cinta pertama itu kenangan, cinta terakhir itu masa depan..

hari ni azie buat topik tentang cinta pertama di kelab azie.. tiap hari pun azie akan buka topik untuk diperbincangkan sambil menambah ukhwah yang terjalin antara ahli kelab.. best giler bila dapat berkongsi pendapat mahupun pengalaman sama-sama.. rasa sangat dekat di hati.. (^_^)

macam-macam cerita ada.. ada yang sad ending n ada yang happy ending.. masing-masing punya pengalaman.. cam kisah azie, azie tak boleh nak kongsikan di sana.. sebagai wakil pemilik kelab tu, azie memang akan jadi pendengar yang setia.. tak mahu membuka hal peribadi, tak mahu dikenali identiti.. tak manis rasanya.. kan.. kann.. (^_^).. hanya boleh beri cadangan mahupun pendapat ataupun nasihat.. itu sahaja!!

so bila cakap je tentang cinta pertama, apa yang boleh azie katakan, pass is pass.. ya azie akui memang azie ada cinta pertama.. tapi sumenya da berakhir.. kira sad ending la.. tapi tak sad sangat.. hihihi.. sebab bagi azie,jika tiada yang pertama, maka tiada yang kedua.. jika tiada pengalaman, masakan kita boleh jadikan ia sebagai pengajaran.. betul ke sangat betul??? (^_^) azie cuma sedikit terkilan dengan cinta pertama azie sebab bila cinta sedang mekar di hati, keegoan juga turut menggunung tinggi.. =D

orang kata, buat apa nak diingat lagi kenangan yang meragut bahagia.. bagi azie, itu nonsense! kenangan itu adalah pengajaran.. pengajaran yang membawa kebahagian kini.. terus terang azie kata, azie n cinta pertama azie masih berhubungan sebagai seorang kawan.. masih bertanya khabar, masih bersembang seperti biasa.. sebab kegagalan cinta kami dulu, kini kami dapat menikmati bahagia dan membahagiakan.. kami gembira dengan melihat kebahagian masing-masing.. secara jujurnya cinta kami telah berputik seawal umur 8 tahun lagi sehingga umur kami mencecah 20 tahun..  tapi dimusnahkan dengan satu perselisihan faham yang sangat kecik.. finally it's nothing! 

dendam?? sayang?? memori??benci?? menyesal?? owh tidak sama sekali!! hihihi.. seriusly lepas azie bahagia bersama en somi, azie jumpa keserasian azie,azie dapat masa depan azie... secara automatiknya segala memori dan perasaan terhadap si cinta pertama bertukar menjadi neutral.. pelik.. sangat pelik!! terlalu pelik! tapi syukur.. Tuhan permudahkan segalanya.. kebahagian cinta terakhir ini maha indah dari sebelumnya.. ya!! tiada yang lebih sempurna melainkan perancangan Tuhan.. alhamdulilah..

 cinta pertama itu kenangan, cinta terakhir itu masa depan.. so pilihan di tangan korunk.. nak pilih hidup dalam kenangan ataupun nak hidup bersama untuk masa depan???

cinta kamu sampai mati..

NOTA TANGAN: we never learn to apreciate someone until one day we lost them! remember that! so jangan ada kesilapan lagi di atas segala pengajaran yang diberi..



No comments:

Post a Comment