my wonderful year, 2015!




trending hari ini semua up status tentang tahun baru yang bakal menjelang dalam beberapa jam lagi dan kita bakal meninggalkan tahun 2015

dan azie juga tidak ketinggalan menanti detik ambang 2016! tahun yang bakal meninggalkan usia 20an, tahun di mana usia meningkat ke arah 3series.. dari peringkat remaja ke peringkat dewasa.. dan azie mengharapkan perjalanan kehidupan yang selari dengan peningkatan usia. 

banyak yang azie telah rancangkan untuk terus ke hadapan.. perancangan itu perlu.. pepatah mengatakan, jika kita gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.. sedangkan Allah juga merancang, siapala kita untuk sombong yang hanya meletakkan takdir semata untuk kehidupan seterusnya. tapi kita harus percaya, kita merancang dengan cita-cita, tetapi Allah merancang cengan cintaNya. maka usaha sehabis daya, selebihnya baru bersedia terima takdirNya!


tapi di sini azie nak throwback kisah sepanjang tahun 2015 yang azie gambarkan sebagai wonderful year! ^_^ 

untuk permulaan tahun 2015, azie dan family bercuti ke sabah.. percutian tersebut adalah kali kedua azie ke sabah.. jika sebelum itu azie hanya berhoneymoon dengan tuan suami tapi kali ini bersama my complete family.. percutian yang sangat ohsem! kami enjoy dan berseronok bersama yang tersayang melawat negeri orang.. melakukan aktiviti riadah bersama, bershopping bersama, makan bersama malah tidur juga bersama dalam 1 apartment besar.. sungguh ia memberi makna yang cukup cukup mendalam.

tiap bulan kami juga wajib berkumpul bersama tapi tiap tahun mesti ada percutian yang paling best! percutian bersama keluarga ini adalah perkara wajib setiap tahun yang kami lakukan.. perkara yang paling di tunggu-tunggu untuk kami sekeluarga bagi mengeratkan kasih sayang hingga ke syurga dan cinta yang tak pernah padam.. alhamdulillah!



pada awal tahun juga kebiasaannya azie pening memikirkan hadiah apa nak disediakan untuk 'always baby' ni.. hihihi.. birthday tuan suami jatuh pada 31 jan.. alhamdulillah tahun ni cipta sejarah dapat main simulator dan real flying aircraft on that day! siap buat suprise lagi.. suka tak terkata tuan suami.. azie ada berkongsi cerita di sini


tahun ini juga bermulanya perjalanan azie sebagai seorang pelajar selepas 4 tahun bekerja dan tamat pengajian di USM.. menuntut pelbagai ilmu profesional untuk bekalan di masa akan datang.. untuk permulaannya, azie amik kursus akademi pengacaraan majlis.. kursus yang berlangsung selama 2 hari.. ilmu untuk azie sentiasa bersedia untuk bercakap di hadapan orang ramai..


dapat suprise naik cruise!!! 
best sangat! alhamdulillah alhamdulillah.. suprise masa birthday azie from tuan suami.. tak pernah berangan dapat naik cruise time tu tapi rezeki Allah itu maha luas kan.. jika berkesempatan dan ada rezeki lagi, inshaAllah nak repat moment indah ataih nun.. hihihi.. azie kongsikan pengalaman tersebut di sini



amik kursus personal image consultation dan menjadi fasilitator seorang image consultant yang hebat.. ini adalah basic pembelajaran sebelum azie melebarkan sayap untuk menjadi perunding imej bertauliah



meraikan kejayaan adik azie kerana mendapat pekerjaan sebagai seorang pensyarah di politeknik.. adik lepasan master UKM dalam bidang kimia


kisah raya penuh makna.. setiap tahun baju boria tetap ada tanda kami sehati sejiwa seia dan sekata.. hihihi.. tahun ni menjadi perhatian ramai kerana baju kami dikatakan super duper cantik! pemilihan kaler orleh mak dan pemilihan material oleh azie sebab azie hantu kain saree.. hehehe.. azie ada kongsikan kisahnya di sini



bermulanya kisah aktiviti sihat dan cergas! azie actually tak suka aktiviti lasak tapi dalam hidup mesti balance kan.. kena workout untuk kehidupan yang sihat dan terapi diri yang berkesan.. maka azie pilih untuk memasuki class zumba dance.. sambil berhappy2 sambil keluarkan peluh.. kebetulan memang ada basic tari menari.. hehehe

 


 kuku azie sejak dari zaman sekolah zaman remaja memang tak pernah lekang dari inai.. ya! azie suka berinai.. tapi inai kat kuku je.. tapi tahun ni dah stat melukis inai di tangan dan ia menjadi hobi wajib.. bermula dengan suka-suka dan cuba-cuba sekarang dah boleh melukis dengan expert.. seronok tengok tangan jari cantik n meriah meriah!




 ini paling besar azie lakukan dalam kehidupan di mana azie mengambil kursus untuk mendapatkan ilmu tentang image consultant dan menjadikan ia kerjaya utama buat masa ini.. kursus selama 5 hari beserta praktikal. dan alhamdulillah selepas kursus ini jemputan panggilan ceramah agak banyak juga.. (boleh baca setiap entry di blog ini) syukur!






kakak sulong azie dapat menyambung pengajiannya.. dia bekerja sebagai seorang nurse dan sambung belajar untuk kehidupan yang lebih bermakna.. kagum kerana walau dah selesa tetap bersemangat untuk menimba ilmu



berfamilyday bersama keluarga besar sebelah abah yang dibuat di rumah mak abah azie di segamat johor.. azie sebenarnya asal selangor.. maka kesemua keluarga besar menetap di selangor. cuma mak abah berhijrah ke segamat johor atas urusan kerja.. mereka dari selangor dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.. sangat meriah dan seronok!



meraikan adik tunggal lelaki azie konvo degree dari upm.. adik azie ni masa dia study pernah student exchange di indonesia dan praktikal di australia.. alhamdulillah.. dan sekarang menyambung pengajian master di upm.. dan bakal ke oversea katanya juga



1st time azie kasi ceramah memakai pakaian bertema.. ini juga 1st time azie pakai baju bollywood yang dinamakan anarkali.. rupanya baju indian ni pun banyak juga jenisnya.. pengetahuan baru.. azie dijemput sebagai image consultant dan ketua juri dalam event bollywood nite



alhamdulillah.. anak buat azie yang sulung mendapat 5A dalam UPSR..budak yang bijak dari kecik ni membuktikan lagi yang dia boleh.. dari kecil sangat membanggakan kami sekeluarga atas pencapaian akademiknya.. syukur! dan dia akan memulakan sesi sekolah menengah di sekolah sains tidak lama lagi. moga kejayaan demi kejayaan mengiringi perjalanan hidupnya.. aamiin



1st time azie diinterview oleh wartawan dalam bidang image consultation.. biasa masuk majalah tentang bisnes atau hijab styling tapi kali ni berbeza setelah azie mendapat pertauliah dalam bidang imej.. Majalah mingguan wanita edisi 18-24 Dis 2015, isu 'penampilan menarik, tingkahlaku baik interpretasi cantik' di muka surat 114 dan 115




Alhamdulillah atas perubahan pencapaian semua ini! syukur sangat! alhamdulillah kehidupan azie juga lebih teratur dan seronok apabila melakukan sesuatu yang kita sangat minat.. nikmat ini sungguh indah! balance life (diri sendiri, pasangan, keluarga dan kerjaya)

 nikmat Tuhan mana yang mampu ku dustakan?

sebenarnya ini adalah di antaranya sahaja.. ada banyak lagi.. ini kiranya pencapaian yang besar-besar.. yang kecil-kecil sangat banyak dan tak terkira.. moga ia menjadi titik tolak kebahagiaan hakiki yang tidak terungkap dengan kata-kata! semoga tahun yang mendatang kejayaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami.. inshaAllah!

moga asbab nikmat kejayaan ini menjadikan kami lebih tunduk ke arah kejayaan hakiki dalam kehidupan abadi.. aamiin
(pesanan mak abah) 








No comments:

Post a Comment