official logo
“Don’t judge a book by its cover”….. antara alasan yang sering didengar untuk menyampaikan bahawa tidak pentingnya penampilan luaran, yang penting apa yang ada dalam dirinya.
“Yang penting aku baik hati, pandai,
berbakat….siapa yang dah biasa dengan aku akan kenal siapa sebenarnya
aku, apa yang aku pakai tak penting pun”.
“Mulut aku je laser, orang kata mulut jahat, tapi hati aku baik!”
“Aku ni memang kasar, garang, tak tahu
malu, tapi hati aku bersih, itu kan lebih baik dari orang yang pakai
elok, cakap lemah lembut dan sopan, tapi hati busuk….”
Dialog-dialog untuk menyedapkan hati dan
mempertahankan diri, agar jangan ada yang menilai diri mereka dengan
apa yang dilihat daripada penampilan luaran mereka.
Adakah anda termasuk dalam kategori yang
bersetuju dengan dialog-diaog di atas? adakah anda percaya bahawa orang
yang kata-katanya kesat dan suka me’laser’ orang itu baik hati? dan
adakah anda setuju orang yang tidak beradab, kasar dan tidak beretika
itu hatinya mulia?
Ya! Memang benar hanya Tuhan yang lebih
mengetahui apa yang ada dalam hati kita. Namun untuk sampai kepada redha
Tuhan, tidak perlukah redha manusia? Siapa lagi selain Tuhan yang ada
dalam kehidupan kita?
Manusia lebih percaya kepada apa yang
dilihatnya, dan sentiasa membuat penilaian. Bagaimana mungkin kita
menyampaikan betapa baiknya hati kita, betapa berbakat dan pandainya
kita, betapa besarnya dan mulianya nilai-nilai yang kita pegang dan
perjuangkan, kalau ia tidak kelihatan pada penampilan, tingkah laku dan
komunikasi kita?
Imej kita bukan ditentukan oleh diri
kita, tetapi imej kita ditentukan oleh orang yang memandang dan
berurusan dengan kita. Namun berita baiknya kita boleh memilih untuk
mempamerkan imej bagaimana orang lain memandang kita, dengan memilih
apakah bentuk penampilan, tingkah laku dan komunikasi yang akan kita
tampilkan kepada masyarakat di sekeliling kita.
Adalah satu kerugian bagi seorang
individu yang berbakat, bijak, berjiwa besar dan mempunyai nilai-nilai
yang hebat dalam dirinyanya, namun tidak dipakejkan dengan penampilan
luaran yang benar-benar mencerminkan segala mutiara dalam dirinya.
Kenali fizikal diri!
Transformasi
penampilan diri semestinya bermula dengan memahami diri sendiri dari
hujung kaki hingga ke hujung rambut. Ilmu dan kemahiran dalam penampilan
dan cara berpakaian, bertingkah-laku dan berkomunikasi seseorang adalah
lambang intelektual dan nilai dirinya.
Kriteria penampilan yang baik adalah penampilan yang mampu
mendatangkan rasa hormat orang lain terhadap diri seorang individu,
memperlihatkan keyakinan dirinya dan mampu meyakinkan dan mempengaruhi,
malah mampu memberi inspirasi kepada orang lain.
Pakej ABC - Imej yang hebat dan baik bukan sahaja terletak pada penampilan, malahan tingkahlaku dan tuturkata juga adalah lambang imej diri yang sebenar
NOTA TANGAN: Perkenalan dan asas tentang perjuangan ini
No comments:
Post a Comment