yang baik dijadikan tauladan, yg buruk dijadikan sempadan.. :)


bila time memalam cenggini, azie ngan en somi takde lain takde bukan asyik bersantai sambil beronline.. kadang-kadang kalau tak bersantai pun, kalau buat kerja mesti online gak.. tapi tak semestinya azie online azie dok mengadap 24 jam depan pc.. kadang-kadang azie guna iphone je sambil tengok tv, sambil masak sambil mengemas, sambil basuh baju sebagainya.. tak de la pegang iphone sampai tak boleh lepas, tak de la sampai dok depan pc tak berganjak.. sebab tu kadang kawan-kawan azie tegur tapi lepas 1 jam baru azie reply.. atau kawan-kawan tengok azie dok online 24 jam, ingat azie takde kerja lain atau bahasa mudah fanatik dengan fb! owh no.. 

kat opis azie, skop kerja azie memang wajib menggunakan internet.. wajib ok! dan tak semestinya azie online fb time kerja azie abaikan dan tak buat tugasan yang diamanahkan.. kalau tak buat kerja dan asyik online sesaje, bukan setakat 2 tahun boleh bertahan kat company.. 2 hari pun belum tentu boleh stay.. ye dak? 

dan kat rumah,  azie pasang unifi untuk memudahkan azie dan en somi membuat tugasan part time.. dalam hidup azie, internet ni adalah satu tuntutan kerja.. bukan untuk personal semata.. buat pengetahuan korang, iphone azie memang tak pasang internet berbayar.. juz online gne iphone bila kt rumah menggunakan wifi sahaja kalau malas buka laptop atau pc.. :) orang kata membazir pakai telefon mahal tapi tak gunakan semaksimumnya.. (^_^)

azie n en somi ni, kalau time kerja, kami kerja sungguh-sungguh.. tapi bila cuti, kami cuti sungguh-sungguh.. sebab tu iphone tak pasang internet.. kalau masa tengah berada kat kampung, kalau ada urusan penting orang akan terus kol atau sms je.. kalau bercuti pun sama.. tak de masa nak update check in-check in.. ada urusan dengan kami, juz text or making a call direct.. sonang! 

tapi actually fb ni juga banyak kebaikannya.. contoh terdekat, semalam azie tak ingat langsung tarikh islam tentang 9 dan 10 muharam.. kerdilnya diri ini kan.. terlalu mengejar hal dunia sehingga hal-hal yang lebih penting dipandang enteng.. masa bersantai-santai sambil cek2 order untuk bisnes online azie, azie terbaca status kawan-kawan yang selalu berkongsi ke arah kebaikan.. banyak sangat status yang sama.. jadi azie terus search kat en google manfaat puasa sunat Asyura'.. alhamdulillah dengan keterbukaan hati, azie dan en somi terus bersahur untuk berpuasa.. dan syukur kami diberi kekuatan menempuh ibadah itu dengan sempurna hari ini.. (^_^)

baik atau buruk tentang sesuatu itu sebenarnya segalanya terletak di tangan kita, di otak kita dan di atas diri kita..  kita yang menentukan segalanya.. seperti Tuhan menjadikan sesuatu perkara itu ada kelebihan dan kelemahannya.. :)

kdg rasa terlalu penat ngn dunia internet ni.. :)

ada alkisah.. ha da mula da azie ni.. pantang jumpa keyboard kan.. hihihi.. takpe-takpe.. hak kita bersuara ye dak? bukan bersuara kat rumah orang lain pun.. rumah sendiri gak kan.. so ada haku kesah.. :)

ada makcik ni.. orang kampung azie yang baru dilanda arus kemodenan.. pendek cite, baru kenal laptop, baru jumpa fb.. bila da namanya makcik kampung yang selama ni dok ladang je sumber pencarian kan.. bila jumpa fb ni, keterujaan hormon dia berlebih-lebihan la.. siap buka akaun fb dan add semua anak-anak orang kampung yang sememangnya membesar dengan it ni.. nak dijadikan cerita.. bila da dapat kenal dan berkawan dengan anak-anak si rakan perjuangan masa kat ladang ni, macam-macam hal dibuka.. dari hal A hingga ke Z.. dari hal baik terus jadi ke buruk.. bayangkan la macam mana kan.. habis dicanang hal-hal yang tak sewajarnya kat seluruh kampung.. dari online hanya kerja sampingan, dah jadi kerja sepenuh masa pulak.. cangkul ntah ke mana, ladang ntah ke mana, cucu ntah ke mana, persahabatan dengan orang kampung ntah ke mana.. penangan fb you! siap gaduh mahu bertumbuk bertarik rambut bila terlalu membuka cerita sehingga hal-hal sensitif orang lain dicanang kat seluruh alam.. jadilah si makcik kera sumbang telah dipulaukan dan hanya melayan kawan-kawan di alam maya sahaja.. -tamat-

moral of the story.. kita da beso kan.. diberikan Allah sorang sebijik otak.. so gunakan lah sebaiknya untuk kehidupan kita yang berkualiti.. yang penting buat sesuatu harus difikir kesan dan akibatnya ya.. belajarlah untuk sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikkan.. *pesanan untuk diri azie juga.. 





 NOTA TANGAN: ha kau.. panjang tazkirah malam bersama cik puan azie..

 


No comments:

Post a Comment