mendekatkan mana yang jauh, merapatkan mana yang renggang


da lama rasanya tak membebel kat sini kan.. nak kata terlalu bz, tak pun.. nak kata tak de masa, banyak je masa terluang..nak kata bersawang rumah maya ni, tak juga.. selalu je jengah.. tapi rasa segan-segan lak nak menaip kat sini sejak 2 menjak nih.. hihihi.. 

azie bukan segan ngan sape-sape pun.. cume ada sedikit rasa terkujat tahap beruk jumpa gincu.. baru-baru ni azie dapat tahu yang mak abah azie mengikuti perkembangan rumah maya azie nih..!!!! hohoho.. tak ke haru namanya tu..!! sangat segan bila fikir balik kelantangan azie mengeluarkan hujah-hujah kepada mereka yang suka menaikkan kemarahan dan puisi-puisi jiwang tahap terlentoq habiss di sini..=D  bukan niat azie mahu sorok pape dari pengetahuan mereka, cuma yela kan.. sini rumah maya azie.. rumah tempat azie kongsikan rasa gembira, suka, duka, cinta, benci, marah dan sebagainya.. so sekarang da kantoii la! hihihi.. 

tapi alhamdulillah penerimaan mereka sangat baik.. bersyukur azie dikurniakan mereka yang sentiasa memahami dan selalu menyokong dengan setiap apa yang azie lakukan.. so sekarang, rumah maya azie da jadi cam diari hatiku yang mana segala report terus di hantar ke pengetahuan keluarga.. wooo.. hebat tu teknologi sekarang ni kan.. perhubungan semakin mudah.. (^_^)

azie ni jenis manusia yang susah mahu mengatakan sayang, cinta dan kasih dengan orang tersayang secara depan-depan.. rasa cam nak tercabut jantung hati ni bila nak meluahkan rasa tu.. tak pandai main kata woi haku nih! so kat sini je la azie boleh ungkapkan segala perasaan azie kat mereka yang disayangi.. malah rasa hubungan tu semakin rapat bila azie kol je mak abah azie, mak abah mesti akan cakap apa yang azie tulis kat rumah maya azie nih.. kelakor la.. hahahaha.. haa.. kan mudah tu.. rutin harian pun boleh dicatat kat sini.. tak perlu da mak abah nak risau kan.. sekali klik je da taw anak mereka buat apa di sini.. hihihihi..


inilah kehebatan teknologi sekarang.. boleh mengeratkan silaturrahim, boleh mendekatkan mana yang jauh, boleh merapatkan mana yang renggang, boleh berkongsi pendapat, boleh berkongsi nasihat.. azie mewujudkan rumah maya azie ni, bukan mahu dikenali, bukan mahu populariti, bukan mahu disanjungi.. tapi cukup sekadar kita dapat berkongsi satu rasa yang sama.. (^_^)


even sesape pun nak singgah ini rumah maya azie, azie sangat mengalu-alukan.. azie jemput mereka yang sudi menjengah di sini dengan hati dan fikiran yang terbuka.. (^_^) tapi walau cam ne pun, azie tetap dengan diri azie sendiri.. berfikir, menulis dan menaip dari dalam segumpal darah di dada ni.. dari hati yang ikhlas dan kewarasan yang sewajarnya..  



NOTA TANGAN: terima kasih mak abah n seluruh keluarga yang sudi baca rutin harian dan luahan hati adik ni taw..
 i really love u'ols n miss u'ols damn much!!



4 comments:

  1. Cik azie,
    Rasa cam segan plak kalu mak msred baca blog msred...keheee...

    Moral of the story, jalu nak tau rahsia anak, baca blog dia...kakaka

    Msred follow k...

    ReplyDelete
  2. Kantoi sudah. Hehe..

    b.l.o.g s.h.a.r.i.f.d.e.z. datang dari blog abg Ben.

    ReplyDelete
  3. nice posed lah kt header tu..wewiitt~ ^_^

    ReplyDelete
  4. msred, sharif: mak azie sporting je.. best gak dye taw.. boleh gak share pape yg patut.. hihihi

    yana: posed poyo je yang.. hihihi

    ReplyDelete