cukuplah sekadar rasa ini kekal untuk selamanya


wah sentap mak noqs dengan soklan tu.. hohoho
alkisahnya begini.. hihihi.. asyik nak wat efek suspen je.. huhu..
harini azie agak free sikit, so ble buka fb, azie tengok si teman baik azie masa sekolah dulu sedang online.. da agak lama tak bertanya khabar dengan si teman baik ni.. so azie pun dengan ramahnya memulakan perbualan.. kebetulan si teman baik ni akan menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ni.. so mestilah pertanyaan berkisarkan tentang persiapan dan perancangan majlis..

sembang punya sembang sehinggalah azie dapat soalan yang agak sentap ulu hati ni.. hmmm.. "awak camne, bahagia??" pehhhh!!! soalan maut tu.. (^_^)
so far bagi azie, tiada siapa yang pernah mempertikaikan kebahagiaan mereka yang pernah berkahwin sebab biasanya orang akan bertanya, 
"cam ne kawen, best?" hohoho
jawapan azzie mudah saja.. "alhamdulillah, so far ok.. hopefully kekal selamanya cam ni.. time bertunang tu biasalah.. orang kata dugaan zaman bertunang maha hebat.. bila da kwen tu la saat kemanisan berlaku.. (^_^)"

dari segi penceritaan si teman baik ni, dia mendapat pelbagai dugaan hebat masa bertunang ni.. almaklumlah darah tengah manis.. hohoho.. mayb si teman baik agak ragu-ragu akan kemanisan yang bakal dikecapi selepas berkahwin dengan keadaan dia yang pernah kecundang beberapa kali dalam percintaan dan hampir tersungkur dengan dugaan hebat waktu bertunang kini..

buat si teman baik, stop thingking to much.. juz do it..!! manusia tiada yang sempurna.. yakinlah Tuhan da tetapkan siapa jodoh kita, tapi Tuhan tak pernah menetapkan kebahagiaan melainkan kita yang akan usaha ke arah kebaikan..

ya sememangnya perkahwinan adalah suatu percaturan hidup yang terpaksa kita tempuhi..

biasalah realiti dalam perkahwinan.. ada pasang surutnya.. azie tak kata azie terlalu bahagia.. tapi cukuplah sekadar azie gembira dengan apa adanya dia.. gembira di atas ikatan ini.. sangat bersyukur di kurniakan jalan untuk menikmati kemanisan itu dengan cepat..harapan demi harapan yang dipanjatkan cukuplah sekadar rasa ini kekal untuk selamanya..  

ingat yang baik itu datangnya dari Tuhan tapi yang buruk itu datangnya dari kesilapan diri kita sendiri..


Kemanisan Rumahtangga

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif. Bagi mengekalkan kemanisan tersebut, anda boleh cuba mengamalkan sepuluh tips berikut:
1. Ciuman – Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Ciuman merupakan hadiah yang paling berharga untuk dihadiahkan kepada pasangan anda. Dengan ciuman anda akan rasa dihargai oleh pasangan anda.

2. Cincin perkahwinan – Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut.

3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.

4. Perubahan – Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan ibubapa, isteri, anak-anak, masalah kewangan, kerja dan sebagainya. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut.

5. Adab – Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda.

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi.

7. Hadiah – Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, valentine, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Apabila anda menghadiahkan sesuatu pada hari bermakna pasangan anda, mereka akan merasakan anda sentiasa mengingati hari tersebut.

8. Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya.

9. Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Pasti pasangan anda akan memahaminya.

10. Impian – Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut.

NOTA TANGAN: kebahagian mahupun penderitaan adalah di tangan kita.. kita yang pilih jalan tersebut!!


No comments:

Post a Comment