My double obsession!
#reading #henna
Lama sungguh tak membaca buku walhal beli buku itu perkara wajib tiap bulan.. Listing untuk dibaca pun bersusun dah.. Huhuhu
#reading #henna
Lama sungguh tak membaca buku walhal beli buku itu perkara wajib tiap bulan.. Listing untuk dibaca pun bersusun dah.. Huhuhu
Tapi bukan semua bahan bacaan azie suka.. memilih juga benda apa yang nak dibaca.. kebanyakkan buku azie bergenre motivasi diri.. gosip artis pun baca jugak.. hahaha.. semua benda yang realiti azie suka baca tapi azie sangat tidak suka baca bahan bacaan yang fantasi seperti novel even kerja di bidang kenovelan.. hihihi.. lagi satu bahan bacaan bahasa melayu tinggi juga memang tidak kena dengan jiwa.. mungkin sebab azie manusia yang simple ^_^
buku motivasi diri yang berbahasa santai yang mudah difahami serta tidak terlalu berkias memang menjadi kegilaan azie.. kadang siap salin apa kata-kata yang meresap di hati untuk dibuat koleksi
Dalam handbag azie memang sentiasa ada sebuah buku dan pen, jika tidak membaca, azie akan menulis.. kadang tulisan itu sekadar contengan kosong tapi ia sangat memberi kepuasan pada diri azie
azie manusia biasa; tampak kuat sebenar tidak kuat mana
kadang sangat rasa bersemangat, kadang rasa down yang teramat.. perasaan bercampur baur antara sedih dan gembira itu biasa.. ya hati ini selalu juga tersasar dari landasan hakiki.. hati dan jiwa memberontak apabila ianya kosong!
tapi dengan membaca, menulis, menaip dan melukis inilah, jiwa yang kosong itu rasa penuh terisi dengan pengharapan dan penghayatan tentang tujuan kehidupan.. inilah yang seakan memandu semula jiwa yang kehausan, hati yang ketandusan
Luahan tanpa sempadan orang kata
Lain orang lain cara.. setengah orang ada yang meluah dengan perkataan melalui lisan..
itu bukan azie!

Bagi azie, ini antara terapi diri yang sangat berkesan di saat keboringan, hati rawan, jiwa sawan.. hahaha
Petikan kata dari buku "keramat sebuah hati"
Orang yang BAHAGIA itu akan selalu ;
Petikan kata dari buku "keramat sebuah hati"
Orang yang BAHAGIA itu akan selalu ;
menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah,
menyediakan waktu untuk tertawa
kerana tertawa itu muziknya jiwa,
menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan,
menyediakan waktu untuk beramal
kerana beramal itu pangkal kejayaan,
menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan buat selalu muda,
DAN
menyediakan waktu untuk beribadat
kerana beribadat itu IBU DARI SEGALA KETENANGAN JIWA
Deep!
NOTA TANGAN : Jiwa yang sentiasa disirami ilmu akan kekal segar mewangi
No comments:
Post a Comment