Nak petua agar laki-laki tergila-gilakan saya ada?


macam biasa pepagi lagi azie da jalan-jalan menuju ke page ensaiklopedia petua melayu lama.. mencari-cari apa yang boleh dipraktikkan untuk kebaikan.. azie suka tengok petua-petua nih sebab azie asal dari kampung.. (^_^) jadi sifat kekampungan ni sentiasa menebal dalam diri.. tamo guna ubat-ubat yang banyak bahan kimia.. jadi petu-petua melayu lama ni la yang sentiasa menjadi dambaan azie.. hohoho.. lagipun nama pun orang melayu kan.. so siapa yang akan gunakan petua melayu lama ni kalau bukan orang melayu juga kan.. =))

tetapi hari ni tengok je page ni, azie terus sentap mak hayam la..!! ada yang minta petua maut.. fuhh maut tak hengat!!

Nak petua agar laki-laki tergila-gilakan saya ada?

aduh! giler berani mati minta petua cam tu.. cam pelik pun ada.. kalau azie, lagi takut kalau ada orang tergila-gilakan kita.. lagi-lagi manusia lain jantina.. eh kalau sama jantina pun takut jugak.. hihihi.. haish! boleh susah jadinya..!! biarlah tiada orang tergila-gilakan kita, janji kehidupan selamat dan tenteram serta paling penting bahagia..!! kan..

korunk bayangkan cam ne kalau ada orang tergila-gilakan korunk.. pasti hidup kita semakin kelam kabut dan merimaskan.. memang takkan ada privacy sebab selalu diganggu.. nama pun gila kan.. =D.. bila da kelam kabut tu, hidup semakin tak terurus, tiada senyuman di wajah, tiada ketenangan abadi, muka mula berkerut seribu.. ohhh nooo!!! tak sanggup mak noq! 

eh-eh emo lak.. back to positif thinking!!
tapi mungkin si polan ni bermaksud lain kot tapi cara penyampaiannya salah.. mungkin niat si polan, mahu petua untuk lelaki terpikat pada dia.. bukan tergila-gilakan dia.. kalau tergila-gilakan dia tu da kira lain maksudnya.. tapi jika terpikat dan memikat tu itu lebih sopan bahasanya.. (^_^)


tapi azie nak share kat sini.. petua yang diperturunkan oleh mak azie masa zaman sekolah-sekolah dulu dan azie da lama amalkan dalam kehidupan seharian.. Keberkesanannya hanya Allah yang tahu.. (^_^)




"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Bermaksudnya:

Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."


Khasiat ayat ini :
1 - Manis dipandang orang.
2 - Wajah menjadi berseri-seri.
3 - Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.









NOTA TANGAN: juga masih kekalkan prinsip 'juz to be myself' untuk memikat hati en somi.. (^_^)





6 comments:

  1. Assalamualaikum...
    nice entry..yg penting niat..jgn berpegang pada ayat..tapi ayat Al-quran sebagai perantaraan..semua dengan izinNYA.. :)

    p/s : jemput datang ke blog sy..tq..

    ReplyDelete
  2. hihii..nice entry dear, btw petua ni pon ibu myra turunkan..bila baca makna ayat baru sedar *hee

    ReplyDelete
  3. ayat ni berkesan.. insyaAllah.. byk kebaikannya..

    ReplyDelete