siapa kita pada 5 ke 10 tahun akan datang


Kita tidak mampu mengubah 5 ke 10 tahun yang lalu.. TETAPI kita mampu bersungguh sungguh menentukan siapa kita pada 5 ke 10 tahun akan datang!

Siapa kita hari ini, apa kita lakukan sekarang akan menentukan siapa dan di mana kita akan datang! Yang berlalu jadikan ia sebagai pengajaran dan pengalaman yang berharga utk kita lalui hari ini ♡

Pilihan semestinya ada di tangan kita. Janganlah hanya memandang hari esok! Barangkali hari esok sama seperti hari ini dan hari lusa sama juga dengan hari esok. Jadi, marilah kita berfikir sejenak apa yang kita mahukan di dalam kehidupan ini. Perlu diingat bahawa kehidupan yang kita jalani ini hanya sekali sahaja. Ia tidak akan berulang kembali

sekali kita tersalah langkah, pastinya penyesalan akan merajai seluruh hidup kita.. apa yang kita semai hari ini tidak akan dapat hasilnya esok.. tetapi semaian itu akan berhasil dalam masa yang panjang selagi kita sabar, istiqomah dan tidak putus asa

untuk merungkai jalan-jalan yang sepatutnya dilalui secara nyata dan benar demi untuk mencapai kecemerlangan pada masa depan sebelum ditutup oleh pertanyaan penting iaitu ‘Apakah yang bakal kita wariskan kelak kepada anak cucu kita?’ 'Apa sudah cukup untuk kita hargai mereka di keliling kita hari ini?' 'Apa bakti yang kita telah lakukan untuk ummah?', pastinya kematangan dan pengalaman lalu serta muhasabah diri sentiasa dijadikan sebagai batu loncatan dalam pilihan kehidupan kita di masa akan datang!

tepuk dada tanya iman! bersujud minta pada Tuhan..

Semua orang punya impian dan azam yang mahu dikecapi...tapi sejauh mana kita berusaha untuk mencapai impian tersebut...?? adakah impian itu sekadar angan-angan yang hanya menjadi mainan tidur di mana ia akan hilang pada bila-bila masa? atau impian yang hanya terzahir pada mulut, bukan perbuatan?

Memiliki matlamat yang jelas dalam kehidupan adalah anugerah tidak ternilai! walau berjuta dugaan mendatang, menggunung ujian mendepang, seribu orang mahu menjatuhkan, percayalah ianya sedikit pun takkan tergoyah 

dugaan, ujian serta cabaran itu pasti! tapi bagaimana kita menghadapinya adalah kebijaksanaan yang kita pilih

Kejayaan takkan datang tanpa dicipta, kejayaan takkan datang tanpa usaha, kejayaan takkan datang tanpa iringan doa....

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

sehingga 1 tahap kita perlu tahu kehidupan ini bukan untuk diri kita semata.. bagaimana kita mahu hormati dan hargai mereka yang hadir disekeliling kita adalah salah 1 impian besar yang sangat mulia

Pada kebanyakan masa, apa yang kita fikirkan itulah yang kita lakukan. Bagi azie, ayat ‘Siapa Kita 5 ke 10 Tahun Lagi?’ itu adalah ayat keramat dan menjadi pegangan kehidupan azie sekarang. 

impian dan kejayaan bukanlah mengenai MESTI jadi kaya raya harta duniawi semata,
Tetapi lebih mengenai usaha memperbaiki diri dan takdir, jaminan masa depan dan nilai penghargaan buat orang sekeliling serta saham akhirat. Allah suka lihat hambanya yang berusaha ke arah yang lebih baik

 selagi muda, selagi bertenaga, selagi terdaya akanku perjuangkan impian dunia, kejayaan akhirat.. inshaAllah aamiin 


 
 






NOTA TANGAN : Hidup mesti ada tujuan, baru rasai nikmat kehidupan ♡♡♡






No comments:

Post a Comment