tutorial shawls untuk si kaca mata






Ramai kawan-kawan FB azie bertanya "bagaimana nak pakai shawls supaya tidak melekap di dahi apabila kita memakai speck? macam mana tips nak pakai shawls bila berkaca mata supaya nampak muncung di hadapan?"

memang tidak dinafikan, bagi mereka yang rabun dan berkaca mata dan bertudung, memang agak susah sedikit untuk mencari tudung yang sesuai. azie akui kebenaran ini kerana azie juga seorang yang rabun jauh dan perlu memakai kaca mata. jadi, setiap kali jika berkaca mata dan perlu memilih tudung yang sesuai, agak susah, leceh dan yang pasti tidak konfiden! seterusnya hilang mood 1 hari...

Ada sesetengah orang selalu kata, "saya tengok orang lain sangat cantik dan sesuai berkaca mata dan memakai shawls tapi kenapa saya tidak nampak itu pada diri saya sendiri???" *kadang itu yang selalu hati kita berbisik kan? 

Mohon dijauhkan perasaan tu.Tidak bersyukur sungguh dengan kurniaan Tuhan yang sempurna dah ni.. huk

Sebenarnya cantik atau tidak itu kita boleh tentukan dengan sendirinya.. bagimananya kita nak tonjolkan kecantikan yang dianugerahkan ini dengan keyakinan dalam penampilan..

Ada yang menganggap bahawa memakai kaca mata menyekat keinginan untuk bergaya dengan hijab. ramai wanita berkaca mata tidak konfiden memakai shawls kerana takut muka bulat, tudung melekap di dahi, tudung kembang di pipi dan sebagainya.

jangan risau!!!

kali ini azie menampilkan tutorial pemakaian shawls ISTIMEWA buat si kaca mata!!! bukan masalah speck, bukan salah shawls! tapi TEKNIK PEMAKAIAN shawls yang betul yang menentukan kekemasan dan kesesuaian bentuk muka ya kawan-kawan sekalian. :)

dengan tutorial ini, sume permasalahan di atas dapat di atasi.. lihat cara lipatan semasa memakai shawls tersebut supaya ianya sesuai dengan muka anda..


http://www.youtube.com/watch?v=on34qUlKEXU


selamat mencuba!!!





NOTA TANGAN : keberanian mencuba adalah yang utama










 

No comments:

Post a Comment