macam roller coaster tahun ini..


Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan terakhir tahun 2011!

Wow… macam roller coaster tahun ini. Kebanyakan daripada matlamat tahun 2011 saya sudah pun tercapai- alhamdulillah. Ada yang belum tercapai, tapi, insyaallah akan dilaksanakan pada bulan Disember, sebelum masuk 2012

Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda melaksanakan matlamat 2011 anda? Sekiranya belum, masih belum terlewat lagi… masih ada 1 bulan untuk melangsaikannya!

Ada juga sesetengah orang matlamat 2010 yang dibawa ke 2011 belum lagi dilaksanakan… terpaksa bawa ke 2012. Nasihat saya, sekiranya ini terjadi kepada anda, maka matlamat anda itu terlalu besar untuk dicapai. Kecilkan sedikit matlamat tersebut supaya ia dalam lingkungan “boleh” dicapai.

Pesanan Azizi Ali, tetapkan matlamat “at the edge of fantasy, but in the realms of reality!”

Walaupun tinggal tak sampai 1 bulan lagi untuk tahun 2012, saya tidak akan duduk diam  Ada 2-3 matlamat yang belum tercapai dan akan saya langsaikan sebelum masuk 2012! Anda juga, apa kata jangan tunggu 2012 dan bawa ke hadapan matlamat anda. Ada lebih kurang 1 bulan lagi… sama juga dengan 30 hari… sama dengan 720 jam… sama dengan 43,200 minit! Kan banyak masa tu… jangan rugikan masa anda.. ayuhhh!!!




 NOTA TANGAN: jangan pandai berazam tapi tak tahu makna azam.. :p






No comments:

Post a Comment