colors speaks louder than words



Warna memainkan peranan yang penting dalam menyerlahkan aura si pemakai. Dalam imej dan personaliti, warna mampu menyampaikan mesej dengan sangat tepat.

Banyak pakar psikologi & motivasi mencadangkan beberapa pilihan warna mengikut hari untuk memberi impak yang berbeza. Disini azie kongsikan aura warna pakaian mengikut hari dan psikologi yang dikongsi oleh page facebook Fizo Omar serta kajian kajian dalam encik google.

 Aura warna mengikut hari adalah berdasarkan kajian berkaitan The Low Of Repeatation of Cronology. Menurut kajian ini, hari yang berulang-ulang setiap tujuh bilangan membawa bersama getaran (visual light) yang mendominasi hari tersebut.


Isnin - putih
Hari isnin adalah hari untuk kesucian rohani dan semangat
Kira nak mula cycle baru untuk minggu baru. Pada hari isnin juga kita disunatkan berpuasa. Nabi S.A.W dilahirkan pada hari isnin. 

Hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana 

penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh di atasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Selasa- Merah jambu / Ungu
Hari selasa adalah hari kasih sayang atau tumpuan.

Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian pink, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk kerana mereka akan menentangnya dengan serta merta dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rabu - Biru
Biru dikatakan mampu melancarkan dan memudahkan komunikasi.

Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.
 pada hari ini, syarikat digalakkan untuk membuat mesyuarat, memberi motivasi serta meminta idea/pendapat pekerja. keputusan yang dibuat pada hari ini biasanya akan mencapai kata sepakat dan bernas 

Khamis - Oren / Kuning
Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. 

Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. 

Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak. Sebab tu digalakan berpuasa pada hari khamis. 
Warna oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Ops!..

Jumaat - Hijau
Hijau lambang ketenangan dan keseimbangan dalam kehidupan.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.


Sabtu - Merah
Merah melambangkan keberanian, kemewahan dan tuah. 

Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Aktiviti yang dilakukan pada hari ini kebiasaanya kita tidak mudah penat. keluar shopping atau bercuti pada hari ini adalah suatu yang tidak boleh dilupakan.. heeee

Ahad- Hitam
Hitam melambangkan privasi atau keselesaan. 

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.

tidak semestinya dari hujung kaki hingga hujung rambut perlu mengikut aura warna hari, cukup sekadar 1pcs contohnya hanya tudung dikenakan mengikut aura warna dengan digabungkan dengan warna lain. kita mestilah pandai pula menggabungkan warna warna yang dikenakan supaya nampak cantik dan sesuai


*Fakta diatas daripada pandangan pakar motivasi. Ianya mungkin berlainan sedikit mengikut pelbagai pendapat.    







 NOTA TANGAN : color! what a deep and mysterious language, the language of dreams








No comments:

Post a Comment