istiqomah memberi inspirasi





 



ini bukan kali pertama atau koleksi azie dapat komen seperti ini..
ini adalah yang terbaharu sebelum entry ini ditulis
komen dan ucapan ucapan seperti ini sangat sangat banyak azie terima
itu belum lagi pujian dan mahukan tunjuk ajar dalam sesuatu

Allahukhbar!

tak pernah terfikir sebelum ni apa yang azie lakukan itu menjadi inspirasi buat orang lain.. memberi manfaat buat orang lain.. bukan pujian mahupun sanjungan yang azie dambakan.. apa yang azie lakukan dan jalani itu sebenarnya 'itulah apa adanya azie!'

yang nampak baik itu adalah dari ALLAH swt, yang nampak buruk itu adalah dari kelemahan diri azie sendiri.. Allah juga yang menggerakkan hati kita untuk melihat yang baik baik pada orang lain, tapi diri dan hati kita sendirilah yang kotor apabila melihat yang buruk buruk pada orang lain

maka, dewasa ini azie sudah bertambah tujuan hidup adalah "istiqomah memberi inspirasi buat orang lain, menyebarkan sebanyak mungkin manfaat buat semua" inshaAllah aamiin! 

memang niat sebenar tujuan hidup ini, selain untuk diri sendiri dan mereka yang tersayang, azie selalu meletakkan impian dan tanggungjawab untuk menyebarkan kebaikan buat semua dalam apa jua yang azie lakukan.. bagi azie hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri! its about amanah n tanggungjawab sebagai seorang manusia berguna..

Diriwayatkan dari Jabir berkata,”Rasulullah saw bersabda,’Orang beriman itu bersikap ramah dan tidak ada kebaikan bagi seorang yang tidak bersikap ramah. Dan sebaik-baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat bagi manusia.” (HR. Thabrani dan Daruquthni) 

sekarang ini media sosial adalah medium perantaraan utama
sebolehnya dalam media sosial itu, azie meletakkan syarat untuk diri sendiri bahawa ia seharusnya digunakan sebaiknya untuk kebaikan.. tiada yang negatif yang cuba azie sampaikan..

 sedaya upaya mengekalkan posting posting yang positif.. tidak memerli, tidak menghentam, tidak juga mengeluarkan isu isu sensitif dari pelbagai sudut.. jaga bahasa, jaga pertuturan.. tidak posting tentang kebaikan berunsur nasihat tapi dalam maksudnya mahu perli orang lain.. owh itu lagi parah! nauzubillahiminzalik..

kebanyakkan apa yang azie posted itu sekadar perkongsian hidup insan yang bernama azie.. perkongsian yang positif di mana ada mesej yang azie cuba sampaikan.. azie selalu berpegang pada "bagaimana seseorang itu menilai sesuatu itu, ia menggambarkan apa ada dalam hatinya.. kita memberi dengan apa yang kita ada.. jika ada yang baik, maka terpancarlah yang baik.. jika ada yang buruk kotor, maka terpancarlah yang kotor.."

azie seronok, azie berbangga, azie bahagia, azie semangat apabila ramai yang datang minta tunjur ajar, minta pandangan, minta ilmu malah ada yang sudi berkongsi permasalahan untuk azie selesaikan walaupun kebanyakkan mereka itu azie tak kenal dan hanya kenal di alam maya.. 

sumpah itu nikmat! 
kepercayaan dan penghormatan itu yang sangat azie terharu dan bersyukur.. ia menjadikan azie lebih kuat untuk terus mencipta pelbagai kejayaan, menuntut ilmu malah menjadikan azie lebih semangat untuk menjadi seorang manusia yang baik serba serbi untuk menjadi contoh buat orang lain.. tiada manusia sempurna tapi sekurang kurangnya usaha ke arah kesempurnaan

siapalah azie?
tapi azie yakin mereka seperti ini adalah mereka yang Allah anugerahkan jiwa yang besar, positif, baik dan mudah berjaya kerana mereka suka meraikan kejayaan orang lain dan melihat kejayaan orang lain.. 

bukan azie tak pernah jumpa mereka yang negatif, salah faham dan mempersendakan apa yang azie lakukan.. cakap direct tepek muka pun ada.. sembang depan kencang belakang baling batu.. ada! tapi azie tetap positif!

 alhamdulillah Tuhan beri akal yang hebat untuk azie bijak berfikir mengatur situasi.. tidak cepat melatah! buat apa azie nak amik pusing? seperti yang azie cakap tadi.. kita beri apa yang kita ada.. jika mereka pamerkan yang buruk, maka hati mereka??? kita jumpa ramai orang dan kita boleh pilih dengan siapa yang perlu berada di keliling kita.. positif atau negatif? baik atau buruk? pilihan di tangan kita

manusia ini diciptakan berbeza.. 
maka raikan persamaan, hormati perbezaan..

 azie nikmati kehidupan azie dengan seadanya.. malah azie sangat jelas dengan tujuan hidup azie.. maka yang negatif ini sedikit pun tidak mengganggu gugat segalanya..

yang positif positif ini sahaja sudah cukup membuatkan azie kuat, kental dan tegar untuk teruskan perjuangan! alhamdulillah syukur!





 NOTA TANGAN : secara tak langsung ini hidayah Allah untuk terus berbuat kebaikan






  

No comments:

Post a Comment