sudah lama rasanya azie tak buat hijab tutorial kan?
ada yang merindui tak? hihihi..
sambil tengok tutorial sambil goyang kepala goyang kaki dengar background muzik.. best kan?
santai dan enjoy sentiasa..
rasanya dah lebih setahun azie tak buat video tutorial yang baru.. tapi alhamdulillah sambutan tentang tutorial sebelum sebelum ini sangat galak dan memberangsangkan..
yang tak sangka ada video tutorial azie yang mencecah hampir 500,000 viewers dan subcribers sehingga 4,200 orang..
yang tak sangka ada video tutorial azie yang mencecah hampir 500,000 viewers dan subcribers sehingga 4,200 orang..
Allahuakhbar!
sesuatu diluar jangkaan azie sebenarnya..
semangat dan keterujaan itu hanya Allah yang tahu perasaan ni.. lagi lagi ada yang wassap dan pm berkongsi cerita bagaimana video tutorial itu dapat membantu menambahnilai kehidupan orang lain, yang mahu berhijrah ke arah yang lebih baik, yang terinspirasi untuk membuat video juga, yang mahu azie berikan tunjuk ajar.. itu semua menjadi pemangkin utama untuk azie teruskan segala
permintaan demi permintaan dari orang sekeliling lagi membangkitkan semangat azie untuk fight masa yang menjadi kekangan.. apabila menerima permintaan dan perkongsian mereka, azie rasa bertanggungjawab atas segalanya dan memikul ini sebagai amanah yang diberikan..
ya! mereka beri kepercayaan yang sangat hebat dan meletakkan harapan yang tinggi untuk azie, maka azie wajib lakukannya!
dan baru baru ini, azie berjaya menghasilkan video tutorial special untuk semua setelah setahun tiada video baru! yeay!!! alhamdulillah! ^_^
video kali ini adalah pelajaran dari video sebelum sebelum ini.. banyak yang diperbaiki dari aspek kelemahan dan menonjolkan kelebihan.. inshaAllah azie pasti dan yakin, jika anda tengok video sebelum ini best, tapi video kali ini sangat best! masih kekalkan konsep yang sama tapi ada sesuatu yang berbeza..
tanpa berlengah lagi, jom tonton sekarang!
jangan lupa tinggalkan komen selepas menonton dan selamat mencuba wahai wanita wanita perhiasan dunia! ^_^
NOTA TANGAN : gembira beri kegembiraan pada orang lain
No comments:
Post a Comment