contoh terpuji mencari kekayaan



CONTOH TERPUJI MENCARI KEKAYAAN

“Berusaha saja tidak cukup, kalau nak berjaya mesti ada kemahuan tinggi dan perancangan, dengan disusuli tindakan konsisten, tetapi paling penting jangan lupa hubungan dengan Allah,” kata pakar psikologi dan motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengulas kejayaan tiga anak muda Melayu yang bergelar jutawan selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam kehidupan masing-masing.

Menurut Dr Tengku Asmadi, konsep berusaha zaman sekarang, perlu berhenti mencari rezeki sebaliknya menggunakan konsep menarik rezeki kerana menerusi kaedah itu kejayaan dikecapi melebihi daripada matlamat asal.

“Untuk mencapai matlamat, kita perlu ada kemahuan dan dari situ mesti ada perancangan disertai ilmu, contohnya pemasaran, strategi dan sebagainya, jangan hanya semberono saja.

“Kemudian usaha itu perlu disusuli tindakan konsisten yang tak kenal putus asa, tetapi dalam masa sama kena faham rezeki tak datang dengan usaha kita saja sebaliknya dengan izin Allah kerana hanya Dia kunci rezeki,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Muka depan Metro Ahad semalam, menyiarkan rahsia kejayaan jutawan muda iaitu Datuk Khairushahron Anifar, Datuk Seri Zaimi Azmi dan Datuk Mohammad Fadino Khairuman masing-masing berusia 32 dan 31 tahun mengakui sentiasa menjaga solat serta berbuat baik dengan ibu bapa.

Berkat perniagaan tiga sahabat itu dalam bidang hartanah, produk kecantikan, kesihatan dan pengiklanan mereka yang datang dari keluarga susah itu kini mampu memiliki kereta mewah dan kediaman eksklusif.

Tambah Dr Tengku Asmadi, kisah tiga anak muda itu adalah contoh sikap terpuji dan kejayaan yang dituntut dalam Islam.
“Itu antara contoh kejayaan yang menarik rezeki bukan mencari rezeki. Bagaimana untuk memastikan Allah beri apa yang kita inginkan ialah jagalah hubungan dengan Allah, lakukan suruhan-Nya,” katanya

#peringatanuntukdirisendiri






NOTA TANGAN : carilah kejayaan dan keberkatan bukan kekayaan semata-mata









1 comment:

  1. cemburu tengok kejayaan diorang... tahniah diucapkan pada depa.... semoga kejayaan diorang akan menjadikan diorang pembantu dan dermawan yg baik macam Syed Bukhari tu...

    ReplyDelete