Alhamdulillah alhamdulillah... syukur atas nikmatNya..
Terima kasih sahabat semua atas doa-doa kalian untuk azie..
Terima kasih sahabat semua atas doa-doa kalian untuk azie..
Benar, dalam hidup ni kita memerlukan persekitaran yang positif..
pepatah juga mengatakan, berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi, wangian itu juga terpalit pada kita
Semakin banyak kita bercerita tentang kegembiraan, kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kejayaan dan keberkatan..
Semakin banyak KEBAHAGIAAN yang datang..
Jadi berhenti mengeluh, berhenti bercerita tentang perkara yang negatif.. abaikan mereka yang negatif
Jadi berhenti mengeluh, berhenti bercerita tentang perkara yang negatif.. abaikan mereka yang negatif
DELETE ia dari memori kita..
Masih terlalu banyak kemanisan dalam hidup yang belum kita rasai.. masih ramai manusia yang bijak pandai yang sentiasa memberi inspirasi.. masih jauh perjalanan kita untuk diterokai
Pandang kehadapan dengan pandangan mata hati..
Nikmati segala nikmat yang diberi
tenanglah dengan rasa ini
Usah berasa lemah kerana DIA sentiasa bersama..
Moga kitalah insan yang sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki..
Dan senyumlah dengan penuh kebahagiaan...
Dan senyumlah dengan penuh kebahagiaan...
Kerana akan ada khabar gembira bagi hamba-hambaNya yang sentiasa sabar dan bersyukur..
terima kasih pada yang sentiasa berada di sisi serta memberi sokongan dan kepercayaan yang tidak pernah berbelah bahagi
terima kasih pada yang telah membuka dan mencipta ruang dan peluang untuk terusku melakar sejuta kejayaan
tidakku persiakan setiap ruang dan peluang yang terbentang luas untuk terus menggapai impian yang tak pernah padam
bersyukur dikelilingi insan insan yang sentiasa memberi inspirasi
NOTA TANGAN : sederhana tapi cukup menginspirasi
No comments:
Post a Comment