Bila tengok gambar sweet husband and wife couple, janganlah hati
menggetus, "Alah asyik ambil gambar sweet-sweet je, entah-entah
realitinya gaduh je memanjang!".
Bila tengok gambar bercuti hapy family, janganlah hati menemplak, "Alah macam dia je ada family bahagia, setakat g indonesia tu aku 10x dah pergi!"
Bila tengok gambar orang makan sedap, janganlah hati mencebik, "Alah nak menunjuklah tu makan sedap. Tak baik tau, kat luar tu berapa banyak orang susah!".
Bila tengok gambar orang shopping,
janganlah hati merungut, "Untunglah dia, suami hari-hari belikan
handbag. Kita ni nak minta belanja makan kat gerai pun disuruh masak
sendiri."
Bila tengok gambar orang kuat bekerja, janganlah
hati mendengus, "Alah asyik kejar harta dunia je, harta akhirat bila nak cari?"
Bila tengok gambar orang buat kebaikan, janganlah hati memperlekeh, "Alah itu berlakon je, walhal nak menunjuk alim"
Jangan. Jangan. Jangan
Apabila berlaku situasi situasi seperti di atas, yang silapnya bukan si peng-upload gambar sebab niat dalam hati seseorang hanya Tuhan yang tahu! yang perlu dikesalkan adalah hati kita sendiri. Tengok sajalah berapa banyak sangkaan buruk yang datang menyinggah. Berapa banyak rasa sakit hati yang datang bertandang. Berapa banyak kata-kata tak baik yang kita telah lafazkan. Berapa banyak pahala dari umpatan kita yang telah kita sedekahkan?
sekarang zaman teknologi! semua di hujung jari.. zaman worldwide.. dunia tanpa sempadan! kadang tanpa sedar apa yang dikata itu kita sendiri lakukan.. contoh orang upload gambar sweet2 dengan pasangan, kita pun upload lagiii sweet.. kita boleh tapi orang lain tak boleh pulak? sibuk cari carek di kain orang, rabak di kain sendiri pun tidak sedar..
apa yang kita zahirkan itu adalah cermin keperibadian diri.. apa yang kita pamerkan itu adalah lambang kepada seketul daging iaitu hati
Bila
tengok gambar atau apa apa sahaja yang dikongsikan dalam media sosial, fikirlah yang baik-baik. Ingatlah yang baik-baik. Dan
ikutlah yang baik-baik. Bersyukurlah kita masih punya kawan atau sedara mara di keliling kita yang kita boleh lihat, boleh tengok perkembangan mereka setiap hari setiap masa walau tidak berjumpa bertemu mata
Alangkah bestnya jika kita lihat perkongsian orang lain bahagia, kita pun cuba untuk mencari bahagia sendiri.. melihat orang lain makan sedap sedap, kita pun cuba untuk berusaha lebih gigih untuk makan yang sedap sedap juga.. jika melihat orang lain bercuti bersama family, kita cuba hargai family kita juga dengan mencari ruang untuk bersama.. melihat orang lain melakukan kebaikan, kita juga boleh mehasabah diri sendiri tentang amalan yang kita lakukan.. jika kita lihat orang lain berjaya, kita pun cuba menjadikan mereka sebagai inspirasi untuk berjaya seperti mereka.. kan best macam tu kan? amik peluang berubah ke arah yang lebih baik! sentiasa positif dan niat perbaiki diri.. indahnya hidup seperti itu!

kenapa perlu dengki, kenapa perlu iri hati, kenapa perlu sakit hati
dengan kejayaan, kebahagiaan serta kegembiraan orang lain? Bukankah rezeki setiap orang berbeza dan rezeki itu tidak pernah tersalah alamat! Tuhan tahu siapa layak dapat apa, mengikut apa tindakannya dan kolam jiwanya.

Jika kolam jiwa sentiasa kotor dan berkeladak bilanya nak berjaya, bila nak bahagia? jika asyik berpeluk tubuh dan komplen, bila nak move on, bila nak mengubah kehidupan? asyik nak salahkan orang sekeliling, asyik nak perlekehkan orang lain! lebih sadis tak bersyukur nikmat Tuhan
orang yang dilekeh tu terus naik dan naik tanpa pedulikan kita yang mengongoi sedih tengok orang lain gembira, bahagia dan berjaya! mereka teruskan kehidupan indah sebab mereka fokus yang baik baik, kejar yang baik baik, cakap yang baik baik, buat yang baik baik dan berkawan dengan orang baik baik.. seterusnya mereka memang layak untuk dapat yang baik baik dari kalangan yang terbaik!
tapi kita???
tepuk dada tanya iman!
lebih teruk berprasangka buruk itu boleh mendatangkan persaingan yang tidak sihat, fitnah merata-rata, hubungan renggang sesama sendiri, tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan serta mengganggu gugat silaturrahim dengan orang lain! nauzubillahiminzalik! moga dijauhkan..
nampak enteng tapi impak dia menentukan keseluruhan hidup kita
nampak enteng tapi impak dia menentukan keseluruhan hidup kita
mohon ditetapkan iman dengan bersangka baik dengan Tuhan, bersangka baik dengan seluruh alam.. inshaAllah!
yang tersurat itu boleh dinilai tapi yang tersirat itu jangan cuba kita amik alih tugas Tuhan untuk menilai! pastinya setiap apa yang dilakukan mesti ada niat yang tersirat yang hanya dia yang tahu.. nilailah dengan sangkaan baik! hidup harmoni tanpa sengketa kerana hidup ini sangat indah jika dinikmati dengan penuh makna mengikut fitrah dunia!
Nabi SAW bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya dalam
diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah
seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor,
maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang
dimaksudkan ini adalah hati."(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
NOTA TANGAN : Hidup menjadi tenang dan bahagia apabila sentiasa positif
No comments:
Post a Comment