jemputan demo hijab styling di UPNM


Berkomitmen di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia bukanlah perkara baru bagi azie.. ini kerana azie dan tuan suami selalu masuk tender dalam bidang design dan printing dan event management program program di universiti ini..  

hampir setiap minggu akan ke sini dan jika ada projek serta program yang kami sertai, hampir setiap hari kami berkomitmen di sini.. alhamdulillah

tapi untuk jemputan ceramah, ini adalah kali ke 2 azie berkomitmen sebagai penceramah dan membuat demo hijab styling dan pernah menjadi juri pertandingan yang pernah azie kongsikan di sini

kali ini azie diberi tempat yang terbuka di mana pentas tapak konvo sedang berlangsung.. peserta terdiri daripada pelajar, staf serta orang awam.. azie diberi slot untuk membuat demo hijab style.. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..

peserta agak teruja apabila azie membuat demo 7 gaya mengikut hari dengan pelbagai jenis hijab antaranya, shawls, bawal dan wideshawls.. azie juga berkongsi dan memberikan tips tips tentang kepentingan imej dan personaliti dalam penampilan harian

berkomitmen di universiti pertahanan ini banyak yang azie dapat pelajari darinya.. antaranya ialah disiplin, patuh arahan serta peraturan.. seperti yang ramai tahu, universiti ini adalah universiti yang melatih para askar di malaysia ini.. ia sangat mementingkan peraturan yang ketat dan disiplin yang hebat.

memiliki cara kerja secara disiplin, megikut arahan dan mengikut peraturan secara tegas menjadikan kita manusia istimewa yang dihormati, disegani seterusnya mampu mencapai kejayaan yang luar biasa! inshaAllah

dan yang pasti aura kekuatan dan kekentalan barisan pertahanan malaysia menjadikan azie lebih bersemangat dalam memperjuangkan segala

 
 






 NOTA TANGAN : dicipline is remembering what u want






No comments:

Post a Comment