Berusahalah dengan kadar termampu
<< Namun Ku Punya Hati >>
Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung puntak semerdu,
Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan,
Tidakku minta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan sayang,
Bukan ku rayu bantu simpati,
Maafkan wahai teman,
Kumenumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua…
Ketahuilah saudaraku... kadangkala keupayaan seseorang itu amat terbatas. Tetapi jangan jadikan ianya sebagai alasan untuk kita tidak mahu melakukan perubahan menjadikannya lebih baik. Berusahalah dengan kadar termampu. Kita tidak boleh berserah kepada takdir, sebelum berusaha bersungguh-sungguh.
Ketahuilah saudaraku... sebagai seorang manusia yang normal, kita mestilah berusaha dalam memenuhi tuntutan hidup di dunia ini, bukan sekadar berdiam diri dan menyerahkan kepada takdir dan qadak serta qadar Allah semata-mata. Berusahalah tanpa jemu, kerana itu tuntutan yang dianjurkan oleh agama Islam.
Firman Allah s.w.t yang mengingatkan hambaNya:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib yang ada pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".
(Ar-Ra'd:11)
Hanya membaca tetapi tidak bertindak, anda mungkin selangkah ke belakang. Banyak buku motivasi dan panduan kejayaan cemerlang, tetapi banyak juga yang dibeli dijadikan sekadar bahan bacaan, bukan untuk diambil tindakan.
Kejayaan hadir dalam diri, bukan dari orang lain. Kita berbeza kerana :
1. Ada orang dengan hanya sekali “suntik” mereka terus sedar dari lamunan.
2. Ada orang dengan hanya 3 kali “suntik” baru mereka bingkas dari tempat angan-angan.
3. Ada orang perlu berkali-kali tambah lagi kali-kali, baru nak gerakkan badan.
Moga kita sama-sama berjaya dunia dan akhirat. Saya mendoakan anda, dan kita saling mendoakan, moga Allah mengkabulkannya... amiin ya Rabb.

NOTA TANGAN: lihatlah dengan mata hati..
No comments:
Post a Comment