Setiap orang membawa dan memancarkan imejnya dan
aura yang tersendiri. Imej diri terpancar dari beberapa punca yang ada pada
diri sendiri secara disedar maupun tidak.
Sebagai seorang usahawan, kita mestilah amat prihatin dengan imej diri sendiri kerana kita
sering berurusan dengan pelbagai peringkat dalam berurusniaga.
imej
dan penampilan sangat sangat mempengaruhi kejayaan seseorang usahawan
itu kerana ia menguji sejauhmana kita bijak membawa diri untuk
mendapatkan keyakinan client/customer seterusnya meletakkan sejauhmana
perniagaan kita mampu pergi..
azie sangat bertuah dijemput untuk berkongsi ilmu dengan sebahagian besar usahawan usahawan HAI-O dari seluruh malaysia untuk slot grooming dan hijabista.. berkongsi ilmu bagaimana pentingnya transformasi diri untuk melonjakkan aura positif bagi mendapat impak pada perniagaan serta memiliki kehidupan yang lebih bermakna
program
ini dilaksanakan di melaka.. peserta yang hadir dari seluruh malaysia..
azie seronok dan berbangga dengan mereka ini kerana semangat perjuangan
mereka sangat luar biasa.. azie pula yang merasakan aura aura usahawan
mereka dan sentiasa bertenaga dan bersemangat.. alhamdulillah!
moment
terindah dan terbest bagi azie sebab dunia kami yang sama.. azie juga
seorang usahawan.. semangat luar biasa, kekentalan jiwa, teamwork itu sangat azie tabik spring! maka program ini sangat dekat di hati.. kerjasama dan
layanan peserta dan penganjur amatlah azie hargai..
setiap
kali berprogram, selain mengajar sebenarnya azie juga belajar.. azie
mengambil banyak perkara sebagai salah satu pembelajaran dalam kehidupan
dan pengetahuan diri.. mengenali ramai orang, azie dapat belajar fitrah
manusia yang pelbagai.. syukur!
NOTA TANGAN : semangat pejuang berjihad ekonomi ummah
No comments:
Post a Comment