shawls dwi patern yang sangat awesome!


semalam azie baru released hijab baharu yang sangat awesome! shawls ni sangat-sangat unik bagi azie sebab bentuknya yang lain dari yang lain dan boleh pakai 2 side.. ini bermakna boleh pakai dengan baju plain atau baju printed mengikut kesesuaian shawls.

biasanya kita selalu tengok bentuk shawls yang panjang seperti biasa yang kita pakai atau yang terbaharu halfmoon.. tapi untuk shawls ini adalah gabungan shawls panjang dengan halfmoon. ha macam mana tu? korang mesti pelik dan tak sabar gak kan? hehehe.. ok-ok azie tak nak mendera perasaan korang yang nak tengok shawls unik ni. let'ss!


ha nampak tak uols? lain dari yang lain kan. dan jika anda lihat dari segi ukuran, shawls ini lebih besar dan lebih panjang dari shawls yang biasa. walaupun kainnya bermaterial kain chiffon yang agak jarang tapi dengan lilitan yang betul dan advantage saiznya yang besar, ianya tidak jadi masalah untuk tampil sempurna mengikut syariat Islam. Paternnya yang separuh plain dan separuh printed menambah lagi keunikan dan keindahan shawls ini!

 


 contoh pemakaian dan bentuk shawls


Jika dilihat pula pada pemakaian shawls di atas kepala, tampak seolah-olah memakai 2 helai shawls yang berbeza kan? ada part printed dan ada part plain. sungguh azie juga telah jatuh hati yang teramat sangat dengan shawls ini! yang pasti juga materialnya yang berkualiti tinggi membuatkan shawls ini tidak melekap di dahi. ia cantik terbentuk dan nampak muka runcing dan tidak tembam. ^_^

1st time azie cuba shawls ini sebelum released di website.. dah puas hati baru azie sharing dengan sume untuk memilikinya ^_^


Untuk merasai kebestan shawls ini, anda sendiri kena rasai, kena miliki. untuk azie luah dengan perkataan susah agaknya.. azie hanya boleh cakap apa yang termampu dan apa yang azie rasa! untuk anda menilai, kenalah rasa sendiri kan? ^_^ yang pasti, jangan risau anda pasti tidak menyesal memilikinya dan jangan salahkan azie kalau anda mahu memilkinya lagi dan lagi apabila telah merasainya sekali. ^_^

DAN, istimewa untuk anda! seperti biasa shawls baharu, tutorial video juga baharu kan? ni hadiah buat anda yang bergelar wanita daripada insan yang bernama azie.. hihihi. tidak terhad kepada customer azie sahaja, semua yang menonton video azie di youtube juga boleh mengikuti tutorial yang diberikan walaupun anda membeli shawls/tudung di kedai atau pun butik online yang lain.. 

its ok laling! niat utama azie membuat video tutorial adalah membantu dan juga untuk menambah nilai kehidupan orang lain dengan belajar cara pemakaian hijab yang sempurna, selesa dan tampil yakin! idea dan ilmu yang dianugerahkan ini dikongsikan bersama semua! dan jika anda mengaplikasikan tutorial dalam pemakaian hijab anda dan memberikan gambar kpd azie, itu adalah penghargaan buat azie.. so anda, anda dan anda jangan malu, jangan segan atau takut ye untuk tonton koleksi video azie di youtube! 

Taip je AZIE FAZIEDA di ruangan search di youtube, pasti keluar koleksi video tutorial daripada azie.. selamat menonton!

 



 NOTA TANGAN : suka tengok orang cantik! suka melihat keindahan






 

2 comments: