sebenarnya sejak azie berkecimpung dalam dunia 'cakap-cakap' depan orang ramai ni, ramai yang memberikan kepercayaan untuk azie dalam program-program tertentu untuk 'bercakap-cakap'.. ^_^
peluang dan ruang sentiasa hadir untuk menguji sejauhmana bakat yang azie miliki. jika berkesempatan dan 'kena' dengan jiwa dan situasi, kebiasaannya azie terima dengan hati yang terbuka.. inshaAllah
azie belum pernah berkongsi cerita di rumah maya azie ini tentang hobi baru azie, aktiviti sihat azie sejak kebelakangan ini kan..
ya! azie mula berkecimpung dalam dunia zumba dalam beberapa bulan kebelakangan ini.. azie sangat seronok dan happy dapat jumpa kawan-kawan baru serta menjalani aktiviti bersama-sama.. selain terapi diri apabila berzumba, azie kenal ramai kawan-kawan yang sentiasa membuatkan hari hari azie indah belaka
dan kebetulan masa azie sedang aktif dengan dunia zumba ni, mereka (kawan kawan zumba) mahu menganjurkan event besar-besaran untuk menari.. bukan sekadar zumba tetapi tarian tarian lain juga.. event besar kerana melibatkan orang ramai (pesert 300++ orang)
dan mereka memberi kepercayaan sepenuhnya kepada azie untuk menjadi emcee sepanjang event berlangsung! wah.. tugasan yang amat berat bagi azie sebab tanggungjawab emcee adalah sangat besar dalam menentukan kejayaan sesebuah majlis! tugasan itu bukan sekadar 'cakap-cakap' kosong.. ia adalah 'cakap-cakap' berilmu, 'cakap-cakap' yang memberi manfaat buat orang lain
tetapi, azie terima dengan hati yang terbuka kerana bagi azie ini adalah platform mahupun peluang yang Allah buka untuk azie menimba pengalaman serta ilmu dalam bidang 'cakap-cakap' ni.. azie seperti biasa mahu cabar diri sendiri dan menguji sejauhmana bakat yang azie miliki. melatih diri untuk biasa ke depan.. yang pasti azie buat yang terbaik dan buat preparation yang mencukupi sebelum event kerana tidak mahu mensia-siakan kepercayaan yang telah diberikan.
dan dan alhamdulillah! segalanya berjalan lancar dan mendapat pujian daripada pihak penganjur dan juri tetap azie iaitu tuan suami.. hehehe..
syukur!
dan alhamdulillah untuk next event yang telah mempunyai tarikh serta tempat juga, dan berlangsung dalam masa sebulan lagi, mereka telah melantik azie sebagai emcee juga.. tak sangka ini menjadi kerjaya baru azie..
betul orang kata, kalau tak dipecahkan ruyung mana nak dapat sagunya.. jika tak mencuba, mana nak tahu keberhasilannya, bukan? ^_^
terima kasih Allah terima kasih cinta terima kasih segala
NOTA TANGAN : Perjalanan 1000 langkah itu bermula dari langkahan yang pertama
No comments:
Post a Comment