Pilih la minda yang positif



Dalam kehidupan jangan pernah cemburu dengan kehidupan mereka yang jauh lebih baik dari kita. Kita tidak tahu bagaimana sebaliknya apa yang pernah mereka lalui dan rasa untuk memiliki kehidupan mereka sekarang yang kita tampak cukup sempurna.

Jadikanlah mereka contoh atau pendorong untuk kita terus berusaha mengecapi kehidupan yang lebih baik.

Begitulah juga dalam perniagaan.. 
Jangan pernah iri hati dengan kejayaan orang lain. Kita tidak pernah tahu dugaan dan ujian mereka untuk sampai ke tahap itu. Jadikan kejayaan mereka sebagai inspirasi untuk kita perbaiki kelemahan yang kita ada.

Jadikan orang yg berjaya itu sebagai mentor kita.. Kita adore dengan cara dan semangat dia dalam memajukan diri.

Pilih la minda yang positif dalam kehidupan, kejayaan, kebahagiaan mahupun kegembiraan kerana pilihan itu yang menentukan sejauhmana ia dapat dikecapi.

DAN! ini yang paaaling penting!
hormati orang lain jika mereka tidak mengikuti jejak langkah anda! 

sebagai contoh ; Jika anda menjual produk kecantikan, jangan paksa orang lain juga ikut jejak anda untuk menjual produk kecantikan. Cukup sekadar berkongsi dan jika mereka mahu ikut anda, thats rezeki.. jika tidak, jangan marah, jangan musuh dan lebih teruk jangan kondem apa yang mereka lakukan semata mata kerana anda direject! kita tidak tahu sejauhmana hebat mereka membina perniagaan yang telah mereka perjuangkan sebelum bertemu anda.

check semula niat anda berniaga untuk apa? pilih yang positif ok! 

sebagai contoh lagi ; jika mereka sedang bekerja makan gaji, jangan paksa orang lain untuk berhenti kerja dan ikut cara kita berniaga. Jangan memperlekeh kehidupan orang lain. kita tidak tahu sejauhmana mereka gembira dan seronok serta selesa dengan apa yang mereka lakukan. kita tidak tahu sejauhmana mereka sedang berusaha keras mempertahankan apa yang mereka bina dari awal. 

 pendek kata hormati keputusan mereka! support apa sahaja yang orang lain lakukan. jika kita menghormati, kita akan dihormati juga. kena faham bahawa manusia tidak sama. kita semua mempunyai perbezaan dalam perjuangan! 

Minda positif mampu menjadikan hidup kita tenang, harmoni serta menghasilkan kerja yang produktif.  

Kejayaan memang milik kita!
aamiin

FB Page : Azie Fazieda Collections 
Instagram : aziefazieda.collections






NOTA TANGAN : Dalam perjalanan hidup, kita punya pilihan untuk berada di tahap yang mana ; postif atau negatif









No comments:

Post a Comment