kata maaf yang diterima


Rasanya malas sudah mahu memikirkan hal tentang tudung saji ni.. hihihi.. rasa kebudak-budakan pulak kan.. mahu menutup buku sudah.. abaikan dan persetankan sahaja mereka-mereka yang berfikiran sebegitu.. anggap sahaja asam garam, dan cabaran dalam apa sahaja bidang yang kita ceburi.. malas nak menjugde orang itu ini, begitu begini.. nak kata busuk hati atau jeles atau sewaktu dengannya memang tak arr! cukuplah kita tahu sejauh mana dia menggunakan akalnya sebelum bercakap.. itu sahaja! kalau boleh taknak mengotorkan rumah maya azie dengan hal negatif ni.

tapi tak adil pula rasanya jika tidak mengeluarkan KATA MAAF ini! tidak adil pula untuk azie menyorokkan hal baik ini. jadi sekali lagi azie terpaksa mengepost tentang hal ini! sorryy guyss!


Tuan punye diri sudah tampil mengomen dan PM azie.. alhamdulillah.. BERGURAU rupanya.. maaf juga dari azie.. Azie ni seorang yang agak lurus lagi innocent bab gurau kasar lagi-lagi dari orang yang tidak dikenali.. ^_^ tapi dari segi ayat dan pertuturannya, yess kita boleh menilai! SUMPAH TIADA KECAMAN DARIPADA AZIE! marah pun tidak, inikan pula mahu mengecam.. kecaman tuuuu! ayat lenggok baik punyee tapi masih dikatakan sebagai kecaman.. siap mendoakan dan berlapik lagi untuk dia sebab azie senyum je baca komen dan tulis komen dengan senyum juga.. itu yang dikatakan KECAM? :) *owh mungkin azie salah paham sekali lagi tentang makna kecam tu :p


Azie cume berkongsi di wall azie sendiri dan ada orang yang komen dan berikan kata semangat! itu sahaja.. perkataan KECAMAN itu juga agak kasar.. takpe.. mungkin itu adalah dia dan sifat dia.. so kita terima saje as long dia pun secara terbuka dan tertutup untuk mintak maaf..

walaupun dah mintak maaf tapi ayat yang dikeluarkan, 'alahai gurau pun tak boleh!' sentap juga azie! sebab azie tak kenal dia untuk bergurau sekasar ini! *arghhh mungkin azie terlalu sensitif KOTTT :(

kan lebih manis dengan sapaan yang baik dan sopan pada awal perkenalan? adat melayu dan juga dituntut dalam Islam. lagi-lagi di page yang memperjuangkan hijab untuk orang Islam juga orang melayu, dan yang pasti WANITA! bukan ke wanita melayu dipandang tinggi martabatnya disebabkan kesopanannya.. alangkah indah dan bagus jika sapaan yang baik di pertemuan dan perkenalan untuk kali pertama! * eh ke azie yang kolot tak tahu cara gurauan dan cara perkenalan org zaman sekarang? :(
 
Apa-apa pun azie mohon maaf juga kerana terlalu sensitif bab ni.. Alhamdulillah kita sudah pun berdamai dan terlerai semua yang tersimpul.. baru azie tahu tentang ini sekadar GURAUAN.. baru azie belajar cara gurauan yang paling menusuk hingga ke hati.. hmmm.. Azie juga tiada niat untuk memalukan tapi sekadar perkongsian kerana terlalu pelik dengan komen itu dan rasa dipersenda.. MAAF




NOTA TANGAN : Moga kita diberi hidayah untuk tidak tidak menyakiti hati sesiapa dengan apa yang kita ucapkan








No comments:

Post a Comment