"see your memories"


 Best FB sekarang ada notification "see your memories"
ia mengingatkan kembali posting posting kita tahun tahun yang lepas dari stat kita menubuhkan FB mengikut tarikh dan masa

dengan adanya notification dan peringatan ini,
atleast ia dapat membantu kita muhasabah diri serta melihat kembali apa yang telah kita lakukan sebelum ini

 kenangan yang manis, kita jadikan pengalaman, 
kenangan yang pahit, kita jadikan ia pengajaran

 yang baik kita teruskan, yang buruk kita perbaiki sehingga ia menjadi baik

dengan peringatan seperti ini juga, ia menjadikan kita lebih bersemangat untuk terus berjuang kerana kita dah lihat usaha yang pernah kita lakukan sebelum ini sehingga kita berada di tempat sekarang

jika tempat sekarang lebih baik dari dulu, maka teruskan perjuangan
Jika tempat sekarang kurang baik atau tiada perubahan dari dulu, maka perbaiki mana yang kurang

kita manusia biasa yang kekadang tersasar jauh dari landasan hakiki.. apabila tersedar, jadikan ia sebagai titik tolak sebuah penghijrahan yang abadi



 Ini antara posting dan gambar kenangan suatu tika dulu

Banyak yang azie pelajari dari pengalaman lalu.. 
 Susah senang, sakit perit azie masa itu, hanya Allah saja yg tahu

Bukan ini sahaja, ini adalah antara pengalaman sangat kecil azie.. lebih dan besar dari ini juga sangat banyak! tetapi sukar untuk dikongsikan di dalam media sosial.. Ujian dan dugaan silih berganti.. tiada terhitung dengan perkiraan, sukar untuk ditafsirkan, susah untuk dikongsikan 

pada zahirnya ia nampak molek, cantik malah seronok di mata orang lain, hakikatnya hanya DIA yang mengetahui

tapi jika kita tahu arah tujuan dan jelas matlamat yang dipilih, segalanya dilalui dengan sabar, tabah, tenang dan gembira.. kekuatan demi kekuatan hadir tanpa dipaksa

Moment yang tidak dapat digambarkan walau dengan lukisan
Rasa dan perasaan yang tidak dapat diluahkan dengan perkataan 

tetapi dengan ujian serta dugaan itulah yang sentiasa mendewasakan fikiran, mematangkan setiap keputusan dan cuba perbaiki setiap apa yang diperlukan

Apa yang kita mesti pegang dan perlu ingat,  
memang tak ada escalator atau lif pun untuk naik ke tempat tinggi , kecuali ada tangga yg terpaksa kita panjat! satu persatu, dari anak tangga ke tangga, dari langkah ke selangkah, 

Biar tertekan,berpeluh, penat dan sakit... 
Tapi itu semua sangat berguna bila kita dah BERJAYA DALAM PERJUANGAN, MENGGENGGAM SEGALA IMPIAN, MELIHAT ALAM MEMBERIKAN SENYUMAN..

itulah harga dan nilai yang menjadikan hidup ini terlalu 
'cantik dan indah'

Jadi, jangan putus asa..
Ingat.. kenapa dan mengapa kita BERMULA..






 NOTA TANGAN : walau bergunung wang ringgit ia tetap tidak dapat membeli sebuah kenangan dan pengalaman











No comments:

Post a Comment