Salam 1 Rabiul Awwal 1436H





Salam 1 Rabiul Awwal 1436H
Salam Bulan Kelahiran Rasulullah ﷺ
الصلاة والسلام عليك يا رسول الله

Selawat dan Salam ke atasmu Ya RASULULLAH Ya Allah.
Aku bersyukur kau telah bangkitkan Ku untuk menikmati rahmatMu. Kau telah panjangkan usia Ku ya Allah.

Atas taufik dan hidayahMu. Aku mulai hari ku dengan menyebut nama Mu.

Ya Allah..kau ampunkanlah segala dosa dosaku...kau ampunkan segala dosa dosa kedua dua ibu bapaku...kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka kasihkan daku semasa kecil...

Ya Allah...muliakanlah semua adik beradikku, sahabatku, panjangkan umur kami,kurniakanlah kami kesihatan yang baik, terangilah hati kami dengan Nur pancaran iman mu, dekatkan kami kepada kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan, kurniakanlah kami rezeki yang berpanjangan, kesenangan, ketenangan , kecemerlangan dan hidayah dari Mu dalam menempuh cabaran dan liku liku kehidupan di dunia dan di akhirat...

Jangan kau palingkan hati- hati kami dari rahmat Mu. Jangan kau tutup hati kami dalam menyembah dan mentaatiMu.

Aamiin...Aamiin ya rabbal Alamiin..






NOTA TANGAN  : perbanyakkan selawat tanda kasih dan rindu padanya





No comments:

Post a Comment