih lagi kita akan mula mengeluh dan putus asa? Atau.... kita sanggup bayar berapa juta kilometer sekalipun untuk memastikan kita dapat rumah syurga. Bukan rumah neraka.

Bayaran untuk memasuki syurga Allah adalah dengan bersabar dan redha dengan ujian demi ujian dariNya. Bersabar dan terus bersabar.

Menangislah jika perlu. Menangislah di tikar sejadahmu. Moga-moga air mata itu menjadi saksi, dan 'kunci rumah' syurgamu.

Saya sedang diuji. Pastinya sahabat-sahabat yang lain juga diuji. Ujian yang sesuai dengan kemampuan diri kita. Kadang-kadang kita xsuka apa yang berlaku. Tapi.... kita lupa Allah itu tahu apa yang terbaik untuk kita, lebih dari diri kita sendiri. Dan... boleh jadi apa yang kita suka itu sebenarnya buruk untuk kita. Dan apa yang kita benci itu baik untuk kita.

Tiap kali diuji, cuba bayangkan keadaan di padang masyar. Bayangkan keadaan kita di dalam kubur. Bayangkan pula dosa-dosa kita sebelum ini. Adakah sudah terhapus dosa-dosa kita yang lalu? Sudah diterimakah taubat nasuha kita?

Bagaimana pula dengan amal ibadah dan kebajikan yang kita dah buat? Ikhlaskah kita? Atau mengharapkan sanjungan manusia semata-mata? Atau mengharapkan pahala dari Allah? Atau tidak mengharapkan pape balasan? Adakah kita yakin segala amalan dan amal ibadah kita diterima?

Bukan tepuk dada tanya selera.

Tapi, duduk diam, dan renungi sedalam-dalamnya hati kita.

Sabar. Sabar. Sabar. Sabar. Dan terus sabar.
Dan redha dengan apa yang Allah dah aturkan untuk kita. Ayuh, kita cari, kepal, jaga cinta Illahi.





NOTA TANGAN : Moga kita berjiran di rumah syurgaNya.





No comments:

Post a Comment