ukur baju di baju sendiri


Menusuk qalbu!
yap peringatan untuk diri sendiri juga! ukur baju di baju sendiri. jangan malu dengan apa adanya kita! jika mahu kaya, usaha semampunya menggunakan tulang 4 kerat sendiri juga gunakan akal yang Tuhan anugerahkan. yang membezakan kita, adalah bagaimana kita menggunakan akal bagi menikmati hidup di dunia untuk bekalan saham di akhirat! ^_^

jangan berpura-pura kaya! lagi teruk, buruk dan keji jika mahu kaya atas kesempatan orang lain! berlagak dengan harta yang dimiliki orang lain.. mengharap untuk orang lain kasi kekayaan pada diri sendiri. tak boleh terima hakikat bahawa diri sendiri tidak berkemampuan! akibatnya hutang sana, hutang sini, pung pang sana, pung pang sini, dengki sana, dengki sini, ngumpat sana, ngumpat sini, batu api sana, batu api sini.. kesian, sangat kesian mereka yang berfikiran begini! nauzubillah.. moga dijauhkan daripada azie dan keluarga juga keturunan! 

hiduplah dalam realiti.. jika mampu, buat cara mampu! jika tidak, usaha dan usaha lagi.. janji Tuhan, man jadda wajada! jangan berlagak, jangan hipokrit! jadilah diri sendiri yang jujur pada diri sendiri! 

INGAT orang yang kaya, mereka juga pernah mula dari bawah! jangan pernah malu jika kita sedang berusaha ke arah itu! sebaliknya, malulah jika kita berpeluk tubuh menyaksikan mereka dan mengeji juga mengherdik malah mentertawakan mereka yang sedang berusaha sedangkan kita berada di takuk miskin tapi berpura-pura kaya! kesiannn!

orang kaya sentiasa cari peluang, orang miskin sentiasa cari kelemahan orang!




NOTA TANGAN : hiduplah dalam realiti, impaknya hidup jadi tenang dan bahagia sentiasa ^_^






2 comments: