Penat mengejar impian??? Lelah mencari jalan??? perit dengan ujian???
Saya juga penat
saya juga lelah
saya juga perit
tapi saya tidak mahu putus asa dipertengahan jalan..
tidak mahu mengalah sebelum berjuang
.
Saya pasti kalian juga seperti saya..
Masing-masing punya impian yang besar..
punya tujuan hidup yang jelas...
Untuk melihat dan membantu lebih ramai insan diluar sana, bukan sahaja dari segi aspek kecantikan, kesihatan malah dari aspek pembangunan diri supaya setiap dari mereka berkeyakinan dalam apa jua yang dilakukan, mampu memaknakan setiap perjalanan kehidupan, mampu mengecapi kejayaan, mampu menjadi seseorang yang mampu menjadi inspirasi kepada orang lain, mampu menjadi role model buat anak-anak
Halangan, dugaan dan cabarannya tetap ada.. selayaknya kita manusia itu diuji mengikut kemampuan.. Namun inilah anak-anak tangga yang perlu kita gagahi untuk melangkah satu-persatu demi mencapai impian yang telah dicipta.. tiada istilah batu lonctan mahupun lif kejayaan
Apa yang saya lalui ini banyak mengajar saya supaya lebih menyayangi dan menghargai diri sendiri..
walaupun begitu saya sangat berpegang pada kata ; hidup bukanlah untuk diri sendiri sahaja.. ada mereka mereka serta mereka yang perlu kita berikan senyuman, menyuntik nilai kebanggaan
di mana mereka mereka itu yang sentiasa berikan kita senyuman, kebahagiaan kegembiraan malah mereka yang sentiasa berada di sisi kita menyokong serta mendukung setiap apa adanya kita sehingga jelas pandangan kita melihat sesuatu yang dinamakan kejayaan..
adakah kita sanggup dan mahu melihat kekecewaan serta kesedihan di wajah mereka serta menghampakan harapan yang menggunung?
tidak bukan? sangat tidak!
jadikan mereka sebagai pemangkin dan kekuatan untuk terus berjuang di jalan yang telah dipilih kerana nilai senyuman itu tiada tandingan walau harta berjuta
.
Sahabat,
Siapa pun kita dan dari mana pun kita datang, apa jua yang kita lakukan, yang penting matlamat tujuan hidup kita yang kena jelas..
.
Adakah kita sekadar ingin hidup seperti orang biasa yang sekadar menunggu dan berharap kepada orang lain
atau
kita mahu menjadi seseorang yang luar dari kebiasaan hidup kita, usaha yang luarbiasa yang mampu memberi manfaat kepada orang lain dan terus menjadi inspirasi kepada mereka?
.
Pastinya, Semua jawapan tu ada pada kita..
Kita yang kena memilihnya...
.
jangan putus asa untuk berjaya, untuk hidup kita..
untuk masa depan kita..
tiada siapa yang lebih menghargai diri kita melainkan kita sendiri yang menghargainya... tiada siapa yang boleh mengubah nasib kita melainkan kita sendiri
No comments:
Post a Comment