Tuhan,
sentuh aku agar aku dapat merasakan ketenangan..
Tuhan,
genggamlah mimpiku agar aku dapat terus berjuang..
Tuhan,
peluklah doaku agar aku dapat bahagiakan orang tersayang..
Tuhan,
berikanlah aku rasa pedih sedih agar aku tidak melukakan
Tuhan,
tunjukkan aku kegagalan agar aku tidak hanya merendahkan..
Tuhan,
izinkan aku menangis agar aku menghargai setiap inci perasaan
Tuhan,
tiupkan aku kekuatan agar aku terus bersemangat mempertahankan
Tuhan,
sedarkan aku dari lamunan agar aku sentiasa berpegang pada impian
Tuhan,
tetapkan hatiku agar aku tidak mudah berpaling ke belakang
Tuhan,
hamparkan aku setiap ketabahan agar aku terus ke hadapan
Hakikat kaya itu bukan dapat apa yang kita mahu,
Tapi sentiasa cukup dengan apa kita mahu..
Tapi sentiasa cukup dengan apa kita mahu..
Sedangkan
Hakikat kaya itu bukan harta,
Tapi hidup yang "BAHAGIA"
NOTA TANGAN : yang indah ada depan mata
No comments:
Post a Comment