tiada yang sempurna tiada yang indah belaka


kita punya hati yang sama, 
hatimu dan hatiku...

pernahkah bila kita bangun di pagi hari, keadaan kita tidak seperti yang kita harapkan terjadi? rasa marah, geram, nak nangis, tekanan dan tidak bersemangat tanpa sebab?

Ada saat ketika pula, kita akan bertemu dengan orang yang akan mengecewakan kita dan membuatkan kita sedih walaupun kadang kadang kita tidak tahu apa salah kita, tidak kenal rapat atau tidak mengetahui sebab apa ia terjadi..

 kadang kadang juga apa sahaja yang kita lakukan tidak memuaskan hati, tidak jadi mahupun gagal lakukan dengan baik walau kita dah anggap kita dah buat yang terbaik tapi masih tidak memuaskan hati

ada masa sedang kita bersemangat untuk melakukan sesuatu, ada mereka di sekeliling yang menjentik tangkai hati, berkata kata sehingga menusuk jiwa sehingga kita merasakan dunia ini mereka punya.. kita tidak layak melakukan apa apa.. semangat seperti dihenyak lanyak

yesss!

itulah lumrah kehidupan 
tiada yang sempurna tiada yang indah belaka
pada saat ketika itulah, kita harus mengingatkan diri kita untuk percaya pada penilaian dan pendapat diri kita sendiri untuk terus fokus pada keyakinan kita walau 1001 dugaan dan cabaran yang terjadi

ia datang menguji sejauhmana kebijaksanaan kita menyelesai segala

Sesekali hati akan mula berbicara tanpa berlagu..
"Bagaimana untuk kita menghadapinya?!" 

itu semua terserah pada diri kita sendiri untuk menentukannya
menyalahkan atau memperbaiki
terus kuat atau give up

wahai insan syurga,
jagalah dirimu dengan sebaik baiknya
kesilapan lalu jangan sesekali diulangi kembali
biarlah ia terus terkubur yang mana kita mesti teladani
jangan mudah berserah dengan apa yang mendatang
lawan, tentang, halang dari ianya terus mempengaruhi kehidupan kita

tetapkan impian kita dengan jelas tanpa ragu untuk kita sama-sama mencapai tujuan asal kita di dunia, gapailah bintang bergemerlapan yang sangat indah, genggam kejayaan untuk dikongsi buat semua

ya! memang tidak mudah,
tapi masa-masa yang sulit itulah yang akan menyedarkan kita tentang jati diri kita yang sebenarnya

Jadi, bila hari-hari kita di penuhi dengan kekecewaan dan tanggungjawab yang membebani diri, Ingatlah untuk terus tetap yakin pada diri sendiri dan segala yang kita inginkan dalam hidup kita.

kerana apa?

Kerana semua tentangan, cabaran, dugaan dan perubahan itu hanya akan membantu kita menemukan tujuan azali kita yang kita tahu memang diciptakan untuk kita
 

no pain no gain
tiada kejayaan tanpa pengorbanan
tiada kenikmatan tanpa kesengsaraan
tiada kesenangan tanpa kesusahan
tiada pelangi tanpa hujan

nak berjaya tak susah dan tak mudah!
ape yang penting impian yang mesti jelas untuk apa kita bertindak dengan pantas kerana masa tak pernah tunggu kita..

BUAT & YAKINLAH pada diri.. 
KITA PASTI BERJAYA..

AAMIIN








 NOTA TANGAN : ujian adalah tanda cinta Tuhan







No comments:

Post a Comment