Jun 2015 telah melabuhkan tirai!
ini bermakna separuh tahun telah kita lalui dengan jayanya.. tinggal separuh tahun lagi untuk menjelang ke tahun baharu!
hampir setengah ramadhan jugak kita telah lalui dengan sempurna! tinggal setengah lagi untuk kita mengejar dan memperbaiki amal ibadah di bulan yang mulia ini! di samping tidak mengabaikan membuat persiapan sederhana untuk menyambut syawal yang bakal tiba.
masa berlalu sangat pantas!
pejam celik hampir ke penghujung tahun sudah. umur pula semakin hari semakin bertambah. moganya dengan bertambah hari, semakin meningkat umur, ia seiring dengan kematangan serta kebijaksanaan kita melihat sesuatu yang bermakna dalam kehidupan untuk masa depan dan tidak lupa bekalan ke alam abadi.. aamiin
pelbagai cabaran, rintangan serta ujian yang perlu kita tempuhi!
walau tak banyak, sikit itu pasti.. jika banyak, jangan menyesal, merungut dan putus asa! lalui ia dengan penuh rasa keikhlasan, kecintaan dan kehambaan kepada yang maha Esa.
walau tak banyak, sikit itu pasti.. jika banyak, jangan menyesal, merungut dan putus asa! lalui ia dengan penuh rasa keikhlasan, kecintaan dan kehambaan kepada yang maha Esa.
percayalah setiap yang berlaku itu adalah dari keizinan Dia! yang berlaku itu pasti ada asbab! yang berlaku itu pasti ada hikmah indah! yakinlah!
dengan dunia yang penuh pancaroba ini, hanya 1 yang boleh kita perbaiki iaitu diri sendiri! kita tak boleh ubah orang lain, kita tak boleh ubah keadaan, kita tak boleh ubah dunia!
tapi kita boleh ubah diri sendiri dan seterusnya mengubah masa depan dan kehidupan kita! pokok pangkalnya adalah diri sendiri! ya! ia nampak mudah.. tapi istiqomah itu payah!
bagaimana kita bijak mengatur kehidupan bermula dari diri sendiri, itu yang menentukan kejayaan dan kebahagiaan hakiki yang bakal kita miliki! bagaimana kita sesungguhnya berusaha bangkit dari lena yang panjang, tempat yang selesa untuk terus berjuang, itu menentukan apa yang kita genggam suatu hari nanti!
harapannya perjuangan ini akan lebih membara
moga Tuhan bantu kita dengan diberi kekuatan, ketabahan, kesabaran dalam menjalani hari hari yang mendatang yang penuh mencabar ini..

NOTA TANGAN : sebesar mana cabaran, Allah sentiasa bersama kita
No comments:
Post a Comment