'istimewa untuk adik angkat akak.. =))'


terharu.. terharu sesangat! serius rasa terharu bagai.. hukhukhuk.. 
alkisahnya begini....

azie ada menceritakan di sini tentang kebusyan membuat kek batik untuk tempahan kawan-kawan azie.. jadi, ada seorang akak ni baca blog azie.. dia pun bertanya dan menempah 2 biji kek batik.. azie pun dengan senang hatinya pun menerima dan membuat dengan seikhlas hati! ok setle..

akak ni tinggal di kelana jaya dan sanggup amik sendiri kek tersebut di rumah azie malam-malam.. kat situ azie da rasa kesungguhannya.. sampai waktu yang ditunggu.. akak ni kol azie dan bgtaw yang dia dan suami dalam perjalanan menuju ke rumah azie.. dalam keadaan hujan dan gelap, akak ni tersesat.. puas mencari rumah azie, memang tak jumpa.. kesian akak.. malam juga semakin larut..  at last azie dan en somi pun keluar untuk menjemput mereka.. 

kemudian kami bertemu di tepi jalan sahaja memandangkan anak akak ni da tertidur dalam kereta.. dalam keadaan hujan renyai-renyai tu, kami pun berurusan jual beli.. tapi yang paling maha terharu buat azie, siap ada buah tangan bagai.. akak ni kasi buah anggur dan sepasang kain pasang yang sangat cantik.. dan juga kasi tips money! T_________T.. untuk pengetahuan korunk semua, ini baru pertama kali kami berurusan!! kami baru kenal tak sampai sebulan dalam fb.. (^_^) tapi cukup mesra bila bersembang.. 

 balik rumah, azie terus mesej akak ni tanda ucapan terima kasih.. akak ni cume menjawab, 'istimewa untuk adik angkat akak.. =))'.. wuwuwuwu!!! tak sangka ada juga yang sudi menganggap azie ni sebagai adik.. alhamdulillah..!! bertambah akak azie lagi sorang.. tapi tu tak penting.. yang paling penting persahabatan, persaudaraan kita sesama islam.. azie sangat menghargai mereka yang berada di sekeliling azie.. lagi-lagi mereka yang pernah buat baik dengan azie.. (>_<)

dan seawal pagi ni, azie terima mesej lagi, 
'azie, kek ni sangat sedap.. anak akak suka sangat! dia bawak g sekolah untuk jamu cikgu dia.. nanti boleh tempah lagi ye zie..'

ye kak! pasti boleh! syukran.. (^_^)
* senyum puas! =))




NOTA TANGAN: syukur dipertemukan dengan mereka yang membuat kebaikan.. 



No comments:

Post a Comment