i love u baby! =))



 When U Were Only 5 Yrs Old, I Said I Love U... 
U Asked Me: "What Is It?" 

When U Were 15 Yrs Old, I Said I Love U.... 
U Blushed.. U Look Down And Smile.. 

When U Were 20 Yrs Old, I Said I Love U....
U Put Ur Head On My Shoulder And Hold My Hand.. Afraid That I Might Dissapear.. 

When U Were 25 Yrs Old, I Said I Love U.... 
U Prepare Breakfast And Serve It In Front Of Me, And Kiss My Forhead N Said : "U Better Be Quick, Is’s Gonna Be Late.." 

When U Were 30 Yrs Old, I Said I Love U.... 
U Said: "If U Really Love Me, Please Come Back Early After Work.." 

When U Were 40 Yrs Old, I Said I Love U.... 
U Were Cleaning The Dining Table And Said: "Ok Dear, But It’s Time For U To Help Our Child With His/Her Revision.." 

When U Were 50 Yrs Old, I Said I Love U.... 
 U Were Knitting And U Laugh At Me.. 

When U Were 60 Yrs Old, I Said I Love U.... 
 U Smile At Me.. 

When U Were 70 Yrs Old. I Said I Love U.... 
We Sitting On The Rocking Chair With Our Glasses On.. I’m Reading Your Love Letter That U Sent To Me 50 Yrs Ago..With Our Hand Crossing Together.. 

When U Were 80 Yrs Old, U Said U Love Me! I Didn’t Say Anything But Cried.


happy 1st anniversarry!!! 
harini cukup setahun azie bergelar seorang isteri.. terlalu cepat masa berlalu.. rasanya baru semalam sibuk buat persiapan majlis perkahwinan.. (^_^)

azie sentiasa berdoa semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga hujung nyawa, sentiasa dirahmati dan kebahagian sentiasa menjadi milik kami.. tiada apa yang boleh diperjuangkan dalam hidup ini selain memperjuangkan kebahagiaan dan kejayaan di alam rumah tangga.. =))

ok la.. cukup di sini dulu.. azie sebenarnya tak reti nak jiwang menjiwang ni.. hohoho.. azie ni berhati kertas.. bukan cam wanita lain yang berhati tisu atau lebih dahsyat berhati batu.. hihihi.. azie sedang-sedang aja dong..:)

doakan semoga segalanya dipermudahkan untuk sampai ke destinasi cinta kami iaitu di syurga jannah.. aminnn..=p



NOTA TANGAN:  love u so much en azman mat ghani.. (^_^)



novel cetak rompak..


 Kiri : Yang asli, Kanan : Tiruan @ Cetak Rompak!
 
Selama ini, kita menyangka cetak rompak hanya berlaku dalam industri hiburan dan perfileman tanah air sahaja. Banyak cakera padat (CD, VCD dan DVD) lagu dan filem yang dirakam secara tidak sah dan dijual di pasaran terbuka dengan harga yang murah.

Malang sekali, kebiadaban lanun-lanun cetak rompak ini telah merebak ke dalam industri buku tanah air pula. Novel-novel Alaf 21 telah menjadi mangsanya! Salah satu novel yang telah menarik perhatian lanun-lanun ini untuk mengaut keuntungan secara haram adalah novel Cinta Yang Kurasa karya Anis Ayuni.

Seorang pembeli novel Cinta Yang Kurasa telah memulangkan novel ini secara pos ke pejabat Alaf 21 atas alasan novel ini ‘rosak’ kerana hampir 80 peratus muka suratnya tercabut. Pihak kami telah memeriksa novel ini dengan teliti. Ternyata novel ini bukan yang asli!

Ciri-ciri novel cetak rompak adalah seperti berikut :
1. Kandungan teks dalam telah difotostat.
2. Bunga di bahagian permulaan setiap bab tidak jelas kerana difotostat.
3. Warna cover di bahagian depan dan belakang lebih gelap daripada cover yang asli.
4. Barcode di cover belakang tidak jelas.
5. Novel yang tiruan digam saja dan ini menyebabkan muka suratnya mudah tercabut. Manakala novel yang asli dijahit dan tidak tercabut.

Menurut pembeli, dia membeli novel ini di sebuah pasar raya. Novel ini dibalut plastik. Dia hairan kerana ketika mahu membuat bayaran, petugas di kedai itu tidak dapat scan barcode buku ini. Sebaik tiba di rumah, setelah membuka plastiknya, dia mendapati ada muka surat yang tercabut dan membuat keputusan untuk memulangkan semula kepada Alaf 21.

Kes ini kami anggap serius kerana ia menjejaskan imej Alaf 21 di bawah Grup Buku Karangkraf, menganiayai pembeli-pembeli dan menjejaskan pendapatan penulis. Perkara ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan seterusnya bertindak membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

haih.. macam-mcam sekarang ni.. disebabkan azie bekerja dalam bidang penerbitan juga, azie rasa terpanggil untuk share hal ini di sini.. entry di atas azie copy dari sini.. azie harap sangat hal ini tak menular dalam industri penerbitan buku negara kita.. moga segala yang terjadi ini dapat di atasi oleh pihak yang bertanggungjawab dengan segera.. 




NOTA TANGAN: rupanya bukan sebuah sahaja novel yang telah dicetak rompak.. banyak juga yang telah dapat dikesan.. =((





blogger otai follow rumah maya azie!!! weeehooo...


korang tengok tu follower 3 dari kiri.. kenai dak? kenai dak? omaigod!! rasa macam nak pengsan namplohsaat je! terharu mak bila blogger otai kesayangan ramai tu, abg ben ashaari follow rumah maya azie yang sesuam kuku femes ni.. hohoho.. 

tak sangka sebenarnya ada gak yang sudi membaca/memfollow hasil tangan ketukan keyboard yang lahir dari hati budak kecik macam azie ni.. hihihi.. sejujurnya azie sungguh happy bila ada yang menghargai.. tq all!!! hohoho.. *ayat takboley blah.. macam hartis la konon.. (^_^)

kbai =))



NOTA TANGAN: ada jumpa kawan blogger yang sporting dan boleh close..(^_^)




1st step melaksanakan baiti jannati impian..

kekadang korang jangan pelik ngan sikap azie bila azie on fb tapi azie tak kasi respon bila korang chat, bila korang mesej azie lambat reply.. bila korang call azie tak jawab.. huhuhu

itu sebenarnya perkara biasa apabila sekali lagi azie dan en somi bermain kejar-kejar dengan en masa, main gusti-gusti dengan en malas, main tarik tali dengan en energy.. (^_^)

cam biasa jadual azie ngan en somi pack dengan kehidupan harian.. 

pepagi lagi azie dan en somi masuk opis..menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.. balik opis, terus ke rumah baru.. stat menjalankan tugas cat mengecat, kemas mengemas, basuh membasuh.. buat mana yang termampu dan biasanya jam 10-11 baru balik ke rumah lama.. kami still dok rumah lama sebab tak angkat barang lagi..

sampai rumah, en somi terus buka komputer untuk his bisnes.. azie pulak sibuk lipat-melipat baju, simpan menyimpan barang untuk persediaan angkat barang.. then agak-agak mata tak boleh nak bukak, barulah azie n en somi jumpa bantal dan katil.. esoknya bangun buat rutin yang sama.. =_=

penat?????
haihh!! toksah tanya la soalan cenggitu.. jawapannya, kami cuma ada tulang 4 kerat yang dipertaruhkan untuk membuat segala kerja.. penat memang la penat tapi bila fikir rezeki yang telah diamanahkan buat kami ini bakal merealisasikan impian, tetibe perkataan penat dah tiada dalam kamus hidup.. =p boleh cenggitu??? boleh tak boleh, kena boleh kan jugak..

kata nak jadi superwoman.... kan??? huahuahua.. *taktik perli diri sendiri

jom tengok rumah azie.. 
apa tak suprise??? ah takdenya suprise-suprise!! layankan aja.. (^_^)
 merah n light pink.. yang bersepah tu buat-buat tak nampak taw.. fokus pada kaler wall je k.. hihihi.. dalam bilik tak siap cat lagi.. wuwuwuwu

 pintu masuk dan ruang meja makan kat red area tu.. ok tak bersepah sgt dah.. (^_^)

yang ruang sebelah kanan sekali tu adalah dapur.. bilik sebelah dapur tu bakal studio.. (^_^)



 ok la.. cukup 3 gambar aja ya.. tak boleh lebih-lebih.. makin banyak gambar, makin banyak kontroversi.. stalker akan merenyeh-renyeh kata macam-macam.. tapi azie ok je.. (^_^).. merah tuuu.. orang kata merah berani.. ya! memang berani.. kalau menyewa ni dah lama kena halau dengan owner rumah sebab cat kaler tu .. =p

ni baru 1st step je.. lom ada pape lagi.. sedang berusaha lagi untuk menmpercepatkan terlaksananya impian yang azie cite kat sini lepas ni azie akan update lagi.. maklum la 'rumah maya azie' ni seperti diari kehidupan kita bak kata cik jejari runcing.. (^_^)




NOTA TANGAN: en somi kata tak pernah terlintas di fikiran memiliki rumah kaler merah.. (^_^)




strawberry marshmallow cheese

yummy.. yummy..

gambar beso sket.. kasi bergetar jiwa ni.. esok konfem lari singgah secret recipe depan opis.. 


kek  strawberry marshmallow cheese ni, kek kegemaran azie abad ini.. kek mana lagi kalau bukan kek kat 'resipi rahsia' tu.. (^_^) takde kek paling sedap di dunia azie melainkan kek kat resipi rahsia.. hakhakhak.. cte macam la obses sangat.. walhal makan pun jarang-jarang kat sana.. =))

bila poket tebal tiap minggu pun akan makan kat restoran tu even makan seketul kek ngn air kosong.. tapi kalau poket nipis, korek tabung la jawabnya semata-mata nak makan kek SR.. fuh giler melampau kan???

lelagi opis ngan SR wangsa maju hanya 20 langkah perjalanan je.. kalau panggil nama kawan yang berada di SR dari opis azie tu dah tak yah jerit kuat-kuat, kira dah boleh bersembang rasanya.. dekat sesangat dan sebab tu la godaan tu sentiasa membelenggu diri azie.. eceh.. salahkan godaan pulak.. hohoho

sebelum ni azie suka makan yogurt cheese, choc indulgence, white choc macadamia, oreo cheese, classic cheese, NY cheese, marble cheese dan byk lagi la.. nak senarai sume memamg sepatut azie layak jadi pekerja SR..hehehe.. ni 1st time makan kek SMC ni.. dan azie sesangat dan tersangat la suka.. kira dah jatuh cinta rasa pertama la atas sebab:

1) azie penggemar cheese tegar

2) gabungan 3 rasa: strawberry, marshmallow dan cheese

3) ada kaler merah..feveret kaler.. (^_^)

4) tak manis sangat macam kek white choc macadamia

5) ada biskut kat lapisan bawah.. kira makan tak cepat rasa muak.. 

6) kawan azie belanja!!!!!!!!!!!!!!!!! *ni faktor paling azie suka.. :)


sebenarnya entry ni di buat sebab point utama nak mention kawan azie belanja.. hehehe.. tu yang penambah perisa seiring dengan kesedapan kek.. kek rasa bertambah-tambah sedap bila tak kena kuar duet sendiri.. huahuahua.. terima kasih buat Aishiteru Hakiki kerana sudi belanja kak azie ya.. terima kasih daun keladi taw! hehehe..

tapi sumpah.. kek ni memang sedap giler sehingga menjilat garfu.. serius.. korang kalau tak terai lagi, jom serbu SR sekarang!!! kalau yang area wangsa maju tu, kalau rasa-rasa nak lepak sesama jangan lupa kontak azie ya.. hohoho.. jangan risau korang kena belanja azie lak.. kita belanja diri kita sendiri ek.. :)



NOTA TANGAN: moga murah rezeki buat yang bersedekah..



merah itu cinta.. :)

happy tuesday peeps!

harini rasa macam best je.. pepagi lagi tengok gosip artis azie dah rasa sakit mata.. sakit sesangat hokei! 

terlalu menonjol 

terlalu menyerlah 

dan... yang pasti....

terlalu cantekkk bangat!!!!

ehem.. ehem.. harini azie tengok artis kesayangan azie pakai kaler kegemaran azie dengan terlalu menyerlah.. shaye shangat shukeeee.... (^_^) gerammmmmm!!!!

meh tengok sesama.. =))  

Dato’ Siti Nurhaliza Lancarkan Album Inggeris Pertama, “All Your Love”.




ha cantik tak..? cantik kan.. 
nak lebih banyak lagi gambar boleh tengok sini taw.. 

album “All Your Love” memang sesuai dengan konsep merah.. merah kan melambangkan cinta.. sebab tu majlis pelancaran ni bertemakan merah terang dan kebanyakan sume kaler merah termasuk baju dan backdrop pentas.. kira nak melambangkan cinta la tu.. :)

apa-apa pun tentang merah, memang i loikeee sesangat termasuk bibir tok tie yang merah menyala tu.. sama cam bibir memey time nikah.. =p



 NOTA TANGAN: merah itu cinta, cinta itu merah,,






wekend penutup open house raya 2011..

raya lagi!!!! 

mesti korang wekend kali ni kembung-kembung perut makan terlalu banyak kan.. yang berdiet tu memang konfem musnah azam berdiet.. haih! azie ni cakap orang pulak.. actually azie n en somi yang cam tu.. banyak sangat undangan open house wekend ni.. almaklum la kan wekend last syawal.. so berebut-rebut la kawan-kawan amik peluang seciput ni untuk menjamu kawan-kawan yang lain.. (^_^) tak pe.. raya kan sekali je setahun.. so bagus untuk mengerat silaturrahim time ni.. 

sebenarnya bagus aktiviti cam ni.. orang kata, yang jauh dirapat-rapatkan, yang dekat dierat-eratkan.. thats why la azie memang sangat suka bersosial dengan cara cam ni.. even 1 hari ada 5 undangan open house pun, azie akan sedaya upaya menghadiri kesemua undangan tersebut.. (^_^) tapi kalau azie ada hal yang tak dapat nak dielakkan pada hari undangan tersebut, kadang-kadang kesemua undangan terpaksa ditolak.. tapi bukan niat sengaja tak maw datang.. tapi terpaksa mengutamakan yang lebih utama.. 

wekend ni opis azie pun sama amik peluang untuk buat rumah terbuka dan majlis kesyukuran atas kemenangan besar syarikat dalam anugerah pilihan pembaca popular.. (^_^) pulak tu kawan-kawan opis en somi buat open house serentak.. weeehoooo...

oleh kerana terlalu banyak undangan, kita mestilah bijak mengatur space perut.. hehehe.. jangan pulak rumah yang pertama kita makan terlalu banyak sebab rambang mata rasa semua hidangan nampak sedap, rumah kedua gak cam tu.. tapi bila da sampai rumah ketiga dan keempat dan seterusnya, kita langsung tak menjamah apa-apa hidangan sebab terlalu kenyang.. kesian kat tuan rumah la kan.. dari elok-elok niat kita baik menerima undangan untuk mengeratkan silaturrahim silap-silap nanti persepsi yang tak baik tuan rumah pulak pada kita.. so sedang-sedang aja dong! =))




  

 

ok baju yang merah hari sabtu, baju kaler oren hari ahad.. (^_^) so selesai aktiviti berfaedah untuk wekend ni.. dan kemungkinan ini adalah last open house untuk raya aidilfitri tahun ni.. so dikesempatan ini, azie mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.. insyaAllah panjang umur dan diizinkan Tuhan, dapatlah kita bersama lagi beraya tahun hadapan.. =)) 

buat kawan-kawan yang tidak sempat bersua muka, harap-harap ada kelapangan kita berjumpa juga even bukan hari raya kan.. kan.. kan.. terima kasih kepada semua sahabat yang mengundang azie dan somi ke majlis rumah terbuka korang.. moga silaturrahim yang terjalin ini makin akrab.. (^_^)



NOTA TANGAN: tahun ni azie tak berkesempatan nak buat open house.. kini sedang sibuk dengan deko-deko lagi.. (^_^)




keajaiban melaksanakan impian.. (^_^)

azie agak kehappyan yang luar biasa sejak 2 menjak ni.. 
Alhamdulillah rezeki sentiasa menyebelahi azie.. syukur yang tidak terhingga kepada maha pencipta.. (^_^) mak selalu pesan, jika kita dapat sesuatu yang bernilai, kita mestilah semakin tunduk kepada Nya.. setiap doa dan impian terlaksana dengan izin Nya.. oleh itu, ikut la resam padi.. semakin berisi semakin tunduk.. InsyaAllah.. 

kehappyan azie bermula dengan kerjaya azie yang selama ini azie perjuangkan.. semakin hari semakin membuahkan hasil apabila usaha dan keringat kita ini dihargai oleh yang tuan tanah.. 

azie actually tak pernah menimba apa-apa pengalaman bekerja selepas graduate 2 tahun lepas selain praktikal di tempat penerbitan buku yang paling berjaya di Malaysia ni.. lepas grad azie terus di offer untuk bekerja di sini.. dengan seciput pengalaman masa praktikal, azie beranikan menyahut cabaran diri untuk bekerja di syarikat penerbitan ini.. dengan segala kudrat yang dipertaruhkan, azie jalani tanggungjawab yang telah diamanahkan sebaik mungkin.. Alhamdulillah dari hari ke hari usaha semakin membuahkan hasil.. dan yang pasti azie sangat selesa dengan suasana opis dan kerja yang azie lakukan sehingga sebarang offer dari syarikat lain, azie tolak mentah-mentah.. (^_^) kehappyan itu azie pernah cite kat sini

dan akhir-akhir ni, azie rasakan happy bertambah-tambah apabila menerima surat offically untuk kenaikan gaji kali yang ketiga dan pertambahan pelbagai elaun.. Alhamdulillah.. boleh la meringankan bebanan menyara kehidupan yang serba kemodenan di tengah-tengah pusat bandar.. at least orang kata boleh la bernafas sedikit apabila berada di kota metropolitan ini.. =))

dan kehappyan azie bukan setakat itu sahaja.. (^_^) dah lama sebenarnya azie memasang impian dan angan-angan untuk memiliki rumah sendiri.. berbulan lamanya azie belajar proses pembelian rumah, berbulan juga azie mencari rumah murah sekitar kl ni, bertahun juga azie dan en somi memiliki studio sendiri.. sehinggalah azie macam rasa give up untuk memiliki semua tu sebab terlalu lama memendam rasa ingin memiliki.. mahu mencari rumah yang selesa tetapi murah di tengah-tengah kotaraya ni.. sangat susah nak jumpa.. sesangat susah!! 
apabila azie dan en somi dah rasa mahu mengalah untuk memiliki rumah sendiri yang murah dan selesa, kami buat keputusan untuk hanya mahu merealisasikan impian memiliki studio sendiri even terpaksa menyewa! menyewa di tempat yang sangat dekat dengan tempat kerja kami supaya mudah, senang dan jimat untuk memantau perjalanan bisnes studio.. so pencarian rumah sewa murah bermula.. ya! ia juga sama.. sangat susah mahu mencari rumah sewa yang sesuai di tengah bandar.. pencarian mengambil masa berbulan-bulan lamanya.. =((

dan sehinggalah pada suatu hari, azie nampak iklan yang ditampal di depan rumah yang ingin dijual.. DIJUAL okaii.. dengan rasa pengharapan yang sangat tinggi, azie kol si tuan rumah bertanyakan hal itu dan ini tentang rumah tersebut.. tapi agak kecewa juga apabila simpanan kami tidak mencukupi untuk mendepositkan rumah tersebut.. rumah berharga ratusan ribu ringgit..!! masalah lagi.. :(

tapi keajaiban berlaku apabila si tuan rumah seakan-akan memahami situasi kami.. dia mencadangkan agar kami menyewa untuk beberapa bulan dan jika selesa dan sudah cukup wang untuk deposit pembelian rumah, si tuan rumah bersedia menjual kepada kami bila-bila masa sahaja.. masa tu tiada apa yang kami boleh cakap, syukur yang tidak terhingga atas keajaiban ini.. (^_^)

dan alhamdulillah sekali lagi apabila proses pembelian rumah menjadi semakin mudah apabila si tuan rumah telah menyediakan segala apa yang perlu seperti mempunyai anak guaman sendiri.. (^_^)

impian memiliki rumah sendiri dan studio sendiri nampaknya semakin bersinar.. =)).. 

sekarang azie dan en somi sedang sibuk mengecat new baiti jannati dan sedang dalam proses mendeko-deko.. insyaAllah ada masa, ruang dan peluang dapatlah korang jejakkan kaki ke rumah baru azie ya.. :)


semua di bawah ni adalah contoh inspirasi dekorasi yang bakal azie n en somi lakukan.. 




sebenarnya banyak lagi contoh lain.. tapi tak 'merah' pulak.. hihihi.. nape merah??? sebab merah bestttttttttt!!!!!hohoho.. i kan red lady! hah.. (^_^)



NOTA TANGAN: keajaiban akan berlaku apabila kita melakukan segalanya dengan niat yang betul dan istiqamah dalam apa jua keadaan.. :)





bini-biniku gangster???

 happy sunday u'ols!!

apa planning korang harini.. tengok movie ek? sekarang filem melayu yang agak femes sedang ditayangkan filem bini-biniku gangster..  wekend kali ni azie malas nak tengok movie.. agak kebusyan sket dengan hal-hal rumahtangga dan raya-raya.. (^_^)

 tapi azie dah tengok filem bini-biniku gangster ni.. azie ngn en somi dah tengok hari 1st ditayangkan.. =)) wah semangat tuuuu.. tapi cam biasa la.. tengok movie ni juz nak hilangkan boring dan mengisi masa yang terluang.. bukan sebab tajuk movie tu.. hihihi.. 

so bagi pendapat azie tentang movie ni.. hmmm.. ok la.. dapat jugak menggeletek hati..santai dan ringan.. yang bestnya watak shaheizy sam n yana shamsudin dalam ni sweet sesangat tang panggil-panggil nama tu.. sampai azie n en somi terbawak-bawak alam realiti.. hohoho.. part touching pun best gak.. sedih wooo.. nak menitik jugak airmata kejantanan azie ni.. =p tapi cepat-cepat ditahan supaya en somi tak perasan.. sat g kena gelak je ngan en somi sebab asal cite soh laki kawen lain je mesti sebak.. emo terlebih konon.. (^_^) yola kite kan pompuan n isteri kan.. kan.. kan...

 tapi filem ni rasanya tak sesuai untuk kanak-kanak bawah umo sebab banyak jugak part yang sensored.. so kalau ada yang bermurah hati nak belanja adik-adik tengok filem, make sure bukan ini filem ya.. :)

 Sinopsis Bini Biniku Gangster


Bini Biniku Gangster Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.


Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.



NOTA TANGAN: kalau yana n sam bercinta betul-betul rasa cam sesuai sangat-sangat.. :)


perkukuhkan Ikatan CINTA..

Assalamualaikum!
Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat. Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?

- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.

- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.

- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.

- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.

- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.




NOTA TANGAN: feeling laling.. almaklum la.. anniversary yg pertama bakal menjelang tak lama lagi.. nervous nih.. hihihi




sebab sedih dan sedih sebab.......

  SOALAN: "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang-kadang, tiba-tiba je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang-kadang bila bangun pagi rasa sedih, kadang-kadang rasa macam rindu. Tapi tak taw rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...."
 
NOTA TANGAN: terima kasih en gula-gula hati sye sebab sudi jadi penawar.. (^_^)
 

Kenapa pompuan cantik pakai tudung????

1. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA NAK TUTUP AURAT...NAK TUTUP SELURUH RAMBUT DIA...


2.  Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA JAGA MARUAH DIRI DIA


3. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA CANTIK


4.kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA TAK NAK TUNJUK KECANTIKAN DIRI DIA


5. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA ANAK SOLEHAH


6. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA DENGAR CAKAP IBU BAPA DIA


7. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA HORMATI ORANG LAIN


8. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA TAKUT APABILA DIA TAK PAKAI TUDUNG..ORG TENGOK DIA CANTIK. DAN

ADA NIAT YANG TAK BAIK TERHADAP DIRI DIA


9. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA TAK NAK DIMINATI RAMAI LELAKI SANGAT


10. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

TAK NAK MENYUSAHKAN ORANG LAIN


11. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA NAK DAPAT PAHALA


12. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DAPAT MENGHINDARI MAKSIAT


13. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

SUPAYA DAPAT MENJADI CONTOH PADA POMPUAN LAIN


14. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

SUPAYA LELAKI YANG BERIMAN JE YANG SUKE DIA


15. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DENGAR SURUHAN NABI


16. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DAPAT MENGURANGKAN NAFSU LELAKI


17. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

RAMBUT POMPUAN ADALAH MAHKOTA BAGINYA..

JADI JANGAN SEWENANGNYA MENUNJUK KEPADA LELAKI..KERANA

JIKA ANDA MENUNJUKKANNYA BERMAKNA ANDA TAK BERNILAI (low class)...(no offence hah..)

KERANA MAHKOTA ANDA TELAH DILIHAT OLEH SEMUA LELAKI (kecuali keluarga)


18. Kenapa pompuan cantik pakai tudung..sebab

DIA TAK NAK RAMBUT DIA DITARIK, DIGANTUNG DENGAN BARA-BARA API DAN

DIBAKAR DENGAN DASYAT DEKAT AKHIRAT KELAK Dan

TERUTAMA sekali DIA TUTUP AURAT SEBAB

DIA FAHAM DAN MENTAATI TUNTUTAN SYARIAT ISLAM

yang menyuruh agar sekalian perempuan MENUTUP AURAT MEREKA SEPENUHNYA.. (^_^)

 alhamdulillah atas segala kesedaran..(^_^)




NOTA TANGAN: pernah alpa akan kesedaran ini suatu ketika dahulu..




ketagihan yang melampau.. :)

waaaaaaa............. azie addicted now!!! 
huhuhu.. entah hantu apa yang masuk dalam badan azie ni pun tak taw.. sekarang ni azie pantang dok diam-diam, dok relax-relax mesti teringat nak meratah milo serbuk.. bukan sket-sket taw.. maw 3 4 kali ulang alik ke dapur nak amik milo tu.. haih!  sampai en somi pun pelik.. =p

azie memang penggemar milo serbuk sejak azali lagi.. dari zaman cinonet hingusan sampai la sekarang.. kalau dulu, azie curik-curik g dapur amik milo letak dalam cawan.. konon buat air la.. sebab dulu kalau mak azie nampak mesti dia bising sebab tak sampai 2 hari setin milo dah tinggal separuh azie kerja kan.. hihihi..

sekarang ni bila dah beso, addicted tu semakin menjadi-jadi bila da ada duet sendiri dan boleh beli sendiri seberapa banyak yang kita maw.. nak makan seberapa banyak pon boleh.. takde sape nak halang dan larang.. (^_^) 

kekadang kat opis pun azie ratah milo.. kalau kawan opis tanya.. azie sempat cover line.. (^_^)

kawan opis: makan milo cam tu je ke? 
azie: eh xla.. nak letak air jap lagi.. *sengih
(then amik cawan terus cepat-cepat jalan menuju ke komputer..)

sekarang ada yang lebih mudah.. simpan dalam handbag je..
jeng... jeng... jeng!!!
yehaaaa.. i likeee!!!!

 mudah di bawa ke mana saja, senang di makan begitu sahaja.. (^_^)

 kalau order kat kedai mesti cam ni.. (^_^) 

nampak cam tamak haloba je sampai milo bertimbun-timbun kan? hihihi

 agak-agak kan korang, ada efect yang tersembunyi ke ek kalau banyak makan milo..?? hihihi..

tanya macam nak taubat je makan milo kan.. kalau korang kata ada efect tersembunyi pun, azie 10 ke 20 kali fikir nak berhenti ke tak meratah milo ni.. hohoho.. sebab azie da adicted weh.. taw tak ADDICTED hokeh??



NOTA TANGAN: soal rasa, lidah tak boleh bohong.. (^_^)





happy! happy! happy!.. Tuhan sentiasa mendengar rintihanku..

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya, azie diberi sedikit nikmat rezeki yang sangat berharga pada hari ini.. terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat serta pengalaman yang sangat bernilai untuk azie dalam melakukan seluruh tanggungjwab yang telah diamanahkan dengan sebaiknya.. segala jasa baik mereka, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya.. (^_^)

cewah..!!!
kata-kata aluan macam orang menerima pingat kebesaran nak dapat dato' pulak kan.. hihihi.. tapi serius sememangnya harini azie sangat-sangat happy.. ni bukan happy sesaja taw.. ni happy yang teramat happy! hihihi.. apa lagi happy kalau bukan sebab ada improvement terhadap kerjaya kita yang selama ini diperjuangkan.. selama 8 jam sehari, 5 hari seminggu, 26 hari sebulan memerah keringat, memerah idea.. finally segala daya usaha itu telah dihargai oleh tuan punya tanah.. alhamdulillah.. (^_^)

hampir lebih kurang 2 tahun azie berkhidmat di sini, apa yang azie rasakan, azie sangat selesa dan kena dengan jiwa azie.. bukan sekali, 2 kali mahupun 3 kali azie berasa sangat happy, sangat selesa dan sangat bahagia di sini, cuma kali ini azie rasa kehappyan ini sangat bermakna.. =))

entah la.. mungkin sebab segala rezeki yang telah dikurniakan ini, diatur dengan cukup sempurna olehNYA..dan apa yang boleh azie katakan, azie sangat-sangat bersyukur dengan mereka yang sentiasa berada di sisi ini.. kurniaan ini tidak ternilai oleh apa jua melainkan kebahagian yang hakiki..

segala kegembiraan ini bukan destinasi kerjaya azie sebenarnya tapi ini adalah sebuah permulaan untuk azie lebih gigih membantu mereka yang telah menghiasi separuh dari kebahagian azie.. insyaAllah amanah dan tanggungjawab ini azie akan jaga sebaik mungkin..   
  
moga perjalanan ini dan masa akan datang terus berjalan dengan senyuman.. :)




NOTA TANGAN: sentiasa mengamalkan doa dipermudahkan segala urusan.. (^_^)