jemputan ceramah di uitm, shah alam


semalam azie tengok teaser animasi terbaru terbitan les copaque bertajuk PUTERI dalam rancangan MHI. actually azie agak teruja dengan teaser tersebut sebab azie dah pernah tengok sebelum ni.. hehehe

azie antara yang terawal yang mengetahui animasi tersebut bakal dilancarkan oleh les copaque.. 

mana azie tahu???

jeng jeng jeng!!! ok jom baca dengan penuh rasa keterujaan serta kesungguhan ya.. ^_^

pada bulan Mei tahun ini, azie dijemput sebagai salah seorang penceramah oleh salah seorang penganjur program bisnes talk di UITM shah alam. azie difahamkan ada 4 orang speaker termasuk azie. program ini adalah untuk pelajar master dalam MSC IT WEEK yang bertajuk "kick stat your online bisnes" azie diberi tanggungjawab untuk memberi pendedahan serta berkongsi pengalaman dalam bidang bisnes yang telah azie ceburi ini.. tajuk azie adalah "how we made it online!"

mula2 mendapat offer ini, azie rasa sangat terkejut dan terharu atas penghargaan dan kepercayaan yang diberikan. mula-mula azie agak risau tidak dapat memberikan yang terbaik kerana merasakan pengalaman agak kurang untuk menjadi seorang speaker yang berpengalaman.
 
walaupun pernah berkali-kali dijemput sebagai penceramah tetapi perasaan gentar masih menebal dalam diri.. lagi-lagi difahamkan azie akan menjadi speaker di hadapan lecturer dan PELAJAR MASTER! ini bermakna mereka juga seorang yang hebat dan yang pasti lebih berumur dari azie.. ^_^

tapi tapi atas sokongan dan dorongan en somi, azie mendapat kekuatan untuk menerima offer ini sebagai cabaran dan mengambil peluang yang telah Allah bukakan untuk azie.. ya azie sangat seronok dan terharu atas offer yang diberikan tetapi azie agak ragu dan risau apabila input yang azie berikan nanti tidak dapat memberi manfaat kepada mereka atau tidak mencapai standard pemikiran mereka..

di atas dasar kepercayaan yang diberikan oleh pihak penganjur dan tawakal kepada yang maha Esa, azie kuatkan semangat untuk menerima offer tersebut dengan 1 niat iaitu mahu membantu mereka yang memerlukan.. dengan azam yang tinggi dan membuat sedikit study serta menyediakan bahan-bahan untuk ceramah, azie kuatkan melangkah pada hari yang telah ditetapkan.. berkali-kali azie diyakinkan oleh pihak penganjur bahawa mereka sangat suka dan mengikuti perjalanan karier azie sebagai usahawan sehingga mereka berminat untuk menjemput azie sebagai penceramah.. alhamdulillah alhamdulillah!

sesampainya azie di uitm shah alam, azie terus dijemput oleh pihak penganjur untuk breakfast dan masuk ke dewan. masa azie masuk ke dewan, azie mendengar ceramah daripada speaker pertama iaitu TUAN HAJI BURHANUDIN selaku managing director LES COPAQUE (upin ipin)

haaaa di sinilah kami didedahkan oleh tuan haji tentang animasi terbaharu mereka yang bakal jadi fenomena suatu hari nanti iaitu PUTERI.. memang sangat teruja mendengar dan mengikuti pengalaman tuan haji ini dalam kariernya.. worldwide uols!

memang tidak sangka sama sekali, azie berdiri di barisan speaker dengan orang yang hebat2.. sumpah ini membuatkan azie lebih bersemangat apabila diberi peluang dan kepercayaan ini.. secara automatik segala rasa gentar, takut dan risau sebelum ni hilang serta merta!!! yang tinggal cuma semangat yang tinggi untuk lebih mencapai kejayaan!!! seronok sangat! betul orang kata, jika kita berhadapan dengan orang yang positif, maka kita akan terus menjadi positif.. syukur!


flyers yang diedarkan.. 
speakers 3 lelaki dan seorang wanita..


pengalaman berhadapan dengan semua pelajar master di mana semua orang tahu pelajar master ni kebiasaan di kalangan mereka yang hebat-hebat dan ilmu mereka tinggi, juga di barisan speaker yang berpengalaman dan sangat hebat juga lecturer-lecturer yang memiliki pendidikan yang lebih tinggi dan mempunyai gelaran DR, PROF dsb menjadikan diri ini sangat berharga dan bernilai.. Allahuakhbar! pengalaman yang sangat manisss!

perkongsian pengalaman azie dan sedikit ilmu tentang perniagaan online untuk mereka mendapat feedback yang sangat positif apabila mereka sangat berminat untuk melakukan bisnes online dengan menjadikan azie sebagai rujukan. selepas azie kasi ceramah, ramai yang berjumpa azie untuk mendapatkan tips permulaan melakukan perniagaan.. syukur! lega hati azie apabila mereka bersungguh-sungguh menghayati apa yang azie sampaikan dan ada seorang lecturer datang dan peluk azie cakap, "puan muda sangat tapi punya hati dan jiwa yang besar! seronok tengok ada anak muda macam puan.. tahniah"

Allahhhhh!
mission accomplished!





 

 

 








 


 






Alhamdulillah.. ini adalah pengalaman yang sangat manis bagi seorang yang bernama azie. pengalaman yang dilalui selama ini sangat berharga bagi orang ramai dalam kehidupan.. syukur sangat azie dipilih untuk memberi manfaat kepada orang lain. itu membuatkan azie lebih lebih lebih bersemangat untuk terus menimba ilmu, menimba pengalaman juga menjadi degil untuk terus mengecapi kejayaan.

tidak sangka azie akan jadi seperti ini kerana niat utama berniaga sebelum ini hanyalah untuk berjihad ekonomi keluarga.. tapi jika ini jalan yang telah ditentukan olehNya, sumpah azie akan terus perjuangkan.. dapat membantu orang lain adalah lebih bermakna dari seluruh kekayaan. moga azie terus dibukakan ruang yang peluang yang besar untuk memberi manfaat kepada orang lain yang memerlukannya.. aamiin 






NOTA TANGAN : Jangan mencari kekayaan, sebaliknya carilah kejayaan, keredhaan dan keberkatan






No comments:

Post a Comment