azie rasa nak simpan muka bawah bantal selama sebulan


mungkin sebab ini la en somi azie tu sangat-sangat membantah bila azie menyuarakan nak drive kete untuk ke tempat kerja sebelum ni.. selepas dipujuk dirayu dan dimandrem, sekarang en somi membenarkan azie mendrive kete untuk hanya ke tempat kerja dengan pelbagai syarat dan nasihat yang berjela-jela.. (^_^)

harini azie kuar rumah untuk ke tempat kerja macam biasa.. tiada apa yang dirisaukan sebab rumah azie ke tempat kerja hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit dan selama azie dan en somi berpindah ke sini, perjalanan kami untuk ke tempat kerja sangat lancar.. => dan tak pernah terfikir segala kemungkinan yang tak diingini berlaku..

orang kata, langit tidak selalunya cerah.. baru beberapa meter melintas guard apartment, dah berlakunya jem yang sangat teruk.. azie dah mula gelabah tak ketahuan hala.. bukan gelabah sebab apa, tapi gelabah takut tak sampai opis on time.. selama ni rekod kehadiran di opis sangat baik dan azie tamo mencemarkan rekod tersebut.. nak jadi pekerja cemerlang kononnya kan.. eh bukan konon, serius ni.. :) walau macamana pun debar di hati, azie tetap berhati-hati dan sabar mengharungi jem dengan penuh ketabahan.. *pasrah sudah

sampai di area opis, masih awal lagi.. konfem tak lewat.. syukur.. =)) tapi Tuhan menguji sekali lagi bila area parking free sume penuh.. 2 3 kali gak azie mensurvey cari parking.. tapi memang tak de yang kosong.. nak taknak azie terpaksa menggunakan parking berbayar di wangsa walk mall buat pertama kalinya.. dapat parking azie terus berlari memanjat tangga opis dengan sepantas kilat.. even lari macam watson nyambek kat trek, azie tetap kelewatan juga sampai opis.. lewat 1 minit.. even 1 minit, azie tetap rasa geram dan tak pueh hati dengan performance diri untuk harini.. T________________T 

masa untuk pulang pula.. masa ni la kejadian yang memalukan itu berlaku.. haih! malu nak habaq ni.. tapi nak habaq gak la kan.. pengajaran untuk semua.. :) disebabkan azie baru 1st time parking kat mall, azie terus terang cite, yang azie tak taw la cara nak bayar parking.. dalam fikiran azie masa tu, masa nak keluar parking, juz masukkan pass dalam mesin dan bayar on the spot kat situ.. dengan konfiden yang teramat sangat ditambah jiwa melonjak kegirangan mahu pulang awal sebab nak masak untuk en somi, azie pun naik kete dan terus ke tempat keluar.. =))

bila di tempat keluar tersebut, azie pun masukkan pass macam biasa ke mesin yang disediakan, tapiiiiiii ditendang keluar semula.. azie cuba lebih 10 kali.. kesemua ditendang dengan kejamnya.. bila pandang kebelakang, kenderaan lain dah panjang beratur.. berpeluh-peluh azie dibuatnya.. ntah macam mana tetiba terlintas cara en somi yang biasa membayar parking di mesin dalam mall.. adeiii.. terus tepuk dahi..!!! dengan muka selamber tak hengat, azie bagi isyarat kat kenderaan yang berada dibelakang untuk reverse kenderaan.. tapi alhamdulillah semua kasi kerjasama yang baik..

ntah-ntah dorang da berbakul-bakul menyumpah seranah azie yang lambat dan menyusahkan.. nak je azie laung kat semua kenderaan yang terlibat 'ampunkan aku ya buk bapak, aku budak baru belajar dong!'

then azie pun u-turn balik dan bergegas cari mesin bayar parking.. bila da setle sume dan berjaya keluar dari tempat parking yang sangat memalukan tu...... fuhhhh!!! lega.... siap tarik nafas panjang lagi.. kihkihkih..

kawan azie kata, azie bawak kete macam kete berjalan sendiri tanpa driver.. hihihi





NOTA TANGAN: malu dan sombong bertanya, sesat jalan.. :)





No comments:

Post a Comment