berusaha mensolehkan diri..

 
Hanya kerana saya telah menulis nasihat dan perkongsian berkaitan dunia perkahwinan, maka beberapa teman pembaca yang saya kasihi menyangka saya adalah isteri yang baik, dan rumahtangga saya adalah rumahtangga yang bebas masalah dan cabaran :D

Bahagia forever ya?

Tentulah tidak, saya juga adalah seorang isteri yang masih belajar dan berusaha memperbaiki diri. Saya juga melalui tempoh mujahadah yang tak pernah sudah. Malu untuk saya merasa diri ini dianggap baik. Jadi andai ada perkongsian yang bagus di blog ini, moga sama-sama dapat kita terjemahkan ke realiti kehidupan. Andai penulisan itu tidak bagus, maafkanlah tulisan saya yang bernada ‘perasan bagus’ :P 

Tentang bahagia, bahagia itu bukanlah dari perkara luaran yang kita nampak – bukan pada majlis perkahwinan yang hebat, kereta yang mahal bergaya, pakaian yang latest fashion dengan fabrik berkualiti, rumah besar berlandskap indah, makan minum di tempat-tempat famous di dalam dan luar kota, bukan pada gambar kaku posing sakan dengan suami dan anak-anak memakai baju sedondon…

Bahagia sebenarnya-benarnya di hati. Hanya di hati. Hati yang bukan sebarangan – namun bahagia milik hati yang erat berpaut pada tuhan di segenap penjuru kehidupan. Dalam sedih dan tawa. Dalam berjaya dan kecewa. Perkahwinan, harta, anak-anak etc adalah wasilah menuju bahagia bagi hati yang memahami hakikat kehidupan sementara.

Yang paling penting, tiada bahagia hakiki di dunia. Bahagia di dunia boleh datang dan pergi, silih berganti... namun bahagia sebenar yang kekal selamanya hanya di syurga.

Dan bahagia tidak datang dengan mudah, bahagia adalah milik orang yang berjuang. Jika menyelak lembaran kehidupan insan yang kelihatan bahagia, pasti ditemui siri-siri perjalanan yang payah dan menyakitkan. Hingga menghantarnya ke kemuncak bahagia yang dilihat kita.

Begitu juga dengan bahagia di alam perkahwinan. Tidak datang dengan mudah dan segera.

untuk menjadi seorang isteri dan suami yang bahagia, panjang lagi sukar perjalanannya… Bahagia perkahwinan tidak datang segera walau kita hidup di zaman mee segera. Restoran makanan segera. Tudung segera (instant). Ketupat segera. Pau segera. Masuk microwave, tekan butang – siap.

Menjadi seorang isteri sangat-sangat tidak mudah. Pilih suami soleh, confirm bahagia – tak. Perkahwinan bahagia terbina oleh suami dan isteri (isteri-isteri) yang selalu berusaha mensolehkan diri. Hingga mati mendatangi.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment