Penjenamaan Imej Guru Guru Tadika, DBKL


pengalaman yang cukup mengujakan kali ini adalah apabila azie dijemput untuk mengendalikan program dalam bulan ramadhan. Jarang sekali sebenarnya kursus dilakukan dalam bulan ramadhan atas beberapa faktor seperti peserta mudah mengantuk, tak bermaya dan bersemangat, waktu pulang awal dan sebagainya.

tetapi apabila sudah dijemput, seperti biasa azie mahu cabar diri untuk melakukan sesuatu yang belum pernah azie lakukan. azie terima ini as a challenge myself. menguji kekuatan mental dan fizikal juga bagaimana penerimaan peserta terhadap kursus pada bulan yang mulia ini.

seperti pengarah mereka kata semasa memberi ucapan perasmian kursus ini, sebenarnya apa yang dilakukan semasa bulan yang istimewa ini ada keberkatan. lebih dari bulan bulan lain.  di mana apa sahaja yang dilakukan ia berganda ganda ganjarannya yang kita terima. lagi lagi apabila menuntut ilmu dan penyebaran ilmu. moga segala ilmu dan perkongsian itu dapat memberi manfaat buat semua.

kursus PENJENAMAAN IMEJ BAGI GURU GURU TADIKA SANG KANCIL, DBKL berlangsung selama 2 hari bertempat di perpustakaan kuala lumpur. Azie mengendalikan slot komunikasi dan NLP manakala puan Aida Farrel mengendalikan slot hijab styling dan puan Naza sentuhan Derina mengendalikan slot Makeup untuk hari pertama. dan hari kedua dikendalikan sepenuhnya oleh sifu Cutecarry, tuan Hafiz Mustapha

Alhamdulillah! penerimaan peserta amat memberangsangkan! yang best kerjasama mereka sangat memberi komitmen terhadap kursus ini memang terbaik!   










NOTA TANGAN : setiap majlis ilmu ada keberkatan







No comments:

Post a Comment