BERANI tolak diri ke depan

 

Alhamdulillah...
Menghargai kehidupan di bumi Allah yang dalamnya punya pelbagai rencah kehidupan...

Pengalaman dikongsi untuk kebaikan yang lain.. Dalam nikmat dan ujian Allah, Dia mendidik apa itu redha..

Ia bukan sesuatu yang mudah dilafaz oleh atau kepada seseorang, namun ia sesuatu yang mesti diakui dan diterima ikhlas oleh hambaNya..

Setelah seseorang hamba itu menerima dengan redha.. kita tahu apa yang kita akan lakukan dalam hidup seterusnya..

Selagi tiada redha.. maka tidak akan ada pembaharuan dan pengalaman baru dalam hidup kita..

Saya tak bimbang dengan cabaran yang menunggu kat depan..
Tapi saya bimbang bila kita "gagal jadi yang TERBAIK demi masa depan"

Nak BERJAYA..
Mesti BERANI tolak diri ke depan...
Satu kejayaan besar 10 tahun nanti bermula dengan satu tindakan kita tanpa henti..

Sahabat..
Walau jalan perjuangan kita berbeza...
Ingat.. MATLAMAT kita sama..!!!
Raikan persamaan, hormati perbezaan

 
'Sama-sama BERJAYA GENGGAM IMPIAN masing masing'











 NOTA TANGAN : All in all out, u will have it all








No comments:

Post a Comment