sedekad in love di Maldives



Lama betul azie perap cerita dan gambaq gambaq masa bercuti ke maldives baru baru ni.. baru la sangat! sebulan yang lepas dah.. hehehe

sementara ingatan masih kuat tentang costing dan itinerary ni, baik azie cepat cepat kongsikan di sini seperti yang telah dijanjikan untuk kawan-kawan di FB. Jika bercerita pengalaman dan kenikmatan, memang akan ingat sampai bila-bila. 

seperti yang kita tahu, maldives adalah sebuah destinasi percutian impian ramai. tempat yang diibaratkan seperti syurga dunia ini sering menjadi perhatian buat semua. sehinggakan masa azie p buat perkhidmatan packing bag di airport pun petugas di sana cakap maldives adalah tempat impian dia dan teringin sangat nak pergi.. inshaAllah didoakan semua orang akan dapat pergi menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan di sana.. aamiin

sebenarnya azie dan tuan suami tidak merancang apa apa untuk percutian ini atau apa apa sahaja percutian untuk tahun ini. pada tahun ini kami lebih ke arah mahu merancang sesuatu yang lebih besar dalam kehidupan iaitu mahu melangsaikan hutang kereta secepat mungkin, cepat daripada tempoh bayaran sebenar untuk memudahkan urusan menambah aset tetap iaitu rumah kedua

tetapi pada suatu hari, azie ternampak iklan di ig yang mana pakej percutian ini terrrrsangat murah! hanya cuma rm2,900/pax (all in)

oleh kerana maldives adalah destinasi mewah dan mahal yang menjadi impian ramai seperti yang digembar gemburkan oleh bloggers, azie dapat rasakan pakej yang ditawarkan cukup berbaloi. setelah berbincang dengan tuan suami dan deal dengan travel agen tersebut, kami bersetuju untuk meneruskan percutian impian ini. dan haritu juga kami buat booking. kebetulan tarikh yang kami mahukan tersebut bersesuaian dengan tarikh 'perkenalan' azie dan tuan suami genap sedekad. maka kami jadikan percutian ini sebagai hadiah penghargaan serta memperingati tarikh keramat awal perjumpaan dan perkenalan kami 10 tahun lepas di usm.

Lagipun kami sememangnya berazam jika kami bercuti, kami mahu destinasi yang relax, santai dan hanya untuk menikmati sebab kehidupan kami agak hectic setiap hari. maka apabila bercuti kami nak betul betul relax dan santai! nak mudah tak nak pening kepala.
seingat azie tarikh booking kami, 2 bulan sebelum tarikh yang dijanjikan untuk kami fly. tempoh 2 bulan sebelum fly, kebiasaannya agak lambat bagi mereka yang ingin travel ke luar negara kerana urusan tempahan flight, tempahan hotel, tempahan bot juga segala kemudahan di sana dan sebagainya.. lagi lagi destinasi mewah yang menjadi rebutan ramai. mereka boleh charge sehingga berkali kali ganda dari harga asal. tetapi alhamdulillah dipermudahkan segala urusan oleh mereka.

persiapan untuk ke sana, tidaklah terlalu rapi sangat kerana azie dan tuan suami sibuk dengan tugasan masing masing dan masih tidak berganjak dan meneruskan impian asal kami. sehinggakan sehari sebelum fly juga azie masih melunaskan tugasan memberi ceramah. 

bukan tidak teruja, tapi kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepada travel agen. ini mudahnya jika mahu travel ke luar negara menggunakan travel agen. tak perlu pening pening.. heee.. apa apa info, travel agen terus maklumkan kepada azie sehinggakan travel agen azie tu pesan siap bawa itu ini dan menceritakan sedikit sebanyak tentang di sana. tambahan pula azie ada juga membaca membuat rujukan sedikit melalui blog blog dan pengalaman mereka yang telah sampai ke sana.

azie berkongsi secara ringkas ya! cukup untuk dapat anda bayangkan bagaimana di sana juga dapat membantu budget yang perlu anda sediakan.. risau jika terlalu panjang atau ada sambungan ianya tidak menepati apa yang hendak dikongsikan.. jika mahu dicerita tentang apa yang azie rasa keseluruhannya tidak akan sama dengan pengalaman yang bakal anda lalui nanti.. nak berkongsi gambar keseluruhannya juga terlalu banyak.. ini semua selected ya! ini pun dah agak panjang! ^_^


let's! 
Day 1: kami menaiki flight dari klia ke male pada jam 7.00 petang. kami difahamkan flight ada 1 sahaja sehari dan seminggu cuma ada 3 penerbangan ke male. jika di Malaysia jam 7.00 petang, di Male jam 4.00 petang. perbezaan waktu 3 jam. Sesampainya kami di airport sana lebih kurang jam 8.00 malam waktu maldives..

dan terus check in ke hotel berhampiran dengan menaiki van yang telah disediakan oleh travel agen. kami bermalam di hotel di hulhumale yang biasa disebut oleh kaki travel sebagai hotel transit. di sini banyak hotel hotel transit untuk kemudahan para pelancong. 

difahamkan semua pelancong dari Malaysia akan merasai hotel transit di hulhumale kerana flight dari Malaysia ke sini waktu malam dan airport Male ni adalah 1 pulau. so jika nak terus ke pulau lain perlu menaiki bot. bot tiada perkhidmatannya waktu malam. maka semua akan tidur 1 malam di hulhumale sebelum bergerak ke destinasi seterusnya pada keesokan paginya.

owh ya! tentang matawang, azie difahamkan di maldives matawangnya adalah ruffiya tetapi matawang tersebut tiada di malaysia. jadi perlu tukar ringgit malaysia ke USD kemudian baru tukar ruffiya

tetapi keseluruhan maldives menerima matawang dolar. jadi azie buat keputusan untuk berurusan dengan mata wang dolar sahaja. tidak perlu tukar dari USD ke ruffiya. tak pening sangat! hehehe

(hotel di hulhumale)

belum pergi ke pulau yang ingin dituju, di sini (sekitar hulhumale, area aiport) juga di kelilingi air kerana keseluruhan negara ini adalah kepulauan. mahu dari 1 destinasi ke destinasi lain menggunakan bot atau feri kerana setiap tempat adalah 1 pulau. baru sampai dah teruja! tak dapat nak ungkap dengan kata-kata, air dia color turquoise dan jernih sangat. bak kata travel agen kami, di sini biasa je keindahannya. di pulau nanti lebih cantik.

Day 2 : Gambar di bawah adalah tempat di depan hotel kami. dan bersiap sedia mahu ke pulau yang ingin kami tuju.

 
 

dari hulhumale ke maafushi island.. kepulauan yang bakal kami menginap selama 4 hari. kami menaiki speed boat meredah lautan luas iaitu lautan hindi kerana maldives ini adalah negara kecil di antara sri lanka dan india. bayangkan speed boat kecil dalam muatan 10-12 orang ini meredah lautan hindi yang terkenal dengan laut hitam yang bergelora.. kebetulan masa kami menaiki bot tersebut, cuaca agak gelap dan hujan.. ya ampunnn, pengalaman 45 minit yang cukup mengujakan juga mengundang airmata.. rasa jantung tiada berada di tempatnya.. hahaha

kerdilnya manusia di alam ciptaan Tuhan. ini baru laut kita lihat, bagaimana bot dilambung ombak dan kami di dalamnya yang sangat tinggi tawakalnya pada yang maha Esa.

 

 di FB ada rakan yang minta untuk melihat bilik di sana.. gambar bilik di pichulet beach resort lupa amik.. ini bilik yang kami menginap selama 2 malam dan kemudian hari terakhir kami move ke hotel lain. kami menginap di local island iaitu maafushi island. maafushi island merupakan local island yang menjadi kegemaran para pelancong, selain harganya yang lebih murah, makanan halal juga mudah di dapati di sini.

di sini banyak hotel hotel budget yang ditawarkan. hotel hotel budget pun harga dalam 120 USD bersamaan dengan lebih kurang RM480/nite. jika di Malaysia harga ni boleh dapat hotel 5 bintang dah. tapi di sini ia dikategorikan sebagai hotel budget kerana hotel yang agak mewah di private island harga lingkungan RM2000/nite

tapi accommodation serta layanan mereka memang taraf hotel 5 bintang.. kebersihan serta kemudahan dalam bilik memang gred A.


sesampainya kami di maafushi island, check in, lunch dan rehat sebentar, kami bersiap sedia untuk aktiviti pertama iaitu night fishing (termasuk pakej)

tetapi cuaca agak tidak baik pada hari tersebut dan membahayakan.. hujan lebat dan ribut, maka aktiviti tersebut terpaksa postponed pada malam seterusnya. maka kami gantikan aktiviti tersebut untuk survey souvenir di kedai kedai berhampiran juga makan malam yang telah disediakan oleh pihak hotel.

  
 
 

Day 3: hari ini aktivitinya adalah Resort Excursion (optional).. Optional means kami diberi 4 pilihan untuk ke private resort samada Adaaran Vadhoo, Centara Rasfushi, Anantara Dingu, dan Filhalhohi.. ini semua adalah private resort yang mewah. pilihan ini TIDAK TERMASUK PAKEJ. sebenarnya di maldives ada berpuluh puluh pulau yang menawarkan private resort yang lebih cantik lebih mewah tapi untuk budget biasa macam kami ia menawarkan hanya 4 resort sahaja. ada private resort sehingga 700 USD bersamaan RM2800

sebelum ke private resort yang dipilih, kami menikmati keindahan di pulau maafushi ini.. indah sungguh indah.. buka mata buka langsir terus dengar deruan angin serta laut yang sungguh cantik. setiap kali buka mata tersedia nikmat Tuhan yang cukup sempurna! lihat sahaja lautnya yang pelbagai warna itu membuatkan hati dan jiwa berkocak riang! warna pekat hitam tu coral.. boleh nampak even di permukaan air. bayangkan jernih sangat airnya..

owh ya! makanan di sini kebanyakkan roti dan nasi juga ada. jangan risau tentang kehalalan makanan di sini kerana maldives adalah negara Islam. hampir kesemua penduduk di sini adalah beragama Islam dan mementingkan sensitiviti masyarakat.

Di sini (maafushi island) DILARANG sama sekali berbikini juga minum arak even pelancong mat salleh. setiap hotelnya telah memberi amaran tentang kesopanan pemakaian dan sensitiviti.. cuma di private resort ianya dibenarkan dan ada disediakan arak dan pork.

 
  
 

azie dan tuan suami pilih untuk ke centara rash fushi setelah meneliti dan membaca di blog blog ke maldives. untuk ke private resort ni harga pun sama mewah.. heee.. 129 USD bersamaan RM516/pax dari jam 10pagi hingga 5petang. tiada bilik disediakan.. cuma melakukan aktiviti air sahaja juga bergambar. kami ke private resort tersebut dengan menaiki speed boat kerana private resort tersebut berlainan pulau. ya setiap private resort lain lain pulau! perhubungan utama mereka adalah boat sahaja.

Tapi nak diungkap dengan kata kata tentang keindahannya itu, Allahhh! hanya Tuhan yang tahu bagaimana bersyukurnya saat itu melihat kebesaran yang maha Esa.

betul la mereka kata maldives ini sebuah destinasi syurga dunia!

beberapa kali hati azie tersentuh tentang nikmat Tuhan ini.. Jika di sini pun, syurga dunia rasa nak menitik airmata lihat keindahan, apatah lagi di syurga yang betul betul.. Allahh! moga syurga tempat kita nanti.. aamiin
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 

setelah puas bergambar di seluruh resort ini dan lunch, kami melakukan aktiviti air.. ya rezeki kami dapat lihat baby shark depan mata! amik gambar tak mungkin sebab tak sempat.. laju beb! lagipun takut.. takut takut mak ayah shark pun sampai.. hahaha

yang best boleh gilir gilir mandi di pantai kemudian mandi di swimming pool siap disediakan bar untuk unlimited drink. penat main air terus singgah di bar tepi kolam renang.  

mandi, snorkeling, minum sampai lembik! hahaha sebab cantik sangat! beberapa kali azie betul betul hayati warna air laut tersebut.. ya jernih! gerammm! laut dan pantainya subhanallah jernih dan color memang turqouise betul!

tentang lunch, kami ada ditawarkan untuk lunch special dengan harga 90 USD bersamaan RM360 untuk 2 orang. tapi oleh kerana azie ni perut kecik rasanya perlu lupakan lunch special dengan harga tersebut. kami ambil lunch biasa sahaja iaitu buffet.
 
 
 
 
 

 lepas puas mandi, sambung posing lagi! sunset mula munculkan diri.. tapi masa untuk kami pulang ke maafushi island. 

 
 

malam pula kami bersouvenir hunting. semalam dah survey, malam ni terus beli tanpa berlengah lagi. azie masa di Malaysia lagi dah berazam mahu cari tea ni. jika selalunya fridge magnet, tshirt dan keychain, untuk kelainan azie memang mencari sangat tea dalam kotak sebegini. unik dan serbaguna. selain boleh dibancuh minum tea, kotaknya yang diperbuat daripada kayu, boleh disimpan untuk letak brooch mahupun syiling.. so agak tidak membazir kan.

harga sekotak tea ni 4USD bersamaan RM16.. Tapi azie beli banyak dapat harga 3USD.. murah sangatttt even beza 1USD sahaja.

 

Day 4 : Dah masuk hari keempat. Aktiviti kami hari ini adalah Snorkeling di 3 tempat (Banana Reef, Turtle Reef, Mavelathu), Dolphin Cruise , Lunch at sandbank dan malam Fishing nite. (under pakej)

Macam biasa pagi pagi breakfast di tepi pantai menikmati keindahan juga keenakan makanan. Pemandangan di sini semua macam lukisan. sempurna!

 
 

Dan tiba masa kami untuk melakukan aktiviti. kesemua aktiviti menaiki speed boat. boat berhenti di sesuatu tempat dan kami melakukan aktivti.

Aktiviti snorkeling agak menyeramkan apabila boat berhenti di tengah tengah laut kemudian kami semua diminta untuk terjun mati mati ke laut.. bayangkan laut hitam bergelora itu kami terjun! argh dasyat! 

pada mulanya azie tiada keberanian untuk terjun sebab faktor tak pandai berenang. apabila terjun ke laut tersebut rasa macam bunuh diri pun ada.. hahaha.. tidak kebanyakkan aktiviti di Malaysia yang snorkeling di tepi tepi pantai. itu biasa bagi azie.

sumpah mencabar di sini! tapi demi ruang dan peluang yang terbentang depan mata juga kesempatan yang ada, azie memberanikan diri juga! 

tapi bila dah 1 tempat berani, lagi 2 tempat dah addicted! seronok ya amat! yang best azie berjaya atasi rasa takut sebenarnya.. bukan senang senang dapat terjun kat lautan hindi ni kan.

 
  
 

yang agak kecewa kami tak dapat tengok dolphin.. mungkin masa tu cuaca agak tidak elok.. tapi takpe mungkin bukan rezeki kami masa tu.. memang kami telah diingatkan pada awalnya nak tengok dolphin kena depend on rezeki..

kemudian kami terus ke sandbank. sandbank ni pulau di mana ianya hanya pulau kecil yang mana pasir pantainya sangat putih bersih haluih macam tepung! tentang pantai dan airnya seperti biasanya jernih sangat! di sini boleh nampak perbezaan color air yang 3 layer! putih, turqouise dan blue black!

aktiviti di sini cuma lunch dan sesi bergambar serta menikmati keindahan. di sini tiada pembangunan langsung. hanya ada beberapa tumbuhan serta burung yang berkicau. sempat berkejaran dengan sekumpulan burung yang sangat cantik.. burung merpati mungkin sebab semuanya burung color putih.. tenang dan best sangat! 

lunch kami di bawa oleh travel agen bersama penduduk tempatan dari hotel. bersama sama bersila tepi pantai.
 
 

Tiba masa kami pulang ke hotel di maafushi island setelah penat seharian aktiviti air. masa ni kami perlu move ke hotel lain.. yang best kesemua barang dari hotel semalam telah diangkat siap siap ke hotel baru.. kita tak perlu susah payah.. dapat bilik, ada pekerja juga yang hantarkan barang sampai ke bilik.. kita cuma bawa diri sahaja!

yang suprisenya masuk je bilik ni terus teruja sebab decoration katil telah dihias indah.. ini pastinya plan di travel agen apabila tahu kami menyambut anniversary ke 10 tahun.. alhamdulillah cantik!

petangnya kami teruskan aktiviti yang tertangguh sebelum ini untuk melakukan aktiviti fishing night. kami di bawa oleh feri khas ke tengah lautan. bestnya feri ni 2 tingkat dan semasa perjalanan ke tengah laut kami menikmati keindahan laut di atas feri tersebut dengan angin kuat waktu petang.. hilang sudah rasa takut naik bot, feri dan laut sebab setiap pergerakan di sini kami perlukan perhubungan jalan air. 

seronok pula naik bot n feri ni even laut bergelora. menjadi keseronokan pula apabila dilambung ombak. betul kata pepatah, alah bisa tegal biasa.. 

berada di tengah lautan tanpa melihat apa apa selain laut dan langit yang sedang menukar shif dari siang ke malam, melihat bulan sedang memunculkan diri menerangi kegelapan malam menjentik hati rasa syukur, rasa sayu, rasa bahagia luar biasa dengan kuasa yang maha Esa. Subhanallah Allahuakhbar! 

Nikmat Tuhan mana yang mampu kudustakan!

  

Day 5 : Hari terakhir berada di bumi maldives.. perancangannya adalah water sport. tapi azie tidak mahu lakukan aktiviti seperti parasailing, jetski, kayak dll kerana dah beberapa hari berwatersport.. lagipun berbasah basahan sebelum pulang agak merumitkan juga untuk lugage nanti. so azie amik inisiatif untuk menikmati keseluruhan pulau maafushi ini.. cuma Tuan suami bersnorkeling last masa tu. 

kami explore keseluruhan pulau kecil ini dengan menaiki basikal. walaupun pulau kecil penduduk tempatan tetapi ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bank, supermarket dll.. penjara juga ada di pulau ini.

 
 
 


Sebelum check out untuk ke pusat bandar male, kami sempat lunch di sebuah restoran di sini.. living cost di sini agak mahal juga.. sepinggan nasi goreng biasa harga lebih kurang 10-15 USD bersamaan dengan RM40-RM60. segelas jus 3-5 USD bersamaan dengan RM12-RM20. ada gerai gerai yang menjual buah potong campur di tepi pantai dengan harga 8 USD bersamaan RM32 sepinggan.. air kelapa fresh 4 USD bersamaan RM16/biji..

itu harga di local island.. ada di private island harga nasi goreng biasa mencecah 50 USD bersamaan dengan RM200/pinggan.. 

sebab tu maldives dikatakan destinasi mahal tetapi mewah.. berbaloi dengan keindahan yang telah kita lalui dan nikmati. nak jimat ada yang bawa makanan dari Malaysia. ada kawan yang baru azie kenal di sana bawa rice cooker kecil, telur dan kicap juga maggie, roti dan sebagainya. mungkin lebih jimat dan berbaloi.

  

kami ke bandar male dari maafushi island menaiki speed boat. manakala dari bandar male ke airport menaiki feri. seperti yang azie nyatakan di atas, setiap tempat mereka 1 pulau.. airport 1 pulau, bandar 1 pulau, local island 1 pulau, private resort 1 pulau.. 

di bandar male kami di bawa ke tempat tempat bersejarah. bandar ini agak kecil. kami menyelusuri setiap tempat hanya jalan kaki sahaja dengan diketuai oleh tour guide dari kalangan penduduk tempatan yang telah dilantik oleh travel agen kami. habis 1 bandar kami pusing dalam masa 2 jam. sebuah negara kecil penuh dengan sejarah dan keindahan.

 

 tiba masa kami ke airport male dengan menaiki feri. flight kami jam 8.30 malam waktu maldives (12.30 malam waktu malaysia) dan kami sampai di klia pada jam 5.30 pagi waktu malaysia.

Tamatlah sudah percutian ohsem kami di maldives! ya, jika diberi pilihan, ruang dan peluang serta kesempatan juga rezeki lagi, kami berazam untuk sampai di sana lagi di masa akan datang.. mungkin boleh merancang dengan lebih awal dan membuat persiapan dengan lebih rapi lagi.. inshaAllah! mana tahu next time pergi dapat rezeki menginap di private resort water chalet lak kan.. aamiin

ok bercerita tentang costing, pakej RM2,900/pax bukan nett ya! belum termasuk dengan Resort Excursion (RM1032 - centara rash fushi), makan tambahan (ada yang tidak termasuk pakej) lain lain cost seperti sewa peralatan snorkeling, water sport, souvenir dll.. 

Jika dikira secara bersih, cost keseluruhan azie dan tuan suami hampir RM10K untuk 2 orang. means lebih kurang 5K/pax.. ada lagi balance wang dolar yang kami bawa pulang ke Malaysia.. Cost ini boleh di reduce lagi mungkin dengan cara berjimat untuk makanan, souvenir dan pilih private resort yang murah sikit juga tukar mata wang dari USD ke rufiyya.

tapi untuk percutian hebat seperti ini, cost tersebut adalah murah berbanding azie baca di blog, berbaloi serta puas hati! sememangnya niat dan objektif utama azie dan tuan suami ke sana adalah untuk menikmati keindahan, menjentik tangkai hati, membelai jiwa dengan syurga dunia ciptaan yang maha Esa. 

Alhamdulillah ianya terlaksana dengan jayanya atas percaturan dan rezeki dari Allah swt. moga kita semua diberi peluang pula untuk menikmati dan merasai keindahan sebenarnya syurga dambaan setiap manusia di alam abadi. aamiin aamiin ya rabb!

*nantikan video sedekad in love di maldives oleh tuan suami di youtube.. tapi tak tahu tahun bila boleh siap.. hehehe








NOTA TANGAN : semakin jauh perjalanan, semakin luas pemandangan, semakin besar pengalaman, semakin bertambah ilmu pengetahuan, semakin tunduk dengan Tuhan







2 comments: