1st time program yang akan azie beri komitmen ini di bawah syarikat Awaken Training & Consultancy.. nama besar dalam dunia training.. azie diberi kepercayaan untuk menjadi associate trainer dalam program 'how do i look?' di jabatan pertanian moden kluang..
pada permulaan azie diberitahu azie akan memberi ceramah untuk pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, di batu pahat tetapi last minit diberitahu oleh wakil Awaken bahawa program berubah tempat di ekspo pertanian di kluang.. masih untuk pelajar UTHM tetapi ia juga terbuka untuk orang ramai untuk mengikutinya. open program kiranya
alhamdulillah pengalaman yang cukup manis apabila berprogram di ekspo ini, perhatian dan tumpuan orang ramai itu cukup mengujakan.. bayangkan orang ramai yang berkunjung ke ekspo ini akan berhenti di khemah utama untuk melihat azie membuat demonstrasi mekap dan hijab styling.. dan peniaga peniaga di ekspo turut ke khemah untuk belajar dengan apa yang azie sampaikan..
dan paling kelakar selepas program ada orang yang mengejar azie hingga ke pintu kereta untuk meminta namecard.. ^_^
how sweet bila mana mereka cakap, "puan, saya suka cara penyampaian puan.. bolehkah jabatan kami invite puan dalam program kami?" kecil tapak tangan, stadium bukit jalil azie tadahkan.. hehehe..
alhamdulillah!
dan
dan yang paling best slot sebelum azie itu adalah slot rita, pengasas
kosmetik NV.. ala yang nampak lawa nampak lawa dia pakai NV.. hihihi..
tidak sangka azie digandingkan dengan jutawan muda ini.. seronok bangga
gembira tak tahu nak cakap.. siapala azie untuk sebaris dengan nama
besar macam tu.. tapi alhamdulillah rezeki Allah itu tak pernah tersalah
alamat bukan?
rita berkongsi pengalaman tentang jatuh bangun syarikat peninggalan arwah ibunya, sosilawati.. sungguh terkesan dengan ketabahan, kekentalan serta kekuatan wanita muda ini untuk berada di tahap yang sekarang
sempat
azie bersembang dengan dia tentang dunia bisnes dan berkongsi perasaan
berada di situ.. dia juga sempat menitipkan perkongsian dan kata kata
semangat untuk azie.. alhamdulillah syukur! indahnya percaturan Tuhan..
orang hebat dan nama besar macam tu pun tiada sedikit rasa kekok untuk bergaul dengan orang kebiasaan mahupun ada sifat kesombongan dalam diri.. Allahhh.. bertapa mudahnya untuk kita belajar sesuatu kan..
pertemuan sekejap penuh makna.. dan kami plan untuk berjumpa di kl pula.. yeay!
NOTA TANGAN : semakin seronok dengan apa yang dilakukan
No comments:
Post a Comment