orang nak bunuh diri depan mata..


waaaa malam yang sangat kecut perut woo... 
ada orang nak bunuh diri depan mata..
haish.. rasa cam nak tecabut lak urat perut ni menahan takut..hukhukhuk
semalam waktu en somi sedang stayback tengah-tengah malam buta.. dia terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat beberapa kali kat luar.. tanpa berlengah masa, en somi pun skodeng la.. (^_^)

proses mengskodeng tersangat la mudah dan clear la dapat tengok aksi kejadian.. almaklumlah kami tinggal di banglo 13 tingkat tapi kami hanya duduk di tingkat 10 je..=p

berita tengah malam:
seorang lelaki berbangsa india cuba untuk membunuh diri dengan melanggar belakang kereta lain beberapa kali dengan hasil dia dapat mati dalam kereta.. tapi malangnya kereta buatan malaysia terbukti kukuh.. struktur body kereta tersebut tidak terjejas teruk.. teori mengatakan tiada sedikit kecederaan pada mangsa jika dia buat tindakan begitu..apabila agak-agak tak berhasil dan ramai penduduk menyedari kejadian itu, dia mengambil alternatif lain mahu terjun bersama-sama keretanya di sebuah bukit.. tapi sekali lagi alangkah malangnya sebab terlalu bodoh, yang mana kereta tersebut tersangkut di divider yang meyebabkan keretanya tidak bergerak langsung.. hohoho bodoh lagi sengal! sementara itu, penduduk telah menghubungi polis dengan kadar segera.. polis melakukan tugas dengan cekap.. selepas beberapa minit perkara itu dapat diselesaikan.. yeay! sekian..

apabila tengok aksi kejadian, en somi ni tak habis-habis la beristighfar.. bukan memikirkan keadaan mangsa bodoh itu tetapi hanya risau dengan anak kesayangan kami yang bernama 'kelisa' yang berada di bawah.. huhuhu..

buat pengetahuan korunk anak kelisa kami hanya berada di bawah bukit betul-betul berhadapan dengan kereta yang dipandu oleh si bodoh tadi.. jika ditakdirkan divider tersebut pecah dan kereta tersebut menjunam ke bawah, realitinya anak kelisa kami juga turut menjadi mangsanya!! pasti tidak dapat digambarkan perasaan kami waktu itu.. hukhukhuk

alhamdulillah Tuhan mendengar rintihan en somi.. (^_^)

en somi sempat mengambil gambar kejadian.. huh!

NOTA TANGAN: berfikir sebelum membuat tindakan.. jangan tindakan itu boleh ditertawakan oleh orang ramai dan dilabel sebagai bodoh tak berotak..!


1 comment:

  1. doktor kata,plg cepat nak bunuh diri.suntik udara je kat pembuluh darah.opssss*tape ke azie kongsi?*

    ReplyDelete