Setiap takdir ade cerita nya sendiri,
setiap kejadian dengan hikmah disebaliknya
macam tu juga setiap manusia dengan setiap ragamnya..
Berjumpa dgn pelbagai ragam manusia membuat aku meneliti setiap tindak tanduk orang dan menghuraikan perwatakan dari sudut pandangan mata aku sendiri.. *manusia tidak layak menghakimi tapi manusia itu bersifat penilai.. menilai untuk dijadikan sempadan atau pengajaran

Tapi dari situ juga aku mampu
mangakhiri sebuah cerita dengan kesimpulan..
"Tiada yang sempurna" ya! "TIDAK SEMPURNA!"
Saat
kepala mendongak ke langit, cepat cepat aku tundukkan wajah agar aku sedar
akan kewujudan rumput di bumi, agar tidak terlalu alpa dengan keindahan
langit, agar aku rasa diri masih tidak cukup sempurna, agar aku sedar di mana bermulanya cerita, agar aku tahu siapa aku pada mulanya, agar aku kenal siapa yang sentiasa bersama, agar aku tidak menyesal dengan tiada apanya bukan milikku, agar aku akan
selalu mensyukuri nikmat yang tuhan berikan, kelebihan yang
tuhan kurniakan..
Sedar tak sedar di sebalik kesibukan kerja, disebalik semangat diri memikul amanah dan tanggungjawab yang telah dibolehberipercayaan, disebalik keghairahan melunaskan segala............
Sedar tak sedar di sebalik kesibukan kerja, disebalik semangat diri memikul amanah dan tanggungjawab yang telah dibolehberipercayaan, disebalik keghairahan melunaskan segala............
aku rindu menghabiskan masa agar bersendirian.. Bersendirian tanpa memikirkan sebarang permasalahan.. bersendirian untuk melepaskan segala bebanan.. Bersendirian dengan kosongnya fikiran.. Bersendirian kadang kadang menenangkan.. Bersendirian bukan bererti keseorangan. Bersendirian bukanlah untuk melarikan..
tapi BERSENDIRIAN UNTUK RUANG DAN PELUANG,
BERSENDIRIAN UNTUK MEMPERBAIKI APA YANG PINCANG,
BERSENDIRIAN UNTUK MENGAMBIL NAFAS BAGI TERUS BERJUANG
BERSENDIRIAN UNTUK MEMPERBAIKI APA YANG PINCANG,
BERSENDIRIAN UNTUK MENGAMBIL NAFAS BAGI TERUS BERJUANG
jalan ini jalan aku!
pelbagai jalan cerita yang Tuhan bentangkan,
aku tetap pilih jalanku ini!
dengan kesanggupan yang tidak pernah berbelah bahagi.. dengan janji yang terpatri.. dengan perjuangan yang tak pernah terhenti
pelbagai jalan cerita yang Tuhan bentangkan,
aku tetap pilih jalanku ini!
dengan kesanggupan yang tidak pernah berbelah bahagi.. dengan janji yang terpatri.. dengan perjuangan yang tak pernah terhenti
semakin hari semakin aku cinta dengan apa yang aku lakukan.. semakin belajar memperbaiki kelemahan.. semakin berusaha untuk ke depan.. semakin semangat hidup bertujuan
cuma 1 yang aku harapkan ianya akan menjadi sebuah cerita perjalanan hidup seorang aku! segala yang aku jalani itu tetap dianggap 'indah'
Jika tidak indah hari ini, ia pasti akan indah nanti..
yakin, ikhlas, benar, sabar
perjalanan yang 'indah' dengan liku liku dalam hidupku untuk mencipta
nota hidup, jalan cerita, kisah realiti yang tersendiri..
NOTA TANGAN : be the best version YOU
No comments:
Post a Comment