ombak rindu vs manusia hati kertas..



sekarang demam ombak rindu weh! kemana-mana sahaja sume orang update tentang filem terhangat sekarang.. filem yang telah diadaptasi dari novel.. hmmm.. trend sekarang kot kan.. novel dijadikan drama atau filem.. dan dari pemerhatian azie cerita-cerita dari novel dan dibuat drama/filem ni biasanya memang da bomb.. rating mencanak-canak.. dekat sangat dengan hati penonton.. :) 

suatu pertumbuhan ekonomi yang agak baik kan.. alhamdulillah.. sekurang-kurangnya penerbit novel sekarang boleh tersenyum seandainya novel menjadi medium popular dan semestinya novel boleh diterima ramai serta permintaan tinggi.. ye dak? tumpang berbangga juga azie yang selama ini bergelumang dengan dunia novel.. (^_^)

berbalik hal ombak rindu ni.. sampai hari ke 5 tayangannya, azie masih belum terdetik hati nak menonton nya di pawagam.. entah la.. bukan la kata tak sokong industri tempatan, tak sokong industri kenovelan ni.. tapi entah la.. adeiii.. sebelum ni pantang je ada cite baru kat pawagam, bila ada kelapangan azie dan en somi la orang yang terawal dok beratur panjang kat panggung wangsa walk tu membeli tiket pada hari pertama tayangan..

hal cite ombak rindu ni memang azie rasa tak de feel nak tengok.. mungkin sebab jalan cite nya kot.. ada part sedih! hah! nampak sangat azie ni jenis manusia yang tak jiwang.. hahaha.. cam azie pernah cakap sebelum ni la.. azie bukan berhati tisu yang mudah nangis, dan juga bukan berhati batu yang tak reti nangis.. tapi azie jenis manusia berhati kertas yang nangis bila perlu.. :)

bagi azie kalau nak nangis kat pawagam teresak-esak tengok cite sedih, ah memang tak ar! cair mekap haku..! :p kalau tertengok gak cite sedih, kalau boleh tahan memang tahan.. tapi kalau taw cite tu memang sedih, awai-awai lagi memang surender tamo g tengok.. sama juga macam cite lagenda budak setan.. azie tak pernah tengok even orang kata sedap macam mana sekalipun.. malas la nak nangis hal-hal fantasi ni.. bazir ayak mata ja.. hihihi.. 

azie kalau tengok movie lebih prefer cite lawak-lawak je.. azie suke gelak.. lelagi gelak yang macam tak boleh berhenti tu.. ha memang i loike sesangat la.. yola kan.. kte ni g panggung setelah penat bekerja, nak release tension, nak happy-happy, nak enjoy.. alih-alih keluar panggung sedih! nangis-nangis lak.. adeiii.. tak berkualiti hidupku ini.. *eceh.. bila da sedih terlampau tu , kang terbawak-bawak lak dalam kehidupan harian.. yang jadi mangsa sape? en somi jugak.. hahahaha..

ni juz my opinion ek.. tak de kena mengena dengan sesiapa.. itu azie.. ini azie.. setiap orang tak sama.. hati kita semua tak sama.. ada orang memang suka hal jiwang jiwang.. dunia penuh dengan bunga-bunga cinta.. suka dengan sesuatu yang menyentuh perasan.. tapi itu bukan azie sebab azie berhati kertas.. :) jiwang dengan dia, nangis dengan dia, gelak dengan dia.. hanya azie dan dia saja tahu.. (^_^)




NOTA TANGAN: apa-apa aje.. :p




No comments:

Post a Comment