MOVE ON Kita ke mana?



 tiada yang mustahil dalam hidup ini.

Salah satu formula nak berjaya adalah : 

Apa sahaja kenangan silam yang pahit, yang buat kita down, kita WAJIB lupakan. JANGAN INGAT - INGAT lagi. Kena buang dan terus lupakan walaupun pahit. Walaupun susah untuk dilupakan tapi usaha untuk melupakan

Kenangan yang pahit hanyalah menjadi batu penghalang untuk kita teruskan perjuangan kerana rasa takut untuk jatuh sentiasa menguasai diri. Lawan perasaan dan rasa itu sehingga kita tak perlu menoleh. Halang ia sehingga kita tak pernah kenal, tak pernah rasa peritnya kepahitan itu.

Apa yang harus kita kenang adalah Kenangan Manis. Sesuatu yang pernah buat kita gembira. Sesuatu yang buat kita rasa bangga. Sesuatu yang pernah buat kita rasa sangat dihargai.

Kenang sentiasa di mana kita perlu tahu kemanisan yang pernah kita rasai. Keseronokan yang pernah kita kecapi. kebahagiaan yang selalu kita ingini. moga ia menjadi pendorong di atas segala usaha kita untuk terus mencipta pelbagai kenangan manis lagi.

Formula ini sangat mudah.
Dan jika dapat menguasai internal ini. InsyaAllah mudah untuk kita move on.

MOVE ON Kita ke mana?
Kita akan terus menuju impian - impian kita.
Move on, move on sehingga impian terlaksana.
Move on, move on, move on untuk segala sifat positif menguasai kehidupan kita
ia memudahkan proses kejayaan kita.. untuk mendapat kualiti dalam kehidupan kita.. inshaAllah 









 NOTA TANGAN : Kuasai internal dan ia akan terpancar melalui external







No comments:

Post a Comment