'ukur baju di badan sendiri'


sedar tak sedar, da masuk bulan mei 2011.. terlalu cepat masa berlalu.. rasanya baru je tulis-tulis tarikh 2010.. sekarang ni hampir masuk pertengahan tahun 2011.. umur meningkat sehari ke sehari.. langsung tak menyedarinya.. kawan-kawan pun ramai yang da jadi isteri orang, suami orang, ibu, ayah dan segala status bagai.. rasanya baru je bergurau senda kat sekolah.. haih.. 

bila sebut tentang perubahan ni, azie rasa takut.. sangat takut.. takut pada umur yang semakin meningkat.. bukan azie takut tua.. bukan takut muka kerepot, bukan takut tulang mereput..  tapi azie takut tentang impian.. impian yang selama ini azie perjuangkan..  impian untuk bahagia dan membahagiakan, impian untuk berjaya dan menjayakan.. yelakan takkan muka da kerepot @ tulang da mereput baru nak gapai impian.. (^_^) tamo la cam tu.. mesti target umur untuk mencapai sesuatu.. awal tahun hari tu, azie berazam mahu jadikan tahun ni, tahun keajaiban.. dan semestinya keajaiban itu pasti berlaku.. tak kira la bila akan berlaku.. janji sebelum detik 010112.. insyaAllah.. sekarang percikan keajaiban mula menyinari.. tapi azie perlu lagi sedikit kesabaran, kematangan dan kepandaian dalam merealisasikannya.. strategik itu sangat diperlukan saat ini.. =))

ada orang cakap, azie ni taste tinggi, impian besar, tamo mengalah ngan orang lain..  yesss! itu sangat betul.. yelakan.. taste tinggi, impian besar dan tak suka mengalah tu kan motivasi terhebat dalam diri kita.. mewujudkan persaingan secara sihat okai..!! kalau diberi pilihan untuk menentukan hidup kita sendiri, takkan kita nak taste rendah, impian kecik dan suka mengalah kan.. ohhh! tidak sama sekali! =D


azie paham.. kadang-kadang ramai yang mengatakan 'ukur baju di badan sendiri'.. yess thats right 100%.. tapi pilihan di tangan kita.. pakai baju yang besar agak selesa dan lebih konfiden bila bertemu orang ramai.. daripada pakai baju betul-betul ikut bentuk badan sama seperti hidup segan mati tak mahu.. malu nak berdepan dengan orang ramai..tersembul segala kekurangan dan kecacatan.. so lebih baik kita pilih jalan yang mana ia memberi keselesaan dan kepuasan dengan apa adanya kita.. seperti selayaknya kita berusaha keras untuk mendapat pulangan yang besar.. hey..  succes on your hand okaii!!

perubahan demi perubahan yang da berlaku dalam hidup azie.. kadang rasa nak tido pun tak lena.. tamo terlepas usaha untuk setiap detik setiap waktu.. bukan terlalu obses.. tapi takut akan masa, takut pada usia.. takut pada impian, takut pada masa depan.. masa terlalu pantas sekarang.. semua orang berlumba-lumba untuk mengejar masa.. sekali kita terleka,terlena, ia tetap akan tinggalkan kita.. jadilah kita manusia yang ketinggalan dalam dunia kita sendiri.. ha mahu cam tu?? semestinya tidak bukan.. (>_<)



NOTA TANGAN: bersyukur dengan rasa ini.. (^_^)



1 comment:

  1. thnx nadh sbb sudi kasi jalan.. best giler contest tu.. sgt teruja sebenarnya.. insyaAllah azie pun akn join ya.. thnx taw nadh..

    ReplyDelete