the power of NIAT




THE POWER OF NIAT!

fokus kat jam tangan azie! jam tangan kesayangan tersebut telah hilang sebab tak ingat letak kat mana.. puas cari sampai berbulan lamanya! *maklum la simptom2 peningkatan umur.. heeeee

lama azie setia tidak membeli yang baru! hati takyah cakap lah! sedih, kecewa dan geram.. huhuhu.. hari-hari azie rasa macam tu setiap kali mahu keluar rumah. disebabkan ketidakbiasaan tidak memakai jam tangan dan akur dengan rezeki yang telah ditetapkan *bukan rezeki azie untuk jam tangan itu. maka, azie menggantikan dengan jam tangan baru yang lebih cantik dan nilai harga yang lebih tinggi! tetapi masih kekal setia dengan jenama yang lama *pujuk hati sendiri

walaubagaimanapun, barang yang dibeli dengan hasil titik peluh dan usaha sendiri mempunyai sentimental value yang sangat tinggi bagi azie.. bukan mudah untuk melepaskan.. lagi-lagi barang yang kita pakai dan tengok setiap hari serta memberi manfaat pada diri kita kan.. 

even ada yang baru, yang lebih segala-galanya dari yang lama, azie tetap teringat-teringat jam tangan yang lama dan tidak putus asa untuk mencarinya. sayang orang kata! syukur ada sifat menghargai itu.. 

baru-baru ni azie terniat jika jumpa jam tangan tersebut, AZIE NAK HADIAHKAN KEPADA MAK AZIE.. azie luahkan niat ini kepada en somi. ya azie yakin dan azie percaya pada rezeki! walaupun ia bukan rezeki azie, azie harap ia adalah rezeki untuk mereka yang tersayang! walaupun mak pun ada jam tangan yang sama nilainya dengan jam tangan azie tersebut, azie tahu mak azie tetap akan gembira dan suka.

dan dan dan dengan kuasa ALLAH SWT, semalam jam tangan tersebut telah dijumpai setelah 3 bulan kehilangannya.. Allahuakhbar! subahanallah! 

Alhamdulillah! gembira bukan kepalang! rezeki masih berpihak pada azie untuk melihat jam tangan tersebut walaupun lepas ni jam tangan itu bertukar tuan. yang pasti azie sangat gembira dapat gembirakan mak jugak sebab SESUATU YANG KITA SAYANG BERADA DI TANGAN ORANG YANG KITA CINTA! indah sungguh indah! indahnya rasa itu!

hikmah disebalik kejadian : Allah beri lebihan rezeki untuk azie memiliki jam tangan yang baharu dan sekaligus dapat peluang menggembirakan hati seorang ibu lagi dan lagi. subhanallah!

morning! happy tuesday!
SAHAJA AKU BEKERJA & BERNIAGA LILLAHITAALA!








NOTA TANGAN : mak senyum je bila azie menceriatkan kejadian ini








No comments:

Post a Comment