shopping sakan again!!



SYARAT-SYARAT:

1. Promosi ini terbuka kepada pelanggan KAKI NOVEL ENTERPRISE sahaja.

2. Pelanggan perlu melanggan Novel Kaki Novel Enterprise melalui pesanan online atau wang pos bermula 1 Jun 2011 hingga 30 Jun 2011.

3. Kakitangan Kaki Novel Enterprise dan saudara-mara terdekat tidak dibenarkan mengambil bahagian.

4. Lima (5) pelanggan bertuah akan diberikan wang tunai RM1,000.00 dan RM500.00 pada 2 Julai 2010 dan mereka perlu menghabiskan wang itu untuk tujuan membeli-belah pada hari itu juga.

5. Tidak akan ada wang baki diberikan kepada pelanggan bertuah. Ini bermakna pelanggan bertuah perlu menggunakan jumlah tersebut untuk membeli-belah.

6. Penginapan percuma akan disediakan kepada lima pelanggan bertuah yang dipilih. Wang saku untuk makan dan minum pada 2 Julai 2011 juga akan disediakan oleh pihak penganjur.

7. Hadiah tidak boleh ditukar milik.

8. Tarikh membeli-belah telah ditetapkan dan tidak boleh diubah.

9. Pelanggan bertuah dipilih secara rambang.

10. Keputusan juri adalah muktamad. Sebarang bantahan sama ada melalui surat, emel, telefon, faks, facebook, blog dan lain-lain tidak akan dilayan.



apa yang korang boleh tafsirkan ngan poster kat atas tu..?? 
azie cuma boleh tafsir dengan 1 prkataan je.. 

perghhhh!!!!!

giler best kalau azie dapat cam tu kan.. rasa bagai dunia ni haku yang punya! shopping sampai lebam tu dengan duet free.. ah memang heaven giler babeng la! tapi azie cuma berangan je akan dapat sebab syarat no 3 tu azie memang fail terus! T________________T

ni shopping sakan yang kedua.. yang pertama dulu azie ikut gak g shopping tapi azie bukan shopping pun.. dapat tengok orang shopping dengan termeleleh air liuq! menitis airmata kewanitaan azie ni bila tengok orang lain shopping dengan duet free tapi azie guna duet sendiri.. berperang dengan perasaan sendiri wok! giler sebal dada azie nih.. masa tu azie cume jadi pengiring untuk pemenang je.. hukhukhuk.. dan kemungkinan besar tahun ni pun azie juga adalah pengiring si pemenang yang sangat bertuah tu! waaaa... mencikkk!!!!

ha korang yang bijaksana tu dan berpeluang untuk menyertai dan berkemungkinan besar akan menang tu, cepat-cepat la grab ini peluang.. peluang keemasan depan mata tu!! jangan lah buat-buat buta hati dan sombong tak nak join.. rezeki itu rahsia Tuhan kan.. janji kita berusaha!! (^_^)

 
shopping sakan 1st!



NOTA TANGAN: banyak lagi aktiviti yang bakal menyusul.. 




memang rupa sepadan dengan rasa..


semalam untuk hi-tea, azie malas nak makan makanan yang heavy.. ingat nak makan ringan-ringan je.. bukan diet ek.. cume simpan space perut untuk melantak di malam hari.. lepas makan terus tido.. huh nikmat wooo.. =)) so sementara tunggu en somi amik azie balik kerja, azie pun singgah la kat secret recipe yang hanya betul-betul depan opis azie.. 

azie cari clasic cheese cake sebab azie memang ketagih cheese sekarang ni.. clasic cheese cake tu memang pure cheese la..! terbaik untuk membina lemak-lemak badan.. tapi alangkah malangnya azie bila kek tu discontinue.. waaaaa.. punah harapan!! peveret mak tuuu noqs!! tapi dalam kekecewaan tu, azie tegar juga cari cheese cake.. lastly azie pilih yogurt cheese cake sebab azie tertarik dengan kaler kek.. merah tuuu.. i loike!.. hohoho.. yess.. haku memang pencinta merah tegar okai!!! tapi azie memang pernah makan kek ni.. memang rupa sepadan dengan rasa dengan harga.. terbaik lo!!

azie ngan en somi lain sikit.. en somi azie tu tak suka makan kek.. lagi-lagi dia sekarang on diet.. so, mati-mati cheese memang tolak tepi.. tiada talian hayat langsung untuk dia menerima cheese dalam hidup.. last choice pun kalau kek ni dia akan terima choc indulgence je.. itupun sesuap dua.. then tolak tepi.. lain-lain kek memang awal-awal lagi dah mencebik.. =D

ha yang paling tersenyum mestilah azie.. kalau dia tolak, azie jawab alhamdulillah rezeki.. hahahaha

 boleh mengigau ingat kat kek ni

my feveret also..



NOTA TANGAN: mencekik tanpa rasa was-was.. (^_^)



main sambar je apa yang tercapai..


datang kerja pepagi lagi opismate dah teguq.. 

'hey, awat korang sume ni, janji ek nak pakai kaler purple.. sampai hati korang tak bagitaw aku pun.. nak majok la cam ni..' (opismate yang tak pakai purple on that day)

'eh, haah la kte ni grup purple.. yok tangkap gambaq guna epon por (iphone 4).. =D!! bagi orang lain jeles' (azie)

dengan kegedikan yang maksima..
klikk! klik!! klikk!!





sebenarnya azie tak pernah nak planning pun nak pakai baju apa, kaler apa nak g opis.. pepagi nak g opis main sambar je apa yang tercapai.. sebab tu la azie g opis selekeh  dan selebet sikit.. nak planning ngan kawan-kawan?? owh no! .. hahaha.. semuanya suratan dan kebetulan.. (^_^)

teringat zaman jadi budak sekolah dulu.. nak g kelas tambahan siap kol si teman baik semata-mata nak tanya, 
'eh ko pakai baju pe ek.. harini kita pakai baju kurung kaler pink nak.. ko ajak  si minah dan eton pakai sekali ek.. kalau boleh 1 kelas pakai pink pun best' hohoho

zaman-zaman hingusan dulu memang suka sangat kalau di cop boria kat sekolah.. rasa femes giler ah.. semua mata kat sekolah tu tertumpu pada si boria nih.. macam boria anak tanjung.. terasa diri sungguh artis! =p tapi sekarang zaman tu dah berlalu.. zaman femes ames, cari publisiti ni dah berlalu pergi.. sekarang prinsip 'low profile is better'.. sekali sekala tu boleh la kot tapi bukan glamor dengan keboriaan macam wonder girls, wonderpets tu.. hikhikhik

eh-eh korang perasan tak gambar azie ada kelainan kat situ.. hikhikhik.. lemak-lemak mula beranak pinak di tubuh haku!!! yess! my dream will come true! tapi secara 'live' nya badan azie tak berubah pun.. maybe baju ni yang menampakkan isi lemak azie tu.. hukhukhuk.. kena berusaha lagi nih! (^_^)



NOTA TANGAN: pic bukan harini.. 





finally.. i'm mrs red specky..


hari ni hari ketiga azie guna my new baby..  
mata baru noqs! yang pernah azie cite kat sini.. haih azie ni sume benda nak panggil baby kan.. ah gasak la.. kemaruk nak berbaby.. huahuahua..  

bila pakai red speck ni azie rasa confident sikit dari pakai speck lama yang dah 4 tahun bertuankan azie.. 4 tahun tu tak pernah tukar speck.. yola azie ni pakai speck jarang sekali.. kalau boleh 24 jam nak pakai contact lens.. guna speck bila terdesak n emergency je.. kalau tak, memang harem azie nak pakai.. hihihi..bila dah jadi cam ni, baru menggagau cari speck.. tu orang selalu kata.. dah terhantuk baru terngadah.. ha ni la dia orangnya.. (^_^) alhamdulillah kepeningan azie makin kurang, loya memang tak de la.. cuma 1st day pakai tu memang pening sikit sebab nak biasakan dengan power baru.. 

 azie rasa ok la kot ngan red speck ni maybe sebab azie rasa red speck ni sesuai kot ngan muka azie.. jenuh tahu tak nak cari yang sesuai.. berpuluh kali azie g ushar kat kedai cermin mata dan beratus kali jugak la azie tanya kat opismate dan sales girl kedai tu untuk kepastian yang speck tu sesuai ke tak.. bila azie rasa jawapan mereka tu dah cukup puas hati, baru azie bersedia keluarkan duet untuk bayar.. hohoho.. huh nampak sangat azie ni manusia cerewet tahap tak boleh blah!

mrs red specky!! wiwit!

bila pakai speck boleh less make up eh no make up lo!

ok ke korang? hukhukhuk


korang rasa ok ke ek.. rasa buruk tak azie pakai speck ni..?? huhuhu.. tapi bagi azie ok kot untuk sementara waktu sebelum azie nak pulihkan keadaan mata azie ni.. sekarang azie dah tak rasa kecantikan itu lebih penting dari kesihatan.. untuk kesan jangka masa panjang, kesedaran dah mula terbit dari hati kecil azie.. azie mesti lebih pentingkan kesihatan sekarang walau ada yang kata, 'eh azie buruk la ko pakai speck.. cam orang tuhak..' =p.. tuhak pun tuhak la, yang pasti azie tak nak terseksa semata-mata untuk cantik.. cantik tu subjektif kan..(^_^)



NOTA TANGAN: en somi kata azie cantik je kalau pakai speck.. so?? hohoho






semangat kebeliaan.. (^_^)



yeay! my family come again..!!
 azie planning minggu ni nak g bercuti lagi ngan en somi.. maklum la dah cabar diri nak bercuti  dan makan angin  sepuas hati selama 6 bulan nih.. so kena lah laksanakan.. untuk bercuti ngan family memang dah fix time.. tapi family azie datang sini minggu ni, so dengan rela hati azie ngan en somi membatalkan planning untuk minggu ni.. ala seminggu je kan.. tara hal la weh.. banyak lagi masa.. (^_^)

family azie datang sini sebab adik lelaki tunggal azie nak pergi HIMPUNAN HARI BELIA NEGARA kat putrajaya wekend ni.. kebetulan pulak cuti sekolah baru stat kan.. so memang harus lah mereka ke sini sambil melawat azie yang diperantauan ni.. chewahh!

pasal hari belia tu, azie dah daftar untuk menjoinkan diri ke sana, tapi tak tahu la nak pergi ke tak.. rasa sejuta orang tu macam ramai sangat je.. azie nih kalau tempat orang ramai dan bersesak-sesak ni agak alergik sikit.. dari elok-elok pakai baju bertudung comel-comel kang terus senget benget tak tentu pasal macam orang sakai.. hihihi.. azie ni bukanlah tiada semangat kebeliaan..  tapi tu la.. rasa macam tak dapat nak bayangkan je ramai sangat manusia time tu.. (>_<)

azie ni jenis manusia kalau dah happy yippy ni memang tak pandang kiri kanan dah.. buatnya bila time happy yippy gaban tu azie terpisah dengan geng-geng azie ecspecially en somi, ha tak ke haru!! fuhhh!! boleh sasau jadinya.. kang berkepit ngan en somi macam belangkas, orang cop belia porno lak @ belia maksiat.. boleh mencalarkan imej belia tu.. haih tamo-tamo..huhuhu.. yelakan manusia ni suka menilai manusia pada cover je.. 


azie ngan en somi kalau berpegang tangan ke, mesra-mesra sikit ke mesti orang pandang cam pelik.. macam ktorang buat salah.. walhal ktorang ni kekasih halal taw tak?? sebab tu azie agak tak selesa sikit bila nak romantik-romantik, bermesra-mesraan ngan en somi kat public, even pegang tangan sekali pun.. tapi kadang-kadang pegang jugak la.. (^_^) mungkin sebab muka kami ni belum matured kot.. still babyface n badan ktorang ni macam budak umo 18 tahun kot.. hahaha.. perah santan weh!!


so tengok pada keadaan.. kalau azie ni diminta untuk menemani adik lelaki tunggal azie untuk ke sana, azie rela je demi adik tercinta kan.. ceh ayat macam suci! =p


my luvly bro..




NOTA TANGAN: cuba menyahut seruan kerajaan.. (^_^)




dah musnah gelaran ratu contact lens..

fuh semalam azie diserang sakit kepala yang teruk.. sampai loya-loya maw muntah.. meraban meroyan cari gula-gula untuk menahan rasa loya tu.. nak tido malam pun tak selesa.. hukhukhuk.. kalau anggota lain sakit tak pe lagi, tapi kalau kepala memang tak boleh tahan wok.. berdiri rasa maw tumbang, duduk rasa berpinar, baring rasa cam nak pecah kepala.. memang tak tahan la.. atlast dok depan imac ni, azie tido sekejap.. bangun-bangun rasa cam bergegar je bangunan opis nih.. mati-mati ingat gempa bumi.. fuhh!! rupanya azie sorang je yang rasa.. bukan bangunan yang bergegar tapi kepala azie yang bergegar.. tapi nasib tak pitam tak muntah.. kalau tak mesti sume kata azie ni pembawaan orang baru.. hihihi.. 

haa.. korang pun mesti fikir benda yang sama kan.. hukhukhuk.. mula-mula azie pun fikir benda yang sama.. tapi nonsense sebab bulan baru mengambang.. hihihi.. so kemungkinan tu mungkin hanya 1% sahaja.. tapi rasanya belum rezeki lagi kot.. (^_^)


fikir punya fikir kenapa azie cam ni, azie mula rasa mata azie ada masalah kronik.. sebab bila azie masuk opis je selalu jadi cam ni.. kalau kat rumah pening tu kurang sikit.. lagi-lagi kat opis ni imac azie punya besar gedabak.. pencahayaan tu memang la terus tertusuk dalam mata.. dan kemungkinan besar ia memang menjadi faktor utama untuk penyakit kepeningan kepala azie nih.. 

azie ni jarang pakai spek, jarang pakai contact lens, suka biarkan diri jadi buta jauh kalau datang opis.. so bila tak pakai pape alat membantu untuk kebutaan azie nih, mata azie terpaksa bekerja keras kerah tenaga untuk memfokus sesuatu..  yola kan kalau pakai spek rasa cam tak yakin, kalau pakai contact lens azie terpaksa caring lebih.. fuh malas nak fikir benda remeh temeh cam tu.. so impak kemalasan tu, ha hamik ko terseksa diri, jiwa dan raga.. pehhh tak tahan giler sakit tu!!

so dengan penyesalan dan kesedaran yang tinggi atas nasihat en somi dan kawan-kawan, azie pun dengan berat hatinya pergilah ke kedai cermin mata yang hanya sekangkang kera dari opis azie untuk cek mata azie yang manja nih.. (^_^)

 cek punya cek.. fuhh! azie mengalami sedikit culture shock eh shocking terlampau sebab azie fikir power azie dah naik tapi rupanya semakin kurang.. yeay! giler best! tapi dalam kebestan tu azie sedikit kecewa bila dibagitahu mata azie mengalami silau yang teruk.. mencanak naik melebihi rabun azie,, weh apa kess?? pelik bebenau bunyinya.. 2x cek sebab nak kan kepastian tapi still sme..!! 

so nak tak nak azie terpaksa buat spek baru dan yang paling sadis lagi dan menggelapkan dunia kecantikan azie bila azie dinasihatkan supaya tak boleh pakai contact lens berkaler full lagi.. waaa... T________________________T weh itu kira penderaan mental yang maha hebat noqs! 8 tahun kot azie bergelumang dengan contact lens kaler full nih.. nak benti terus ni memang la sangat menyeksakan dan menyesakkan dada.. dan yang paling membuatkan airmata azie seakan jatuh ke bumi, baru 2 hari lepas azie beli lens yang giler cantik.. T___________T

tapi seperti yang azie pernah cerita sebelum ni.. kalau tiada pilihan untuk menolak kaca mata dalam hidup azie, azie idamkan speck kaler merah.. so azie pun dalam keadaan ketawa dalam tangisan tu terus tanpa fikir banyak pilih speck berkalerkan kaler kegemaran azie.. dan insyaAllah jika siap speck merah azie tu nanti korang kena panggil azie MRS RED SPECKY okai!! huhuhu.. dah musnah gelaran ratu contact lens masa kat u dulu.. waaaa.... 

purple!

brown!


pure hazel!

grey!

black!



NOTA TANGAN: azie seorang specky mulai sekarang!





sabar azie sabar!



hye selamat pagi semua! mulakan hari kita dengan senyumm... senyum seindah suria, moga seluruh alam turut tersenyum ke arah kita.. kekalkan senyuman sepanjang hari.. (^_^).. moga keceriaan dan kegembiraan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita..

pagi ni azie tak berapa nak senyum.. hukhukhuk sebab ada sesuatu yang sangat menguji kesabaran.. segala kebaikan disalahertikan oleh pihak tertentu.. segala pengorbanan azie,  mereka hanya tutup mata dan cuba untuk mencari kesalahan.. tapi azie malas nak amik port.. azie serahkan kepada pihak pencipta seluruh alam untuk mengadili segalanya.. azie tak berkuasa dan tak layak untuk menghukum sesiapa.. azie hanya ikut arus yang telah direncanakan oleh Nya.. cuma azie perlukan sedikit kekuatan dan kesabaran untuk menempuhinya.. (^_^)

mak azie selalu cakap, doa orang yang teraniaya akan cepat diangkat olehNya.. azie yakin tu sebab walau rintangan yang mendatang, azie dan keluarga tetap merasa nikmat kebahagiaan yang hakiki tanpa sedikit pun menyusahkan orang lain..  azie cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang yang kuat dan positif.. (>_<)



eh morning blues lak pepagi nih.. 
haih! dah-dah kesat airmata tu.. tak malu da tua bangka pun nangis cam bebudak kan.. hohoho.. meh kat sini azie nak sharing cam ne nak diberi kesabaran yang tinggi dalam hidup.. azie pun baru je belajar nih.. heharap ok la kan.. (^_^)


1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang korang berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan korang nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati korang terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.


3. Jangan fikir kita harus menunjuk kepada orang lain bahawa korang berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang korang lakukan.


4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa korang bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.


5. Jangan fikir korang mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.


6. Terimalah hakikat sementara korang boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang kita hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.


7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan korang, mereka bersifat tidak wajar terhadap korang.


8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. korang mengharapkan mereka membenarkan korang mendapat hak yang sama itu.


9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri korang.


10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri korang.


11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu korang bersifat lebih sabar.


12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.


13. Terimalah hakikat kadangkala diri korang yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.


14. Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang korang kehendaki adalah terlalu penting.


15. Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri korang dan orang lain. Jika korang terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan korang sedih dan berkelakuan hilang sabar.




NOTA TANGAN: tapi tahap kesabaran juga ada batasnya bukan?




mencari bakat yang terpendam


korunk percaya tak tafsiran tarikh lahir? 
hmm azie percaya tak sangat tapi boleh la.. sebab kebanyakkan apa yang ditafsirkan itu hampir tepat keseluruhannya.. ada si teman baik azie nih baru mempelajari ilmu tafsiran tarikh lahir ni.. so azie pun minta jasa baik dia untuk menafsirkan apa kekuatan dan kelemahan azie.. bukan terlalu taksub tapi sekadar pengetahuan.. tapi suratan atau kebetulan, kebanyakan memang tepat dengan apa adanya azie! (^_^)



so sape-sape yang nak mengenali azie dengan lebih rapat, check it out!! (^_^)

No asas azie, no 1. dlm 16 no, azie ada elemen2 nih.

123 -# Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
# Boleh ckp laju
# Kadang2 ckp xserupa bikin/ ckp kosong
# Suka ckp lepas/suka lawan ckp org
# Boleh berhujah/berdebat (If your kids have this number, galakkan masuk debat@syair whatsoever)

426 - * Pandai ceramah dan syarahan
* Suka share ilmu
* Boleh jadi motivator

573 -# Senang bergaul dengan vip/atasan
# Orang atasan senang percaya cakap dia
# Senang disabotaj, senang sabotaj org

911 - * Suka berdikari
* Susah ada partner sendiri dlm syarikat
* Susah ada rakan kongsi, sebab selalu bertentangan pendapat
* Suka buat keputusan sendiri
* Boleh jd org tengah
* Mudah berjaya atas usaha sendiri
* Keras kepala
* Senang dikhianati org

456 - # ole jd akauntan dan uruskan kewangan
# Mudah terlibat dgn rasuah @ penyelewengan wang.

333 - * Mudah tertekan
* Panas baran
* Berpontensi jd org berpengaruh dan berkuasa
* Pendendam
* Degil
* Selalu resah gelisah, perlu belajar relax!

459 -Sukar dapat sesuatu dengan merancang, ada gerak hati yang kuat

67 - Senang belanja org

156 - Kerja outstation rezeki lebih baik

336 - Kebocoran wang. Duit senang masuk, senang keluar

729 - # Ada pelaris semulajadi
# Daya tarikan yang tinggi secara semulajadi
# Menawan
# Senang dapat penyokong/pengikut
# Mudah yakinkan orang tetapi mudah teryakin
# Mudah disabotaj
# Kawan tidak setia sebab jealous!
# Hati2 dengan hubungan sulit sebab people are easily attracted to
# Boleh jadi Pengarah syarikat, Ahli politik, Marketing, Pelakon, Penyanyi, Networking, and the best is JUTAWAN!


dari sifat azie, ada dua kali no 1. so ni sifat2nya.
* Bijak
* Boleh jadi pemimpin (natural born leader)
* Tidak suka dengar arahan orang lain
* Tidak percaya kebolehan orang lain.
* Suka memerhatikan orang
* Kreatif
* Banyak idea
* Pantang dicabar
* Dilihat sebagai seorang yang sombong tapi baik
* Berdikari
* Positive thinking
* Sentiasa nak menang
* Keras kepala
* Sangat sentisitif dan suka berdendam
* Selalu dipijak pijak
* Perfectionist
* High expectation
* Terlalu berterus terang

satu lg sifat no 4
# Suka merancang
# Suka mencari ilmu dan belajar
# Membuat kajian sebelum buat keputusan
# Kemahiran tinggi (If your kids have this number, engineer is a good profession cuz mereka mahir dalam bidang technical)
# Bijak
# Tidak mudah putus asa
# Sukar simpan wang
# Rajin. Kerja, etc
# Keras kepala, susah ubah fikiran
# Suka bersangka buruk pd org lain
# Sgt kedekut dgn org yg tidak dikenali
# Suka logik
# Tidak berani ambil risiko
# Setia
# Takut orang tipu dia, end up selalu kena tipu







NOTA TANGAN: cuba menonjolkan segala kekuatan dan menutupi segala kekurangan!





sharing is caring!

promo.. promo.. promo..!!!
ah giler juling mata azie bila ada promosi, bila ada sale nih.. hati membuak-buak mahu mendapatkannya.. sebab tu azie agak trauma sikit bila dok blogwalking ke, window shopping ke, merewang ke,.. azie mudah terpedaya dengan pujukan iklan ni.. huhuhu.. nama pun azie kan.. prinsip hidup, 'shopping adalah terapi minda yang paling berkesan..' so hari-hari kalau boleh nak terapi minda kan?? (^_^)

kali ni, azie ada terjeling promo dari si kedai online baru buka.. haish memang seronok giler ah! nak buka-buka kedai ni biasa masih fresh.. so harga pun memang terbaik lo! tapi ni bukan sebarang kedai.. bukan jual baju, bukan jual tudung, bukan jual kerongsang.. tapi jual DESIGN! giler best noqs! 

kebetulan azie ni juga dalam bidang design.. boleh buat design tapi nak g print tu memang buntu giler ah.. nak cari kedai satu persatu kat luar tu, huh memang menyampah giler! so bila kedai online ni baru buka rasa macam petunjuk arah la pulak.. .. terlerai mana yang terkusut, terjawab segala persoalan, terlega jiwa yang kacau..hihihi.. yola kan.. sebelum ni sibuk nak buat kat kedai mana, nak hantar kat kilang mana, harga cam ne, tempat kat mana.. haih mcam-macam la.. sekarang bila ada kedai online yang buat service cam ni, wah giler sonok! tak perlu fikir apa-apa lagi.. senyum je.. (^_^) juz bagitahu design cam ne yang kita nak, tunggu contoh design, bila dah puas hati terus buat payment then tunggu je kat umah.. terus sampai ke depan muka pintu.. yeay! 

senang! mudah! cepat!
sekarang sume di hujung jari je kan.. (^_^)

ha ni yang bestnya nih, tuan kedai buat promo pembukaan untuk buat namecard.. wah!! sape-sape yang menjalankan perniagaan tu, wajib ada namecard kan.. so apa tunggu lagi.. jom ramai-ramai kita serbu kedai online nih! test service! harga toksah cakaplah.. murah giler! berbaloi-baloi!!

ayuh tempah sekarang!!! 

klik poster untuk ke kedai online ni..



NOTA TANGAN: berkongsi hanya yang terbaik.. (^_^)




We're the perfect two!!

comel la video nih.. 
1st time tengok rasa cam tersentuh hati.. bukan tersentuh hati sebab sedih tapi tertarik dengan kecomelannya.. sebagai orang yang berlatarbelakangkan pendidikan orang seni, azie sangat teruja bila jumpa sesuatu yang unik cam nih.. hikhikhik.. comel lo! geram-geram! lagi-lagi lagu nih memang kena ngan azie sekarang.. canteekkk bangat dah tu!





ini baru perfect two!! (^_^)

You can be the peanut butter to my jelly
You can be the butterflies I feel in my belly
You can be the captain and I can be your first mate
You can be the chills that I feel on our first date

You can be the hero and I can be your side kick
You can be the tear that I cry if we ever split
You can be the rain from the cloud when it's stormin'
Or you can be the sun when it shines in the mornin'

Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

You can be the prince and I can be your princess
You can be the sweet tooth and I can be the dentist
You can be the shoes and I can be the laces
You can be the heart that I spill on the pages

You can be the vodka and I can be the chaser
You can be the pencil and I can be the paper
You can be as cold as the winter weather
But I don't care as long as we're together

Don't know if I could ever be
Without you cause boy you complete me
And in time I know that we'll both see
That we're all we need

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
lyricsalls.blogspot.com
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two

You know that I'll never doubt ya
And you know that I think about ya
And you know I can't live without ya
No..

I love the way that you smile
And maybe in just a while
I can see me walk down the aisle

Cause you're the apple to my pie
You're the straw to my berry
You're the smoke to my high
And you're the one I wanna marry

Cause your the one for me (for me)
And I'm the one for you (for you)
You take the both of us (of us)
And we're the perfect two

We're the perfect two
We're the perfect two
Baby me and you
We're the perfect two





NOTA TANGANWe're the perfect two, azie&azman





hari yang penuh semangat!



selamat pagi semua!
pagi ni azie bersemangat giler sebab pepagi lagi azie kena panggil ke bilik bos.. bos kasi sesuatu pembelajaran yang berguna kat azie untuk azie terus bersemangat teguhkan hati untuk mempercepatkan proses penggapaian impian.. (^_^) kat sini sebenarnya, azie diberi peluang untuk bekerja dan belajar sesuatu yang amat bernilai dalam diri azie.. kira 2 in 1 la,kira menyelam sambil minum air la, kira multitasking la, then what eva la.. 

cite lebih-lebih kang nanti berlambak lak resume sampai kat opis azie nih.. hohoho.. 


yesss boss!

so kat sini azie nak kongsikan dengan korunk sedikit petua bagi pandangan azie untuk kita sentiasa bersemangat tinggi untuk menggapai impian yang pernah terigau dan termimpi untuk kita milikinya.. =D


1. Perlu disiplin diri yang kuat.

2. Terus bangkitkan keinginan untuk mendapatkan sesuatu.

3. Berada di sekitar atau dalam lingkungan golongan orang yang akan membuatkan kita bersemangat untuk maju.

4. Jangan berhenti berimaginasi untuk kejayaan.

5. Hindari pernyataan diri yang akan menurunkan semangat kita, seperti “aku sudah terlambat untuk memulakannya”, “aku terlampau muda”, “aku terlampau tua”, “aku tidak berbakat”, “aku tidak secerdas mereka”, “pendidikanku tidak sehebat mereka”, “aku tidak kaya seperti mereka”, dan sebagainya.

6. Terus tanamkan ion-ion positif di dalam fikiran kita. Jaga fikiran supaya sentiasa berfikiran positif.

7. Jangan biarkan ion negatif masuk dalam fikiran kita. Buangkan jauh-jauh fikiran negatif.

8. Bergembiralah kalau ada orang yang berjaya, kemudian berdoalah agar kita boleh kejayaan seperti mereka.

9. Segera lakukan tindakan terhadap apa yang kita inginkan. Perjalanan ribuan kilometer hanya akan bermula daripada langkah pertama, yang kemudiannya akan disusuli dengan langkah-langkah berikutnya.

10. Selalu membaca buku motivasi yang boleh membangkitkan semangat.

11. Pilih tayangan TV, mendengar radio atau lain-lain yang memberikan semangat.

12. Bila kita sedar bahwa kita sedang tidak bersemangat, atau semangat yang makin menurun, maka segeralah bangkit, dan kobarkan kembali semangat kita. Sentiasalah perbaharui semangat supaya semangat tersebut sentiasa berada di tahap yang tinggi.


ha bersemangat tak? ye azie paham.. 
kekadang ada hari kita rasa bersemangat giler sehingga kita rasa mampu untuk mengutip satu-persatu bintang di permukaan langit.. dan ada masa juga kita rasa kita mahu tinggal bersama cacing di dalam batu yang mana orang selalu kata, cacing dalam batu pun boleh hidup kan.. (^_^)

kita kena sentiasa bersemangat untuk menggapai bintang di langit supaya kita tahu bertapa bernilainya bintang itu pada dunia..!



NOTA TANGAN: setiap hari perlu bersemangat untuk hidup yang berkualiti.. :)


bagai sirih pulang ke gagang!

semalam azie dapat tagged gambar from sksd alumni.. rasa mahu menitik air mata nih.. SKSD tempat masa azie masih hingusan, tempat azie belajar membaca dan mengira, tempat azie membesar, tempat azie mula menanam cita-cita.. huhuhu.. 

bulan 9 tahun lepas, azie ngan kawan-kawan batch azie ada buat reunion.. tapi semalam baru secara officially dapat gambar.. fuh! korunk bayangkan ek, selepas tiga belas tahun berpisah dengan cikgu-cikgu kat sekolah rendah, then ktorunk jumpa semula kat tempat yang sama cam ktorunk masa hingusan dulu.. weh sadis tu! giler sentimental value.. yang paling teruja guru kelas azie masa darjah 1 dulu pun masih ada di sekolah tersebut.. bapak jejak kasih wooo.. 

dan.. dann.. dann.. yang paling terharu, cikgu azie masa darjah 1 dulu yang berpindah mengajar di terengganu sanggup turun padang untuk menghadiri reunion nih.. yang tak sangka siap datang rumah azie dulu tuu.. dah cerita berjejak kasihan dengan mak abah azie pulak.. hikhikhik.. haish banyak betul yang terharu nih.. nak cerita pun, 10 entry tak abis rasanya.. 

itu belum lagi buka cerita, 
"dulu kan azie masa kecik kan..... blaa.. bla.. bla.. "
" aku igt lagi zie, masa dulu ko kan... bla.. blaa..."
"hang ni gee,  dulu masa hang.... blaa.. blaa.. bla.. "

hihihi.. biarlah rahsia ini kami yang punya! bila dah berjumpa cam ni, banyaklah misteri terbongkar, banyak la kebenaran tertonjol, banyaklah memori terimbas.. memang tak taw nak cakap cam ne perasaan ni.. terlalu cepat masa berlalu.. :((

korunk layan gambar je la ek.. (^_^)


 
sebahagian guru dan anak murid yang masing-masing dah berumur!

 happy giler!

 si pantang jumpa flash!

 bbq with zairul!

mcam-macam gaya nak bakar ayam nih!

 wooo.. si pembuat cocktail!

 macam-macam la si budak suka kaler nih!

 meraikan juga budak darjah 6 yang nak amik UPSR..

rajin ke buat-buat rajin!

 tak lalu makan.. happy punya pasal.. 

 haish da beso dah kte ek.. 

 haku dah kata, jangan kasi tunjuk flash kat budak nih!

 after event.. of course la kne kemas.. time ni la azie tunjuk sifat kewanitaan..  


alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun tak seindah apa yang dirancang tapi ia tetap yang terbest dalam hati azie.. terus melekat memori tu sampai bila-bila.. happy giler! kawan-kawan dan cikgu-cikgu beri kerjasama yang amat-amat bernilai.. sporting habis ah! tak sangka guru yang mengajar kita abc dulu, yang selalu rotan kita dulu, yang selalu marah kita dulu, kini dah pun jadi kawan yang boleh berkongsi apa saja.. (>_<)

sebenarnya event ni berlaku 2 minggu sebelum azie melangsungkan perkahwinan.. sekarang status tu sudah berbeza.. jadi jika ada pun reunion lagi selepas ni, ia mungkin sedikit berbeza dengan kehadiran orang baru dalam list ahli reunion tu nanti.. (^_^)



NOTA TANGANyang pasti pertemuan ini bukan yang terakhir selagi ajal belum menjemput..